Monday, December 31, 2012

"Congaklah diri kamu, sebelum kamu dicongakkan"

Sejak akhir-akhir nie, aku sering terfikir tentang sesuatu. Aku terfikir akan kata-kata seorang lecturer ku ketika kami semua ada sesi kuliah bersama-sama dengannya...

Beliau pernah berkata: Kita tak tahu bagaimana cara Allah menghisab diri dan amalan kita.. Boleh jadi apa yang kita cakapkan pada hari ini, kita tak tahu bagaimana Allah menghitung setiap butir kata-kata kita. Pernahkah kita terfikir, kalau Allah menghisab kata-kata kita dengan mengira ayat yang disampaikan? Atau bagaimana kalau Allah menghisab kata-kata kita dengan patah perkataan demi perkataan? Atau bagaimana kalau Allah mengira setiap huruf yang kita cuba sampaikan?

Waallahu'alam

Ya Allah, mendengar jer kata-katanya itu time tue, aku naik tersentap... Ya memang benar, betapa banyak dah kita berkata-kata sebelum nie. Banyak sangat lah... Tambah-tambah lak kalau kita seorang yang kuat bercakap... lagi lah terkedu dibuatnya. Kita tak tahu bagaimana Allah menghisab amalan kita. Kita pernah bagi penyampaian, kebnenaran atau kepalsuan belum tentu dapat kita jamin setiap butir dari kata-kata kita itu. Bagaimana pula kalau kita banyak berbual koosng dari berkata-kata perkara yang bermanfaat? Apakah itu juga menjadi hitungan pada amalan kita.. Belum lagi kalau kita ada berkata kesat atau marah 'ter'umpat pada sesiapa, terkutuk ker... Astaghfirullah al'zhim...

Itu baru cerita percakapan, tapi bagaimana pula setiap dari anggota kita yang tetap akan diperhitungkan?
Bukankah di akhirat kelak kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan?? Maka kita perlu jawab, bukan mulut lagi, dan bukan ketika di waktu penghisaban itu nanti, tapi jawablah sekarang...

"...Ya Allah, banyak lagi yang aku perlu perhalusi pada diri ini... Mohon ya Allah, agar Kau beri petunjuk, taufik dan makrifah-Mu kepada ku, agar penjadi pembimbing ke arah kebenaran..."

Hari ke-12 ku dalam Kalender 12

Tolak cuti ahad dan public holiday, tambah keje di hari sabtu, maka genaplah hari ini aku bekerja; yang ke 12 hari...

Oh yeah, apa yang best nyer hari ini...? Aku dapat dua kali makanan free...alhamdulillah, tak terfikir pun rezeki yang Allah nak bagi pada ku pada hari ini, yang hadir melalui saluran hambaNya...

PAGI : Aku dapat sebungkus nasi lemak, dari seorang staf. Katanya nasi lemak tue dia beli untuk kawannya, staf di company aku juga, cuma department je yang lain. Tapi memandangkan kawannya tue tak datang keje hari nie, maka dia bagi kat aku nasi lemak tue...

Rezeki...rezeki...jangan ditolak

PETANG : Tengah dok sibuk-sibuk nak adjustkan kecerahan desktop, datang seorang staf baru balik dari luar, bawak 3 bungkus cendol... Adusshhh... Terkeliur gak mulanya tengok... Alhamdulillah, dia beli khas untuk kami bertiga time tue kat ofis. Alhamdulillah, alhamdulillah, dapat minum cendol, sejuk tekak pada petang tue..

Rezeki...rezeki...jangan tak amik

Terima kasih pada staf-staf ku... Terima kasih Allah!!.

Friday, December 28, 2012

Kerna ku tahu, aku ada Dia


Ku titip buih embun untuk menghirup nikmatNya
Ku gapai awan untuk menggenggam amanatNya
Ku hirup udara untuk menagih kasih sayangNya
Ku berpaut tali agama untuk meratip doa padaNya
Kerna, ku mahu merasai kehadiranNya dalam hidupku....  






Tuesday, December 11, 2012

pagi itu......

" Rindu pula mak kat along dan adik kau. Tak tepon mak tanya khabar ke. Senyap je diorang ni, dah lama dah tak telepon mak ni. Ada malam hari tu mak mimpi si budak dua orang tue, (cucunya: adam dan ana). Dah rindu dah dekat diorang berdua....."


Tak lama pun..................2 minit lepas tue;

- [ Telefon berdering ] Adik dari upm telefon.


Tak sampai pun 1 hari, malam tue along pula telefon.........;

- [ Telefon berdering ] Mak ada, nak cakap dengan mak... Along cuti minggu depan, 1 minggu. Ingat nak balik melaka....


Sungguh, syurga itu di bawak telapak kakimu. Kau merasai setiap denyut nadi kata-kata dan hati anak-anakmu. Ingatanmu mengenangkan anak-anak yang jauh di mata, keakrabanmu pada si anak yang dekat di mata, dan kami, tidak mampu dan belum tentu dapat membaca setiap butir-butir fikiranmu
 < hati seorang ibu >

Wednesday, December 5, 2012

"Trifle" Buat Mu

Sedikit entri ringkas buat sahabatku yang ku rindui dan yang ku hormati.....


::  Sahabatku ::

Jika boleh aku serahkan sesuatu, ingin sekali aku menghadiahkan "Trifle" buatmu ini. Di dalamnya, terdapat beberapa jenis lapisan, yang membezakannya adalah isi lapisan itu; layer yang paling bawah ada kek lapis, seterusnya ada kastard, disusuli dengan jeli, dan yang terakhir adalah buah-buahan koktail. Enak bukan..sebenarnya ia saling melengkapi. Direka khas oleh manusia sebegitu rupa, supaya dapat menghasilkan satu rasa yang cukup enak dan penampilan yang menarik. 




