Wednesday, December 5, 2012

Rentetan : "Aku Semakin Berani"

Alhamdulillah, sudah lama aku mahu menyentuh 'diari' maya ku ini. Setelah berhari-hari menanti, pergi ke berminggu-minggu, dah sampai berbulan dah, maka barulah dapat aku menukilkan sesuatu disini.

Yeah...ini adalah entri khas rentetan dari kisah lepasku, aku semakin berani. Apa yer? Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, segalanya telah dipermudahkan. Pergiku tidak lah lama, hanya segenap cuma, pergi kerana mahu belajar dan mencari pengalaman. ( Kan dah cakap dah kan... ) Alhamdulillah, dikala yang menetang keputusanku, tetapi ada juga yang menyokong buatku...Apapun, aku ucapkan terima kasih buat mereka semua. Kerana apa yang aku harapkan, sentiasalah mendoakan yang terbaik buatku, walau dimana jua aku berada dan apa jua ketika.  

Bila difikirkan balik, ada hikmah disebalik semuanya ini. Tatkala mahu membuat keputusan dimana perkara itu dianggap wajar di fikiran yang serba lemah dan bagus untuk diraih, dan pada masa yang sama mendapat tentangan dari pihak yang lain, maka dengan sekuat hati dan tekad mahu juga untuk pergi. Alhamdulillah, keperitan yang ada di awal usaha dan perjalanan, akhirnya dipermudahkan oleh Nya. Bukan mudah untuk aku mengambil keputusan sebegitu. Kebimbangan ku makin meluap-luap jika tindakan ku itu boleh menimbulkan "istidraj". Tapi aku mohon agar apa jua kelakuanku, tidak dianggap menderhaka pada mereka dan restuilah perjalananku. Aku mengerti alasan yang mereka berikan. (Pencerahan: Harap yang membaca mengerti. Keputusanku bukan mahu melakukan sesuatu yang tidak baik, jauh sekali aku terlintas mahu melakukannya. Tapi ini adalah keputusan sekadar mahu bergerak lebih jauh lagi dalam medan dakwah.)

Ibrah / pengajarannya) :

1) Saling Memahami
Kadangkala, tak semua memahami keputusan dan tindakan kita. Pada hemat kita mungkin ianya amat bagus untuk kita laksanaklannya, tapi mungkin pada fikiran yang lain, tidak sewajarnya. Mungkin juga mereka ada pendirian masing-masing. Maka apa yang aku boleh katakan, kita perlu sentiasa berkelakuan baik dengan mereka. Tak perlu berkeras pun untuk mempertahankan hak dan keputusan kita, yang akhirnya mereka bulat-bulat akan membenci pada kita. Sebaiknya, terangkan dengan jelas secara lembut dan berhikmah.

Kebarangkalian mereka sebenarnya boleh menerima pandangan kita itu ada, cuma mungkin mereka perlukan sedikit masa untuk meneliti sejauh mana keberkesannya. Letakkan kebimbangan juga, sekiranya niat murni kita boleh terjejas dan tergendala kerana akhlak kita yang kurang menyenangkan membuatkan mereka sukar untuk menerima baik pandangan kita.

2) Doa mestilah berterusan
Dah penat kita terangkan padanya, tapi sikit pun tak boleh nak pakai, maka apa yang terbaik, berdoalah untuknya. Semoga terbuka pintu hatinya untuk menerima keputusan kita dan doakan juga agar kita terus diberikan petunjuk dalam menghadapi perkara-perkara yang sukar lagi sulit. Kerana kita juga tidak tahu, keputusan kita itu bakal membawa kebaikan atau sebaliknya. Yang penting, mintak Allah teguhkan hati masing-masing di jalan yang benar.

3) Stress?
Sebaiknya, tak perlu pun kita nak stress dengan mereka yang sukar menerima pandangan kita. 1- Mungkin sebab mereka belum mengenal matlamat dan perjalanan sesuatu itu (kalau kes ni, mungkin mereka belum kenal erti dan perjalanan tarbiyah tu); 2- Mungkin mereka juga belum ada sesuatu cerita yang kukuh untuk mereka menepis segala tohmahan atau cerita-cerita yang menakutkan tentang sesuatu itu; 3- Mungkin mereka juga belum benar-benar memahami; 4- Mungkin juga kita belum benar-benar / sungguh-sungguh memahamkan mereka.... Maka, think positif (+ve), bersangka baik pada mereka. Ini juga menunjukkan bahawa disitu Allah mahukan kita belajar sesuatu yang boleh kita mendekati jiwa-jiwa mereka.

4) Jangan dipaksa sangat
Seperti yang dikatakan tadi, kalau kita yakin dengan keputusan baik kita itu, dan dah diterangkan berkali-kali tapi susah juga nak diterima, maka jangan dipaksa sangat untuk dia mendengar dan terus mendengar dan terus mendengar. Maka mejadi satu paksaan untuk dia menerimanya dan akhirnya akan hilang satu perasaan 'dengan rela hati'. Nah, bukan lahir dari persetujuaan yang sebenar seperti yang diharapkan. Sedangkan kita juga mahu setiap pandangan boleh diterima dengan secara baik bukan nanti ada nilaian yang tidak bagus pada sesama kita.

(Hemm...tula, kena pandai-pandai gak tengok masa, takut-takut bila tersalah mood, buruk pula padahnya..)


Aku terfikir, "Kadang-kadang kita ni cepat berputus asa. Kita gagal mendapatkan sesuatu sebab kita fikir kita dah usaha, tapi bila fikirkan balik, apakah kita sudah berusaha setimpal yang boleh?"....


Jikalau Bilal bin Rabah, keluarga Yasser yang diuji supaya meninggalkan agama suci Islam yang dipegangnya, sehinggakan teruk diseksa semata-mata mahu mereka menolak agama suci itu, maka apakah kita pula baru saja ditentang dari segi penerimaan pandangan dan fikiran, kita sudah mahu melenting? Maka itu aku rasakan tidak wajar bahkan malu pada diri sendiri kerana mungkin iman yang lemah tak sekuat iman para sahabat Nabi yang hidupnya penuh dengan penderitaan dan kesakitan.


Aku tidak mengatakan aku telah berjaya melepasi satu garisan getir dengan melakukan seperti demikian, tapi inilah yang aku boleh aku ambil pelajaran rentetan dari pendirian dan keputusanku yang lepas. Tidak dinafikan, aku juga ada membuat kesilapan ketika itu, dan ini membuatkan aku insaf dengan apa yang telah terjadi dan belajar dari kesilapan...


"Sekiranya ada peluang untuk pergi lagi, mahu ke pergi ke sana lagi?" - Itulah respon yang aku terima setelah pulang dari pemergianku yang sekejap itu. Alhamdulillah...... Tersenyum lebar aku!!!....





- Birru walidain -

Wallahu'alam....

No comments: