Tuesday, December 27, 2011

Kebetulan vs. Takdir

Benarkah dalam kehidupan kita ada perkara yang datang secara Kebetulan? Ataupun sebenarnya telah ditakdirkan oleh Allah SWT seperti yang telah tertulis di Lauh MahfuzNya? Apakah makna bagi setiap perkara yang terjadi secara tidak disengajakan itu boleh dianggap secara kebetulan juga? Bukankah Allah telah jadikan tiap-tiap sesuatu bukan sia-sia, tapi bagaimana kita ingin mentaksirkan istilah kebetulan ini?

Sebenarnya, apa yang terjadi???? Ana pun tak tahu...Asif Jiddan

Saturday, December 17, 2011

Halaqah vs Ceramah Ustaz



Hari ini ana mendapat message dari sahabat ana. Di awal kata-katanya, nada agak sayu kedengaran. Dia sambung lagi, "wani, hari ini kita agak sedih lah. Macam nak nangis rasanya...". Ana jawab, "ya, kenapa. Ada masalah ker? Cuba cerita". 

Sebenarnya, sahabat ana nie nak mintak pendapat dari ana. Beliau rasa kebingungan, dalam dilema, kerana mahu menghadiri satu majlis ilmu di Bangi, tetapi clash dengan program Halaqah di UIA.  Majlis ilmu itu pula merupakan suatu majlis ilmu yang beliau nanti-nantikan sebelum ni. Jadi, bersemangat nak pergi menghadirinya. Sebaliknya, Halaqah ini pula merupakan Halaqah yang terakhir sebelum semua pelajar UIA menempuhi medan 'pertempuran', the battle of examination.

Jadi, ana tanya, "sudah diberitahu murobbi ke belom?". Dia jawab, "sudah, tapi jawapan yang diterima dari murobbi membuatkan dia lagi bertambah sedih...macam nak nangis". huhhh..... Dia sambung lagi, "suka dengan majlis ilmu itu, rasanya, penyampaiannya lagi terkesan di hati...". Lagi berputar kepala ana memikirkannya.....

Sebenarnya, apa yang nak cakap kat sini, sebagai seorang kawan, ana rasa ana perlu menolong sahabat yang dalam kesulitan. Tambah-tambah lagi dalam perkara yang membutuhkan keputusan yang segera. Tapi, bila difikirkan balik, siapa lah ana nie. Ilmu yang tak seberapa, sekerat pun tak sampai, dan cadangan yang telah diberikan kepadanya, ana tak tahu adakah ia benar atau tidak. Kerana ana khuatir, kalau cadangan ana itu membawa keburukan kepada dia dan kepada sesiapa saja. Ana bukan alim ulama', bukan pakar agama, bahkan jauh sekali yang mendapat wahyu dalam memberi keputusan. Ana adalah seorang hamba yang banyak khilaf dan dosa, sahabat bagi seorang sahabat yang lain yang amat memerlukan pendapat. Dan ana rasa perlu dibantu walaupun ana tahu pendapat yang diberikan mungkin tak masuk dek akal. Apapun, hanya itu yang mampu ana lakukan. Selebihnya, ana berserah pada Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui akan isi hati hamba-hambaNya. Dan Dia jugalah yang Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Jawab ana....."Kalau benar mahu pergi dengan alasan yang kuat, mahu cari ilmu dari ustaz itu, anti pegi lah. Mungkin anti rasa penerimaan ilmunya boleh melembutkan hati lagi...jika pergi Halaqah dengan hati tak rela, tentu ia akan mengganggu tumpuan time Halaqah nanti. Istighfar banyak-banyak. Moga-moga keputusan dibuat tidak mendatangkan apa-apa musibah kepada sesiapa..."......


Pada masa itu, keputusan dibuat atas dasar reason yang diberikan. "Penyampaian ustaz itu lagi terkesan di hati", itulah yang ana try ambil sebagai basis untuk keputusan yang jauh tidak seberapa baik. Bukan menidakkan kepentingan Halaqah, tapi sejauh mana penerimaan ilmu diterima dalam kedua-dua majlis ilmu itu....Again, ana sekadar membantu. Keputusan yang benar bukan di tangan ana, semuanya atas kuasa Allah SWT.


Wallahu'alam....

Thursday, December 15, 2011

PESANAN UNTUK UMAT ISLAM




8:63

" Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana". (al-Anfaal : 63)

Ukhwah atau persaudaraan adalah satu jalinan yang menghubungkan antara satu umat Islam dengan umat Islam yang lain atau sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain. Ikatan yang disandarkan adalah bertunjangkan pada dasar Iman. Kasih-sayang kita pada teman, adalah kerana Allah swt. 