Dan kerana itu, aku juga menghargai 'telatahmu' yang mahu merasakan masakanku... InsyaAllah :)


:: Sahabatku ::

Aku mengerti, hidup ini adalah satu perjuangan. Kita berjuang dalam menyebarkan risalah Ilahi, menyeru kepada kebenaran, mencegah daripada kemungkaran. Dan berjuanglah mengikut kemampuanmu. Bersabarlah wahai sahabatku dalam mengharungi badai perjuangan ini. Tidak semua perkara kebaikan yang kita impikan dengan mudah kita dapat laksanakan. Adakala Allah mahu kita mengharungi badai ombak besar, beserta ribut taufan yang kencang, dek kerana kita mahu mendapatkan sesuatu kebaikan. Bukan mudah juga untuk kita merasakan kemanisan iman jika kita tidak diuji. Maka, apa jua rintangan yang datang di hadapan, hadapilah dengan jiwa yang tenang dan terbuka.


:: Sahabatku ::

Terima kasih atas segala nasihat dan kata-katamu selama ini, kerana itu adalah salah satu ingatan yang aku ada padamu. Jika selama ini aku cuba berhati-hati dalam menjaga perhubungan kita, tapi tetap juga pernah mengecewakan hatimu, sungguh aku manusia yang lemah, maafkan aku sahabat. Ingin aku sampaikan, aku senang bersahabat denganmu. Jagalah dirimu sebaik-baiknya, agar terus dapat beribadah kepadaNya. 


:: Sahabatku ::

Seandainya kita berada di medan yang berlainan sekalipun,
Aku sentiasa mendoakan agar kau sentiasa berada dalam rahmat & kasih sayang Allah swt. Semoga Allah juga memelihara hubungan kita.


:: Sahabatku ::

Terimalah hadiah ini. Semoga ianya memberi ketenangan pada jiwamu...



http://www.youtube.com/watch?v=KgVrOklYoUw






Rentetan : "Aku Semakin Berani"

Alhamdulillah, sudah lama aku mahu menyentuh 'diari' maya ku ini. Setelah berhari-hari menanti, pergi ke berminggu-minggu, dah sampai berbulan dah, maka barulah dapat aku menukilkan sesuatu disini.

Yeah...ini adalah entri khas rentetan dari kisah lepasku, aku semakin berani. Apa yer? Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, segalanya telah dipermudahkan. Pergiku tidak lah lama, hanya segenap cuma, pergi kerana mahu belajar dan mencari pengalaman. ( Kan dah cakap dah kan... ) Alhamdulillah, dikala yang menetang keputusanku, tetapi ada juga yang menyokong buatku...Apapun, aku ucapkan terima kasih buat mereka semua. Kerana apa yang aku harapkan, sentiasalah mendoakan yang terbaik buatku, walau dimana jua aku berada dan apa jua ketika.  

Bila difikirkan balik, ada hikmah disebalik semuanya ini. Tatkala mahu membuat keputusan dimana perkara itu dianggap wajar di fikiran yang serba lemah dan bagus untuk diraih, dan pada masa yang sama mendapat tentangan dari pihak yang lain, maka dengan sekuat hati dan tekad mahu juga untuk pergi. Alhamdulillah, keperitan yang ada di awal usaha dan perjalanan, akhirnya dipermudahkan oleh Nya. Bukan mudah untuk aku mengambil keputusan sebegitu. Kebimbangan ku makin meluap-luap jika tindakan ku itu boleh menimbulkan "istidraj". Tapi aku mohon agar apa jua kelakuanku, tidak dianggap menderhaka pada mereka dan restuilah perjalananku. Aku mengerti alasan yang mereka berikan. (Pencerahan: Harap yang membaca mengerti. Keputusanku bukan mahu melakukan sesuatu yang tidak baik, jauh sekali aku terlintas mahu melakukannya. Tapi ini adalah keputusan sekadar mahu bergerak lebih jauh lagi dalam medan dakwah.)

Ibrah / pengajarannya) :

1) Saling Memahami
Kadangkala, tak semua memahami keputusan dan tindakan kita. Pada hemat kita mungkin ianya amat bagus untuk kita laksanaklannya, tapi mungkin pada fikiran yang lain, tidak sewajarnya. Mungkin juga mereka ada pendirian masing-masing. Maka apa yang aku boleh katakan, kita perlu sentiasa berkelakuan baik dengan mereka. Tak perlu berkeras pun untuk mempertahankan hak dan keputusan kita, yang akhirnya mereka bulat-bulat akan membenci pada kita. Sebaiknya, terangkan dengan jelas secara lembut dan berhikmah.

Kebarangkalian mereka sebenarnya boleh menerima pandangan kita itu ada, cuma mungkin mereka perlukan sedikit masa untuk meneliti sejauh mana keberkesannya. Letakkan kebimbangan juga, sekiranya niat murni kita boleh terjejas dan tergendala kerana akhlak kita yang kurang menyenangkan membuatkan mereka sukar untuk menerima baik pandangan kita.

2) Doa mestilah berterusan
Dah penat kita terangkan padanya, tapi sikit pun tak boleh nak pakai, maka apa yang terbaik, berdoalah untuknya. Semoga terbuka pintu hatinya untuk menerima keputusan kita dan doakan juga agar kita terus diberikan petunjuk dalam menghadapi perkara-perkara yang sukar lagi sulit. Kerana kita juga tidak tahu, keputusan kita itu bakal membawa kebaikan atau sebaliknya. Yang penting, mintak Allah teguhkan hati masing-masing di jalan yang benar.

