Friday, November 18, 2011

Mana Perginya Sifat Malu Kita







TERSENTAP....yer tersentap sekejap, apabila terbaca satu artikel tentang seorang artis Malaysia kita baru2 nie, membuat pengambaran dengan berpakaian yang memang tak sopannnn....artis itu seorang wanita....bahkan senang saje mengatakan; biar dia yang tanggung dosa itu...astaghfirullah al 'azim....Perkara-perkara tentang dosa, halal haram janganlah dibuat main-main....perkara-perkara tue semua akan kita jawab kelak di hadapan Allah swt, apa yang telah kita buat selama kita hidup. Tentu  malu rasanyer kita nak berhadapan dengan Allah swt dengan membawa amalan-amalan kita. Amalan-amalan kemaksiatan dan dosa yang telah kita lakukan, bahkan amalan baik pun belum tentu ia diterima Allah ke tak...nauzubillah min zalik....banyak-banyakkan beristighfar moga-moga sentiasa diberi hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar....


Sekadar nak share pendapat, isu sosial sebegini amat2 berkait rapat dengan sifat malu. Tambah-tambah lagi, jika kita seorang wanita, besarnya tanggungjawab dan kewajiban yang perlu kita lakukan agar kita terpelihara dari fitnah dan dosa. Hilang perasaan malu, maka mudahlah untuk kita melakukan apa saje. Tapi jika Malu untuk melakukan kemaksiatan dan kejahatan, bermakna kita tahu, Allah sentiasa menilai segala peri laku yang kita lakukan. Allah swt juga sentiasa memerhati apa yang kita lakukan, kemana kita pergi. Tak terlepas sikit pun walaupun sebesar kuman. Bukan bermaksud, yang menulis ni pun tak pernah bersosial sebelum ini, tapi alhamdulillah, bersyukur sangat2, walaupun tak banyak, pentarbiyahan yang dapat selama ini sekurang-kurangnya membantu saya supaya sering mengiingatkan diri ini agar terus berwaspada dan jangan terus lalai dgn perkara-perkara duniawi. Begitulah sahabat-sahabat betapa pentingnya kita perlu sentiasa menyucikan diri, kerana kita tahu kita manusia yang sering kali melakukan dosa, sering lenyap ingatan kita pada Allah swt...dan proses pentarbiyahan tidak akan berhenti, akan berterusan sampai kita mati.   


Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu itu adalah sebahagian daripada cabang iman". Sifat malu sangat besar pengertiannya dalam Islam. Sehinggakan ia dijadikan salah satu cabang iman, simbol keimanan seseorang itu. Kalau hilang sifat malu itu, maka lenyaplah nikmat keimanan itu, sebab iman dan malu tu ia berjalan seiring. Dan iman itu sebenarnya akidah kita, kepercayaan dan prinsip hidup kita berlandaskan al-Quran dan Hadith. Lihatlah, Rasulullah saw sendiri yang cirinya terpelihara dari dosa dan maksiat pun, baginda seorang yang amat pemalu. Inikan kita, yang tidak ada apa-apa ciri yang istimewa pun, tapi sudah hilang sifat malu itu. Tanyalah pada diri kita sendiri, bagaimana sudah kita laksanakan seperti mana yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Apakah maksud Islam itu sendiri dalam diri kita, ataukah sekadar nama/title sahaja. Adakah kita benar-benar memasukkan sepenuh jiwa raga kita pada Islam ataupun bagaimana...persoal kan pada diri kita, apakah kita mengakui Allah adalah sebenar2 Tuhan kita, kalau Ya, tapi mengapa masih lagi ingkar dengan suruhan Dia...


Banyak-banyakkan bermuhasabah dalam diri, beristighfar, bermonologlah pada diri, dalam mengenal pasti dimana salah dan silap kita agar segera dapat diperbetulkan dan bertaubat. Kerana Allah swt amat menyukai hamba-hambaNya yang sentiasa ingin berubah ke arah kebaikkan dan bertaubat padaNya.


Arus kemodenan semakin pesat, kerana ia banayk merubah cara dan gaya hidup kita. Tapi janganlah sampai dibiarkan sifat malu itupun berlalu pergi mengikut arus masa. Islam tidak pernah memisahkan agama dengan kehidupan, nilai Islam itu ada di mana-mana saja, tak kira tempat dan waktu. Sentiasalah beringat, malu untuk mengikuti apa yang telah diperintahkan Allah swt, adalah malu yang ditegah oleh Allah swt dan Rasulullah saw. Takkan hilang maruah seseorang jika perasaan malu itu ada dirinya, tapi biarlah bertempat. Ia khas bagi malu daripada melakukan kejahatan. Malu mencari ilmu dan ke arah kebaikan, amatlah di benci oleh Allah swt. Tapi ,malu lah kita pada Allah swt....


Harapan penulis, sama-samalah kita + artis tersebut, banyak-banyakkan beringat tentang pahala dan dosa, syurga dan neraka, halal dan haram, wajib dan tak wajib, dan apa2 yang seumpama dengannya. Kerana apa, kerana ia tentang HATI. Rosak ia maka rosak lah semuanya, tapi Baik ia, maka baiklah semuanya. InsyaAllah....sama-sama bertaubat....






Mutiara kata:


Sa'ad bin Hilal berkata:


"Sesungguhnya bagi seorang hamba yang membuat dosa, maka Allah swt akan memberikan kepadanya 4 perkara;

            1. Rezeki tidak akan di hilangkan darinya
            2. Kesihatan tidak akan hilang darinya
            3. Dosa tidak akan ditunjukkan kepadanya
            4. Seksaan tidak akan didatangkan kepadanya secara cepat".




Waallahulam....... 

Saturday, November 12, 2011

Kenali Apa Itu Disklesia

Disklesia / Dyslexia

Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal. Mereka yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.
Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.


Ciri-Ciri Menghidap Disklesia

Terdapat beberapa ciri penghidap Disleksia antaranya ialah:-
  • Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan
  • Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas
  • Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca
  • Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan hurf "b" dianggap "d".
  • Kekerapan penghidap Disleksia selalu terjadi kepada pasangan kembar dan bayi yang tidak cukup bulan.
  • Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.

Punca Disklesia

Terdapat beberapa punca berlakunya gangguan Disleksia antaranya ialah:-
  • Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap Disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari kemalangan.
  • Selain itu, kemungkinan besar penghidap Disleksia berpunca daripada keturunan penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar penghidap Disleksia adalah dari latar belakang yang mempunyai gangguan yang sama.

Sorce of Info:
THE TOLE ACUPUNCTURE & HERBAL MEDICAL CENTRE SDN BHD.
Suite 4.08- 4.10, 4th Floor,
Medical Specialist Floor,
Menara KH (Menara Promet),
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel No : 603-21418370 / 603-21451671
Fax No : 603-27326878


****Penulis nak suggest try tgk video ini. Sangat bagus, bermanfaat berkenaan dengan masalah disklesia ini. Tapi nak pesan, sebelum tgk, sediakan kotak tisu yer...takot2 ader yang luncun baju atau sofa tue nanti...Selamat menonton****