Seorang umat Islam dengan umat Islam yang lain adalah saudara....saudara sesama akidah, sesama Iman, sesama saudara bagi hamba pada yang Esa. Sakitnya saudara kita, sedih mereka, riang mereka, kesenangan dan kesusahan semua kita tanggung dan rasai bersama. 

Rasulullah SAW bersabda, 
"Sesiapa yang melapangkan seorang Muslim dari satu kesusahan dunia, nescaya Allah melapangkan untuknya dari satu kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhiratdan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang Muslim nescaya Allah kan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya"

 Walau jauh beribu batu jaraknya saudara kita berada, tapi dapat kita rasa dekat dengan mereka. Walau sudah lama kita tidak berjumpa, tapi tetap kita rasa rindu dengan dia. Kalau yang dekat pula?? Selalu lah menjenguk mereka, bertanya khabar, dan lemparkanlah senyuman pada mereka...:-))

Ukhwah islamiyyah perlulah kita semai dan jaga. Islam bersatu jika umatnya bersatu. Dan Islam juga boleh runtuh jika sikap umatnya berlaku sebaliknya. Biar kita berbeza luaran, berlainan warna kulit, rambut, dan sebagainya, tapi hati kita tetap SATU. Kita bersatu kerana saling menyayangi antara satu sama lain. Pupuklah sikap prihatin dan mengambil berat sesama kita, kerana manusia dicipta bukan untuk hidup keseorangan, tapi perlu menyambungkan silaturrahim dengan umat yang lain. Berkawan bukan sekadar kawan, tapi kita berkawan atas dasar Iman.



HEBATNYA 'HUBUNGAN' MEREKA!!!! 









Apapun, mereka adalah sekadar binatang sahaja. Hikmah disebaliknya, penulis tak berapa tahu. Tapi kita sebagai manusia yang dikurniakan aqal, tentu kita boleh fikir betapa besar hikmah disebalik ukhwah yang kita bina. 


...Pesana ringkas dari Penulis yang Tak Bertauliah....

Sebenarnya, tak sukalah tengok kita sesama Islam berbalah. Perkara kecil janganlah diperbesar-besarkan. Tak usahlah nak berkelahi dengan perkara remeh temeh, besar lagi tanggungjawab kita sesama umat Islam untuk sesama membawa message Islam kepada semua umat yang ada di bumi ini. Umat Islam perlu bersatu. Bersatu lah kita...BERSATU...buang jauh-jauh sikap suka mementingkan diri, buruk sangka, dengki mendengki, maki hamun, kedekut, sombong, dan lain-lain yang sekelompok dengannya, perkara-perkara macam tu tak memberi apa-apa faedah pun. Malah dibenci oleh Allah SWT lagi. Bagaimana kita nak berdakwah pada yang bukan Islam kalau kita sesama umat Islam masih lagi bertelagah?? Kembalilah pada ajaran Islam semula. Cubalah kita fahamkan apa yang telah ditegah oleh Allah SWT...Cubalah kita amalkan apa yang telah di sunnahkan...kerana itu semua BUKAN suatu yang SIA-SIA...Allah SWT amat menyukai mereka yang sentiasa melakukan kebajikan...

Moh sama-sama kita beristighfar....Astaghfirullah al-azim



Monday, December 5, 2011

SURAT CINTA DARI SYAITAN UNTUK MU

SURAT CINTA DARI SYAITAN UNTUK MU 


Aku melihatmu kelmarin,
 saat engkau memulai aktiviti harianmu... 

Kau bangun tanpa sujud mengerjakan subuhmu.. 

Bahkan kemudian, kau juga tidak mengucapkan 'Bismillah' sebelum memulai santapanmu, juga tidak sempat mengerjakan solat Isya' sebelum berangkat ketempat tidurmu.. 

Kau benar2 orang yang bersyukur, Aku menyukainya.. 

Aku tak dapat mengungkapkan betapa senangnya aku melihatmu tidak merubah cara hidupmu.. 

Hai Bodoh, Kamu millikku.. 

Ingat, kau dan aku sudah bertahun-tahun bersama, 

dan aku masih belum bisa benar2 mencintaimu.. 

Malah aku masih membencimu, karena aku benci Allah..

Aku hanya menggunakanmu untuk membalas dendamku kepada Allah.. 

Dia sudah mencampakkan aku dari surga, dan aku akan tetap memanfaatkanmu sepanjang masa untuk membalasnya.. 

Kau lihat, 
ALLAH MENYAYANGIMU dan dia masih memiliki rencana-rencana untukmu dihari depan.. 

Tapi kau sudah menyerahkan hidupmu padaku, 

dan aku akan membuat kehidupanmu seperti neraka.. 

Sehingga kita bisa bersama dua kali dan ini akan menyakiti hati ALLAH.. 

Aku benar-benar berterimakasih padamu, 
karena aku sudah menunjukkan kepada NYA siapa yang menjadi pengatur dalam hidupmu 
dalam masa2 yang kita jalani.. 