3) Stress?
Sebaiknya, tak perlu pun kita nak stress dengan mereka yang sukar menerima pandangan kita. 1- Mungkin sebab mereka belum mengenal matlamat dan perjalanan sesuatu itu (kalau kes ni, mungkin mereka belum kenal erti dan perjalanan tarbiyah tu); 2- Mungkin mereka juga belum ada sesuatu cerita yang kukuh untuk mereka menepis segala tohmahan atau cerita-cerita yang menakutkan tentang sesuatu itu; 3- Mungkin mereka juga belum benar-benar memahami; 4- Mungkin juga kita belum benar-benar / sungguh-sungguh memahamkan mereka.... Maka, think positif (+ve), bersangka baik pada mereka. Ini juga menunjukkan bahawa disitu Allah mahukan kita belajar sesuatu yang boleh kita mendekati jiwa-jiwa mereka.

4) Jangan dipaksa sangat
Seperti yang dikatakan tadi, kalau kita yakin dengan keputusan baik kita itu, dan dah diterangkan berkali-kali tapi susah juga nak diterima, maka jangan dipaksa sangat untuk dia mendengar dan terus mendengar dan terus mendengar. Maka mejadi satu paksaan untuk dia menerimanya dan akhirnya akan hilang satu perasaan 'dengan rela hati'. Nah, bukan lahir dari persetujuaan yang sebenar seperti yang diharapkan. Sedangkan kita juga mahu setiap pandangan boleh diterima dengan secara baik bukan nanti ada nilaian yang tidak bagus pada sesama kita.

(Hemm...tula, kena pandai-pandai gak tengok masa, takut-takut bila tersalah mood, buruk pula padahnya..)


Aku terfikir, "Kadang-kadang kita ni cepat berputus asa. Kita gagal mendapatkan sesuatu sebab kita fikir kita dah usaha, tapi bila fikirkan balik, apakah kita sudah berusaha setimpal yang boleh?"....


Jikalau Bilal bin Rabah, keluarga Yasser yang diuji supaya meninggalkan agama suci Islam yang dipegangnya, sehinggakan teruk diseksa semata-mata mahu mereka menolak agama suci itu, maka apakah kita pula baru saja ditentang dari segi penerimaan pandangan dan fikiran, kita sudah mahu melenting? Maka itu aku rasakan tidak wajar bahkan malu pada diri sendiri kerana mungkin iman yang lemah tak sekuat iman para sahabat Nabi yang hidupnya penuh dengan penderitaan dan kesakitan.


Aku tidak mengatakan aku telah berjaya melepasi satu garisan getir dengan melakukan seperti demikian, tapi inilah yang aku boleh aku ambil pelajaran rentetan dari pendirian dan keputusanku yang lepas. Tidak dinafikan, aku juga ada membuat kesilapan ketika itu, dan ini membuatkan aku insaf dengan apa yang telah terjadi dan belajar dari kesilapan...


"Sekiranya ada peluang untuk pergi lagi, mahu ke pergi ke sana lagi?" - Itulah respon yang aku terima setelah pulang dari pemergianku yang sekejap itu. Alhamdulillah...... Tersenyum lebar aku!!!....





- Birru walidain -

Wallahu'alam....

Wednesday, October 10, 2012

aku semakin berani

Aku semakin berani??

Yaaa, aku semakin berani...semakin berani mengeluarkan suara dan pendapat dalam soal membuat keputusan..( bermonolog : berani kau ya..)

Aku diselubungi dengan pendapat dari sebelah pihak yang mahukan aku lupakan saja hajat untuk pergi kemana-mana, tetap berada disini.. tapi aku tetappp berani mahu bergerak kemana-mana dan tak mahu dok selamanya disini (ehmmm...tak bergerak-gerak)... tapi berani ku bukan biadap, cuma tegas... semoga Allah melembutkan hatinya.

Aku juga semakin berani untuk memberi keyakinan kepadanya. Supaya jelas dan faham kehendakku, aku bersungguh-sungguh meyakinkannya atas keputusan dan matlamat tujuanku.

Apa, aku tidak menghormatinya? Aku rasakan tidak...aku hanya mahukan agar dia mengerti persediaanku dan menyokongku dari arah mana sekalipun...

Atau aku mahukan kebebasan? Aku rasakan juga tidak...aku mahukan berdikari dan mencari pelajaran...

Apa aku yakin disebalik keberanianku bertindak sebegitu akan dipermudahkan urusannya? Aku fikirkan, meletakkan sepenuh tawakal kepada Allah agar segalanya dipermudahkan dan aku bukan mahu menentang keputusannya...

Apa aku sudah fikir masak-masak? Masak tak masak, aku pergi bukan untuk selamanya, buat seketika waktu hanya mahu timba pengalaman...selebihnya, urusan Ilahi...

Meletakkan emosional yang tinggi jauh-jauh dan sentiasa bersikap positif, aku mahukan dalam ketegasan ada kelembutan yang boleh aku sampaikan padanya...moga-moga dia mengerti...

Ya Allah, sayangilah mereka sepertimana mereka menyanyangiku sejak dari kecil lagi...
ameen ya Allah!


Apakah dia relakan ku pergi (Question Mark)


Andai aku tersilap langkah, apa yang aku ingin katakan? Maafin aku yaa...




within 15 minutes

Tetiba nak belajar mengarang pantun... melihat ramai sahabat-sahabat yang pandai berpuisi, terasa nak cabar diri juga, pandai ke tak mengarang pantun...moh kite tengok sikit...zazz...


Ku lihat depan, ku paling belakang,
Ku paling kiri, ku paling kanan,
DOA pemecah tembok penghalang,
Dalam kebenaran, berpaling jangan...

Anak itik anak beruang,
Mandi bersama dalam takungan,
Jiwamu pendidik berdarah pejuang,
Melatakkan syariat dalam sanjungan...

Liak liuk unggun api,
Membakar kayu memberi haba,
Andai kau tahu isi hati,
Dipanjangkan doa agar kau terpelihara...

Bulan sabit bulam mengambang,
Bulan terang bulan malap,
Bersihkan hati jiwakan tenang,
Malam ditangisi atas dosa dan silap...

Sopan santun dalam berbicara,
Tetap tegas dalam berhikmah,
Peribadi Rasulullah qudwah kita,
Hanya mencari redha Allah...

Canon, Nikon jenama terkenal,
Menjadi peminat si photographer,
Kita hidup saling kenal-mengenal,
Bila jumpa tegur-tegur ler...       
* kita kenal ker....??*


Alhamdulillah, dh boleh pun mengarang, walaupun tak berapa nak baik... ape yang penting, belakang a,b,a,b tue ada...ye tak adikku, guru bahasa melayu?? <_>

Monday, October 8, 2012

Kalau Dah Benar2 'Mengantuk', Maka Carilah 'Bantalnya'...

......Bila mana pelbagai persoalan menerpa hati, fikiran yang datang menerjah minda, sering kali terfikir, mencari redha Allah bukan senang, tapi menjauhi redha Allah bukan susah. Maka kita dengan sedaya upaya cuba mencari ketelitian dalam berjaga-jaga....."Anda masih ingat bagaimana anda mula bertemu dengan pasangan hidup anda?" 


"Bagai Orang Mengantuk Disorongkan Bantal...


Jazakallahukhoir bagi yang sudi menjawab. Sudi berkongsi cerita yang pada firasat saya mungkin dari pengalaman beliau sendiri....;) - credits to Kolumnis: Akh Wan Am

Wednesday, October 3, 2012

Pantun Luar Biasa?

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang-hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak...

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya mau tanya sikit
Siram pokok bunga aja, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, tak lah layu-layuan

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan manyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju-laju
Sampai pokok sena
Woiii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucur pisang, cucur udang, haaa tu sedap...

   ...Siakap senohong, gelama ikan duri
   Jangan cakap bohong, selidik lah diri....

* ini pantun tiada kena-mengena dengan hidup mahupun yang mati. Kepada guru bahasa melayu, mohon kemaafan di atas pantun yang tak berapa ilmiah...*




Wednesday, September 26, 2012

[MURAL] - Projek C

Bismillahirrahmanirrahim....

Baik, ini photo terbaru bagi projek yang terakhir ana yang boleh dikatakan nak selesai...InsyaAllah, ada sedikit lagi perancangan untuk ditambah pada lukisan dinding ini... ;)) Terakhir?? Ana pun tak sure, macam akan ada permintaan lain lagi lepas nie...tapi setakat ni, ini lah dia....!!;))

Nie photo ketika dinding masih kosong...oh yeah, nie dinding di bahagian dapur, kawasan kanak-kanak makan bila waktu rehat...ehmmm



Selepas tue...







Also Credits To Those Who Have Helped Me:

Mom/Teacher 2(Pn. Norsimah Mat)
Sister (Shazlin Mansor)
Teacher 1(Pn. Siti Nur Aishah Sim)


 AKHIRNYAAAA......sekian..



[MURAL] - Projek B

Bismillahirrahmanirrahim....

Projek A dah siap, kali ini projek B lak... kali ni pada bulan February 2012...yer kot, tak ingat lah...hemmm...








Yang nie yang tak tahan tengkuk dibuatnya...mendongak ke langit...;))




Al kisah nyer......


Alhamdulillah, selesai sudah...!!


Also Credits To Those Persons Who Have Helped Me:
Mom/Teacher 2 (Pn. Norsimah Mat)
Sister (Shazlin Mansor)
Teacher 1(Pn. Siti Nor Aishah Sim Abdullah)

[MURAL] - Projek A

Bismillahirrahmanirrahim....

Disebabkan banyak permintaan yang ingin melihat projek mural yang dibuat selama ini, insyaAllah, ana akan cuba attachkan beberapa photo sebagai tatapan buat kalian semua... 
Berikut merupakan photo2 yang diambil ketika pada awal2 permulaan mural dilakukan, tak silap pada hujung tahun 2011 yang lalu... :)





Also Credits To Those Who Have Helped Me:

Mom/Teacher 2(Pn. Norsimah Mat)
Sister (Shazlin Mansor)
Teacher 1(Pn. Siti Nur Aishah Sim)

Project A is completed!!! Alhamdulillah





Lihatlah Bulan.....

Kita sering berhadapan dengan masalah, kebuntuan dalam mencari solusi, dan kadangkala hilang pedoman dan kekuatan untuk meneruskan kehidupan. Maka jangan sesekali kita cepat berputus asa. "Katakanlah, "wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya" (az-Zumar:53). Justeru, yakinlah dengan pertolongan Allah.

Seperti Hugh Downs katakan dalam buku Chicken Soup for the Soul..."Keyakinan adalah ibarat kita mengetahui bulan sentiasa penuh walaupun kadangkala hanya terlihat secebis bahagian bulan".


Maka, yakinilah bahawa, akan ada jalan penyelesaian sesuatu masalah, akan ada sinar kebahgiaan disebalik keperitan yang ditanggung. Ubah persepsi jika kita rasa tiada jalan keluar.
Yakini bahawa bulan itu akan kembali penuh semula dan terus menerangi alam.

"Maka sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan ada kemudahan" - asy-syarh: 5-6


...waallahu'alam...


Thursday, September 13, 2012

Saya Tersenyum Melihatnya...

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah, Maha Penyayang...salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad saw dan keluarganya...

Tatkala melihat benda ini, saya tersenyum... :))


Alangkah hebatnya orang yang mampu berfikiran sebegini. Lebih-lebih lagi, alangkah bagusnya kalau kita dapat manfaatkan sesuatu yang dikurniakan Allah pada kita dengan sebaik-baiknya. (sebenarnya, kat tepi kawasan tue ada makcik-makcik majlis perbandaran...mereka berhenti berehat melepaskan penat...tue yang sempat snap gambar tue).. Ehmmm, walaupun nampaknya tidaklah berapa cantik,serabut jer nampaknya, tapi cukup menarik perhatian saya. Boleh dikatakan pertama kali saya melihat kepelbagaian barang-barang dalam troli baby ni.

Tak pelah, apa yang nak saya katakan disini, saya nak analogikan gambar di atas dengan kurniaan Tuhan.  Tidak Allah jadikan sesuatu itu sia-sia. Bagaimana kita menggunakannya, gunakanlah dengan semanfaat yang boleh. Lihat saja pada gambar itu, troli yang selalunya digunakan untuk membawa baby, tapi kali ini dipelbagaikan kegunaannya. Walaupun nampaknya semua hasil tangan manusia, tapi itu semua kurniaan nikmat dari Allah swt.

.....waallu'alam..... 


Jujurlah Kamu


Daripada Abdullah bin Mas'ud ia berkata, Rasulullah saw bersabda:

" Hendaklah kalian bersikap jujur kerana kejujuran itu akan membawa pada kebaikan, sedangkan kebaikan akan membawa ke syurga. Tidaklah seorang bersikap jujur hingga ia ditulis di sisi Allah sebagai seorang yang jujur...Dan hendaklah kalian menjauhi sikap dusta, kerana kedustaan itu akan membawa pada kekejian, sedangkan kekejian akan membawa ke neraka. Dan tidaklah seorang berbuat dusta hingga ia ditulis di sisi Allah sebagai seorang pendusta ".  




Sunday, August 26, 2012

Dakwah, Tentangan, Kekuatan

Kadang-kadang kita berasa kita sudah bersedia untuk berdakwah pada orang lain, tapi apabila ujian dan tentangan mendatang, kita gentar dan hilang keyakinan...di manakah silapnya?? Cubalah tanya pada diri sendiri, sejauh mana keihklasan kita untuk berdakwah, apakah kita meletakkan sepenuh pengharapan kepada Allah dalam semua urusan kita?? sememangnya, banyak lagi yang perlu diperhalusi...

semoga...
tiada gentar menggugat iman, 
tiada takut menghuntai hati, 
tiada bisikan ragu melanda dalam diam.. 
semoga...
tiada hela nafas melainkan mengharap setiap hembusan atas syukur pada Ilahi dan mengharap kekuatan Iman melalui helaan itu...   

Monday, August 6, 2012

Dalam Jihad Ada Bekal

Dalam Dakwah Ada Bekal
Dalam Amal Soleh Ada Bekal
Dalam Tafakkur Alam Ada Bekal
Dalam Memikirkan Hal Ghaib Ada Bekal
Dalam Mengikut Sunnah Ada Bekal
Dalam Sirah Ada Bekal
Dalam Al-Quran Ada Bekal
Dalam Sahabat Soleh Ada Bekal
Dalam Solat Ada Bekal
Dalam Puasa Ada Bekal
Dalam Zakat Ada Bekal
Dalam Haji Ada Bekal
Dalam Qiyamullail Ada Bekal


Sudah tentu setiap perkara yang ingin dilakukan perlulah diniatkan untuk Lillahitaala...Sebagai seorang daie (pendakwah) khususnya, setiap perkara yang dilaksanakan perlulah dicari bekalnya, sebagai sumber kekuatan untuk meneruskan perjalanan dalam dakwah... kerana itu, acapkali kita harus pandang dari sudut pandangan yang berbeza, berbeza dari orang lain...memandang sekadar pada luaran tidak cukup untuk meraih bekal jika tidak dipandang dari segi dalamannya...Untuk apa, agar hikmahnya dapat diraih dan dikongsi bersama dengan yang lain...

"Berbekallah dengannya dan perbaharuilah bekal itu diperjalanan. Jangan biarkan berkurang atau melemah. Usahakan agar terus bertambah dan menguat. Semoga Allah permudahkan segala urusannya".

Wednesday, July 25, 2012

SUNNAH ORANG BERJUANG


Berjuang menempah susah
Menanggung derita menongkah fitnah
Itulah gelombang hidup samudera duka
Seorang mujahid membela taufiq..

Dipisah dia berkelana
Dibelenggu dia uzlah menagih bina
Namun jiwa tetap marak memburu cinta
Membara demi Allah dan Rasulnya

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah..orang berjuang..

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga
Itulah sunnah..berjuang..ke jalan Allah..

Berjuang memang pahit..
Kerana syurga itu manis
Bukan sedikit mahar yang perlu dibayar
Bukan sedikit pedih yang ditagih

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..

Berjuang tak pernah senang
Ombak derita tiada henti
Tenang, resah silih berganti
Inilah sunnah orang berjuang

Malamnya bagai rahib merintih sayu
Dihiris dosa air mata
Siangnya bagaikan singa di rimba
Memerah keringat mencurah tenaga

Berjuang ertinya terkorban
Rela terhina kerna kebenaran
Antara dua jadi pilihan.
Dunia yang fana atau syurga..


*SUNNAH ORANG BERJUANG - HIJJAZ

Friday, May 11, 2012

Kite Emo Lah Wak!!!

Bismillahirrahmnirrahim....

Emosi agak terganggu...Emo kejap, kita sedih la wak, hari-hari kita baca paper ker, ader jer yang bersikap biadap dengan ibu bapa...anak sepak ibu/bapa, tumbuk ibu, saman bapa..gara-gara pasai harta..ntah lah awak... kita sedih lah dengar...tu belum masuk kes bunuh, kelar, cincang....wuiiii, seram dengarnya...


Jap-jap, diorang sume tue tak fikir ker, kalau tanpa mak ayah, tak xder ler diorang sume nie kat dunia nie...dah tue, nape diorang wat cam tue kat mak ayah diorang...kesian lah wak...


Eh, awak tak rasa pape ker?? dunia skang macam-macam cite yang menakutkan...tapi nak wat camne kan, tulah realitinya... tapi kan wak, kita perlu wat ape eh?? kita perlu dok diam jer ker?? Ala,..jangan cam nie...

Okey2, cam nie...jom kite try tgk balik surah dalam al-Quran..surah ape tu wak, yang pasai hormat ibu bapa?...ala awak kan budak yang bagus dalam bab agama..hehehe...ah, surah al-Isra', ayat 23-24 kan..

" Dan Tuhanmu telah memerintahkan agar kamu jangan menyembah selain Dia dan
 hendaklah berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-keduanya sampai berusia lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah engkau mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan jenganlah engkau membentak keduanya, dan ucapkanlah kepada keduanya perkataan yang baik"

" Dan rendahkanlah dirimu terhadap keduanya dengan penuh kasih sayang dan ucapkanlah, "Wahai Tuhanku, sayangilah keduanya sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku sewaktu kecil".

Hah, tol kan wak...? Pas tu, kita nak wat per lak??

[:] " kita cakap la, berdosa besar kalau kita derhaka pada ibu bapa nie. kita cakap lagi, tahu tak, antara balasan yang Allah segerakan di dunia dan di akhirat yelah dosa derhaka pada ibu bapa...awak, kita pun takutlah dengar nyer..."

Lagi wak.......


[:] " kita cakap lagi, walau macam mana cara sekalipun, kite mesti taat pada perintah ibu bapa, selagi diorang tak soh kita wat benda-benda jahat lah...tol tak? Tol lah wak...."

Tol...Tol...lagi?

[:] " Awak nie....awak tahu tak, dolu-dolu, ketika zaman Rasulullah saw, ada seorang sahabat nabi ingin pergi berperang, tapi bila Rasullullah tanya kat dia, kalau dia ade ibu...Lalu, sahabat nabi tue jawab yang dia ade ibu...Lantas Rasulullulah larang dia pergi berperang tapi baginda suh dia jaga ibunya dulu. Kan, penting tak wak kita kene jaga ibu dan ayah kita especially bila diorang dah tua... "

Awak, macam mana eh kita nak bagi orang lain sedau gak betapa pentingnya kita perlu hormat ibu bapa kite nie eh?? Awak tahu tak?? 

[:] " Ala, kita kan dah cite tadi, so kite soh lah diorang tolong sebarkan sekali..."

Awakkk, diorang mana dengar kite berbual?? kan kite berdua jer....macam mana diorang nak bagi tahu kat orang lain??

[:] " Laaa....diorang memang tak dengar perbualan kita, tapi diorang kan dengar ape yang diorang katakan dalam hati, bile baca entry nie...."


Heheheheh.....waallahu'alam



  










     

Thursday, May 10, 2012

Perkara yang Merosakkan Hati

Bismiallahirrahmanirrahim....

Terdapat 5 perkara yang boleh merosakkan hati kita....

1) Banyak buat dosa & maksiat

2) Banyak ketawa

3) Banyak makan

4) Banyak tido

5) Banyak melakukan hal-hal duniawi ataupun kebaikan ataupun sibuk dengan perkara selain mengingati-Nya,  sehingga melupakan Allah

6) Bergaul dengan orang buruk akhlaknya


So, senang cite nak rawat hati....letakkan "Jangan" pada setiap satu perkara di atas....insyaAllah, jika baik  hati itu, baiklah semuanya...

Selamat mencuba...;-))

Thursday, April 5, 2012

Am I Right?

Bismillahirohmanirrohim....

I Am Not Perfect..........I Know That
I Make Mistake...........I Know I Do
But I Do Know That Allah Is Always With Me.........
And I Really Miss Him........

**Bila banyak hal-hal kemaksiatan dilakukan, maka makin jauh lah kita untuk mengingati Allah swt....Maka makin lalai dan leka lah kita untuk terus menagih cinta dari Dia....

"...Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, janganlah Kau pesongkan hatiku ini kejalan kemaksiatan dan kelalaian...Berilah aku petunjuk dan hidayah ke jalan yang lurus...."  

Tuesday, April 3, 2012

Jangan Biarkan Ia Sia-sia

Bismillahirrohmanirrohim....

Rebutlah peluang ini, jika ia masih ada....
Rebutlah peluang ini, jika kita masih memerlukan....
Rebutlah peluang ini, jika kita tidak mahu merugikannya....
Rebutlah peluang ini, jika kita mahu diri kita insan yang berguna....
Rebutlah peluang ini, jika kita tidak mahu, pengakhiran yang sia-sia....
Rebutlah peluang ini, kerana ia adalah anugerah Tuhan yang berharga.....

Itulah Bisness, Pelajaran, Hiburan, Permainan, Pekerjaan dan....yaeh, sebenarnya BUKAN.....
>>> Itulah KEHIDUPAN (LIFE). Seorang ahli perniagaan, pelajar, penghibur, pemain, pekerja dan lain-lain, jika mengerti makna dan tujuan kehidupan yang sebenar, bisa merencanakan matlamat untuk bertindak melakukan sesuatu itu kerana Yang Maha Esa.
>>> Kehidupan, sebuah pengembaraan di dunia, yang membawa kita ke suatu destinasi yang harus dituju, akhirat, sehingga ia sampai waktunya kelak.....kiamat....

Sunday, April 1, 2012

[[[[MyGMJ, 2012]]]]

Bismillahirrohmanirrohim....

Tanggal 30 March 1976, adalah hari sambutan seluruh dunia, bagi memperingati bumi Palestine, yang merupakan titik permulaan rampasan tanah Palestine oleh rejim Zionis laktanullah...Ia juga dikenali sebagai "Hari Tanah Palestine", yang harus diingati dan dihayati oleh umat Islam khususnya...

So, atas sifat keprihatinan, kemanusian, dan nilai keIslaman, rakyat Malaysia telah bersatu-padu, tampil ke hadapan dari pelbagai NGOs, badan2 sukarelawan untuk bersama-sama menyuarakan isi hati, membantah, SEKEARS-KERASNYA perbuatan rejim Zionis terhadap rakyat Palestine.

MyGMJ, Global March to Jurusalem, telah dilancarkan bagi menyampaikan suara bantahan rakyat Malaysia dan seluruh rakyat dunia, menentang kezaliman Israel terhadap Palestine. Mereka ke Palestine, membawa message, menyatakan:

"KAMI (seluruh dunia), membenci, menentang Israel, dan mahukan penindasan, peperangan, penjajahan, serta kezaliman DIHENTIKAN ke atas rakyat Palestine. Dan KAMI, TIDAK AKAN membiarkan Palestine menanggung penderitaan keseorangan dalam menghadapi musuh Islam itu".

Maka, marilah kita sama-sama mendoakan perjalanan mereka ke Jrusalem berjalan dengan lancar dan diberkati Allah swt...Palestine tak mintak kita bersama-sama mengangkat senjata menentang musuh laknatullah itu, tapi apa yang mereka mahukan dari kita, BERDOA untuk mereka, memberi kemenangan kepada umat Islam memerangi pihak musuh Islam. Kerana DOA itu "Senjata Umat Islam".....  

Waallahu'alam....

Coret-Coret Naik Cuti

Bismillahirrohmanirrohim...

Waduh, seminggu cuti, tak terasa apa2 pun...oppsss, maksudnya, pejam celik-pejam celik, sekejap tempoh seminggu mid sem break dh hbs...

Hemmm...nak uruskan majlis kawin nie, bukan sesedap mulut merancang dan berkata-kata yer, tapi boleh tahan sibuk nya jugak... apatah lagi kalau bertindak sebagai "orang kuat" majlis...tambah-tambah lagi yang menguruskannya, banyak orang perempuan dari lelaki...huhu....xpelah, sukarang-kurangnya, kita boleh melatihkan diri untuk merancang sesuatu event yang besar, bijak menguruskan masa, perancangan perbelanjaan, melayani tetamu....

Well, sape yang nak kawin, selamat kawin...selamat mendirikan masjid, "mahligai syurga di dunia"....
Barakallahuminkum...

Yang tak kawin????....selamat menyambung kerja masing-masing.....Titik(.)

Friday, March 16, 2012

JAGA-JAGA LIDAH

Bismillahirrohmannirrohim


LIDAH....adalah penterjemah, menterjemah atau menyalin apa yang terguris di hati. Terjemahannya adalah bukti kebaikan atau keburukannya. Orang tidak mengetahui isi hati atau apa yang tersimpan di dalam hati, kalau tidak kerana lidah. Kerana ini, didapati pengajaran mengenai lidah, iaitu "Dalam Berkata, Peliharalah Lidah...Dalam Berjalan, Peliharalah Kaki". Jadi, berdiam diri itu lebih baik daripada berkata-kata yang tidak berfaedah...

wallahulam...

Tuesday, March 6, 2012

Belajarlah dari "itu"....

Bismaillahirrohmanirrohim...


Belajarlah daripada al-Quran dan Sunnah,
Jika itu jaminan laluan ke syurga...

Belajarlah daripada kisah Nabi,
Jika itu yang harus kita contohi..


Belajarlah daripada kepandaian mereka,
Jika kita kurang ilmu di dada...

Belajarlah daripada kesilapan,
Jika mahukan pembaikan...

Belajarlah daripada senyuman,
Jika mahukan jiwa yang lapang...

Belajarlah erti kehidupan,
Jika mahu menjadi manusia yang berguna...

....Dan banyak lagi yang perlu kita Belajar....


*Berpesan pada diri sendiri, agar terus Belajar, sampai ke liang lahad...* Belajarlah dan terus belajar.....

Thursday, February 23, 2012

Seronok Jugak Jadi Pemandu Pelancong

Bismillahirrohmanirrohim






Sebagai manusia biasa yang mempunyai keterbatasan ilmunya, kita sering kali tidak dapat menjangka apa yang bakal terjadi pada kita pada hari tersebut..cuma doa dipanjatkan pada Ilahi agar senantiasa berada dalam perlindunganNya dan rahmatNya.

Suatu pagi, 18 Feb 2012, 
Dalam perjalanan pulang ke Melaka, ana menjadi pemandu pelancong sekejap. Again, tak terlintas pun apa yang akan terjadi.. Semua ketentuan Tuhan..


Senario Pertama
Sedang menunggu train di stesen Masjid Jamek, tiba-tiba terdengar seseorang (lelaki mat saleh) bertanyakan bagaimana mahu pergi ke stesen bandar tasik selatan...Memandangkan orang yang ditanya tue baru sampai KL, jadi tak berapa nak sure di mana stesennya...then, baru ana nak bukak mulut, dah ada kakak tue tolong bagi tahu...(orait,....)...train pun sampai, kami pun ramai-ramai masuk....

Tak sangka that guy berdiri belakang ana...lalu, dia tanya lagi, perlu ker train nie buat pertukaran untuk pergi bandar tasik selatan...(sorry, translated)....yeah, ana jawab tak perlu.. Melihat wajahnya yang penuh kebimbangan melihat route map train, ana terangkan serba sedikit...akhirnya, beliau cakap, "it is quite complex...". Ana tersenyum jer...Benar, bagi yang mereka baru fisrt time naik train, pasti akan celaru dengan route map yang tertera di atas tue.. Ana sendiri pernah tersilap laluan...huhuhu

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan ke kounter tiket di terminal bas, banyak jugak yang kami sembang...hehehemmmm...sekadar bertanya khabar, bagaimana rasanya datang ke Malaysia, apa tujuannya datang, tinggal di mana...yeah tu jela kot... 

Kami berpecah, kerana laluan berbeza...pengalaman pertama, seronok...


Senario Kedua
Ketika dalam bas menuju ke Melaka....

Diberi lagi satu peluang, duduk sebelah pelancong wanita...mereka bertiga, students dari sebuah kolej di Semenyeh...apapun, mereka jauh datang, orang Kanada...(bisik hati... ok, fine...)

Soalan pertama ditanya, berapa lama perjalanan ke Melaka?? ok...

Lagi, apa yang menarik di Melaka?? Waduhhh, agak lambat jawab, kerana terbayangkan suasana ketika berada di Melaka sama-sama dengan family...*(rindu pada suasana ketika itu)....soalan tue penuh explanation, cuba diterangkan satu persatu tempat yang menarik di Melaka...ok lah, dah ada pengalaman sebelum ini jadi pemandu pelancong tok rakan-rakan dari UIA datang melaka, jadi adalah points nak diceritakannya...

Perjalanan 2 jam, terisi dengan banyak berkongsi cerita antara ana dengan dia. Yeah ingat nama dia, Lilian...nice and sweet girl...Antara perkara yang dikongsikan:

- budaya rakyat Malaysia, kepelbagaian kaum, boleh bergaul antara satu sama lain
- course yang diambil di university
- tentang family masing-masing
- makanan yang beliau gemar makan apabila berada di campus
- tentang visa (siap tunjuk visa beliau pada ana...huhu, best gak dapat tgk visa orang asing yer, macam kastam lak...hehehe)
- pengalaman beliau dah pergi beberapa tempat di Malaysia, (area KL, Langkawi, Sarawak)...manarik2, ana pun tak sampai Sarawak lagi..insyaAllah, suatu hari nanti...
- then, Putrajaya...
- dan soalan yang sering ana rasakan tidak akan terlepas akan ditanya, mengenai Islam...

Melihat pelajar-pelajar Islam perempuan di campus beliau, ada yang tidak keluar malam, berasa malu-malu apabila terlihat lelaki di kawasan kediaman perempuan, rambut yang perlu ditutup, makanan yang haram dimakan, pergaulan antara lelaki dan perempuan, perbuatan merokok, ana jawab dengan ringkas tapi insyaAllah padat, agar beliau mudah menerima komen yang diberikan. Ana sedar, mungkin ana bukan orang yang bijak dalam hukum hakam ataupun cerdik pandai dalam hal ehwal agama, tapi sekadar berkongsi ilmu yang dimilki, alhamdulillah, dengan senang beliau menerimanya...walaupun ana rasa, penerangan yang lebih lanjut harus diberikan agar beliau benar-benar memahami tuntutan dan ajaran Islam itu yang sebenarnya...

Pengajarannya:
- rajin-rajinkan lah diri kita ingin membantu sesiapa saja yang memerlukan bantuan, walaupun sekadar memberitahu laluan jalan...
- ringan-ringankan mulut untuk bertegur sapa terutama mereka yang baru kita kenali
- memberanikan diri untuk sengaja duduk sebelah pelancong-pelancong, sekadar untuk berkongsi cerita, apa salahnya kan...
- lebih  memahami budaya rakyat Malaysia
- mempersiapkan diri dengan keupayaan berbahasa asing, esp. english... walaupun tahu, tonggang terbalik...
- membantu memperbaiki english, as medium komunikasi dengan orang asing
- perkara yang penting, sentiasa tunjuk akhlak yang baik kepada sesiapa saja, kerana akhlak seseorang mencerminkan identiti dan imej seseorang itu. Kalau kita melayu, of course identiti Islam lah yang kita tunjukkan...cuba bayangkan, beliau juga berminat tahu budaya orang melayu kita yang bersalaman, terutama yang membabitkan cium tangan...tak sangka, perkara sebegitu pun beliau begitu prihatin... so apa yang boleh ana katakan, itu sebahagian cara kita menghormati orang yang lebih tua dari kita, terutama ibu bapa, saudara mara, atau siapa saja, yang penting hanya golongan-golongan tertentu saja yang boleh bersalaman antara lelaki dan perempuan, mengikut ajaran Islam...
- lagi penting, DALAMI ilmu agama, agar mudah kita berbicara tentang Islam 

Well, ana rasakan hari tersebut cukup manis bagi ana. Aturan Allah sangat hebat, diberi kesempatan menyebarkan dakwah walaupun tidak lama dan tidak lah hebat sangat...apa yang ana tahu dalam  dakwah, hanya akhlak yang baik dan mulia mudah bagi kita memahami dan mendalami isi hati seseorang. Mengingatkan sifat dan akhlak Rasulullah saw, yang sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia kepada sesiapa sahaja, walaupun musuh baginda sekalipun, membolehkan Islam tersebar luas di persada dunia...

InsyaAllah, sama-sama lah kita sentiasa menunjukkan peribadi yang baik kepada sesiapa saje dan dimana kita berada sekalipun...wallahualam... 


Monday, January 30, 2012

RELEASED....

Bismillahirrahmanirrohim...


Cuba lihat gambar di atas, lapang tak kawasan tue??? Adakah seperti lapangnya fikiran dan emosi anda sekarang nie??? hehehe...kalau ia lapang seperti lapangnya gambar di atas, (even gambar tak besar pong) maka bersyukurlah pada Allah, alhamdulillah....kerana Allah swt telah memberi kelapangan minda dan hati kepada kalian...anda tidak berasa 'tersepit' dan 'terhimpit'... 

Tapi bagaimana pada jika pada waktu sekarang ini anda dalam berfikiran celaru, hati sungguuuuuh tak tenang....??? Tak mengapa, bersegeralah Beristighfar....panjatkan doa padaNya, moga-moga akan terus diberikan kelapangan dada...

Mintalah doa kepada Allah, Dia pasti mengabulkannya....amin..