Kita nonton film 'porno' bersama, mencela orang, 
berbangga dan riak, berbohong, mempersenda dan mempermainkan perasaan orang, munafik, makan sekenyang-kenyangya , tidur semahu2nya, bergosip, manghakimi orang, menghujam orang dari belakang, tidak hormat pada orang tua.. 

Tidak menghargai Masjid, berperilaku buruk.. 

TENTUNYA kau tak ingin meninggalkan ini begitu saja..

Ayuhlah, Hai Bodoh, kita terbakar bersama, selamanya.. 

Aku masih memiliki rencana2 hangat untuk kita.. 

Ini hanya merupakan surat penghargaanku untuk mu.. 

Aku ingin mengucapkan 'TERIMAKASIH', 
kerana sudah mengizinkanku 
memanfaatkan hampir semua masa hidupmu.. 

Kamu memang sangat mudah dibodohi, 
aku menertawakanmu.. 

Saat kau tergoda berbuat dosa kamu menghadiahkan tawa.. 

Dosa sudah mulai mewarnai dan menghiasi hidupmu.. 

Kamu sudah 20 tahun lebih tua, 
dan sekarang aku perlukan darah muda.. 

Jadi, pergi dan lanjutkanlah mengajarkan orang-orang muda bagaimana berbuat dosa.. 

Yang perlu kau lakukan adalah berhibur di panggung, 
foya2 bergelumang maksiat bersama teman lelakimu, menyayangi sahabat setiaku si Yahudi terlaknat, berbohong, mendengki saudara Islam, bergosip, dan hiduplah se-egois mungkin.. 

Lakukan semua ini didepan anak-anak dan mereka akan menirunya.. 

Begitulah anak-anak.. 

Baiklah, aku persilakan kau bergerak sekarang.. 

Aku akan kembali beberapa detik lagi 
untuk menggoda mu lagi.. 

Jika kau cukup cerdas, kau akan lari sembunyi, 
dan bertaubat atas dosa-dosamu.. 

Dan hidup untuk Allah 
dengan sisa umurmu yang tinggal sedikit.. 

Memperingati orang bukan tabiatku, 
tapi diusiamu sekarang dan tetap melakukan dosa, sepertinya memang agak aneh.. 

Jangan salah sangka, 
aku masih tetap membencimu.. 

Hanya saja kau harus menjadi orang tolol yang lebih baik dimata ALLAH.. 

Catatan : 
Jika kau benar2 menyayangiku, 
kau tak akan memberi surat ini dengan siapapun. 




.................Renung-renungkan................
Iman, benteng bagi segala maksiat dan dosa

Friday, November 18, 2011

Mana Perginya Sifat Malu Kita







TERSENTAP....yer tersentap sekejap, apabila terbaca satu artikel tentang seorang artis Malaysia kita baru2 nie, membuat pengambaran dengan berpakaian yang memang tak sopannnn....artis itu seorang wanita....bahkan senang saje mengatakan; biar dia yang tanggung dosa itu...astaghfirullah al 'azim....Perkara-perkara tentang dosa, halal haram janganlah dibuat main-main....perkara-perkara tue semua akan kita jawab kelak di hadapan Allah swt, apa yang telah kita buat selama kita hidup. Tentu  malu rasanyer kita nak berhadapan dengan Allah swt dengan membawa amalan-amalan kita. Amalan-amalan kemaksiatan dan dosa yang telah kita lakukan, bahkan amalan baik pun belum tentu ia diterima Allah ke tak...nauzubillah min zalik....banyak-banyakkan beristighfar moga-moga sentiasa diberi hidayah dan petunjuk ke jalan yang benar....


Sekadar nak share pendapat, isu sosial sebegini amat2 berkait rapat dengan sifat malu. Tambah-tambah lagi, jika kita seorang wanita, besarnya tanggungjawab dan kewajiban yang perlu kita lakukan agar kita terpelihara dari fitnah dan dosa. Hilang perasaan malu, maka mudahlah untuk kita melakukan apa saje. Tapi jika Malu untuk melakukan kemaksiatan dan kejahatan, bermakna kita tahu, Allah sentiasa menilai segala peri laku yang kita lakukan. Allah swt juga sentiasa memerhati apa yang kita lakukan, kemana kita pergi. Tak terlepas sikit pun walaupun sebesar kuman. Bukan bermaksud, yang menulis ni pun tak pernah bersosial sebelum ini, tapi alhamdulillah, bersyukur sangat2, walaupun tak banyak, pentarbiyahan yang dapat selama ini sekurang-kurangnya membantu saya supaya sering mengiingatkan diri ini agar terus berwaspada dan jangan terus lalai dgn perkara-perkara duniawi. Begitulah sahabat-sahabat betapa pentingnya kita perlu sentiasa menyucikan diri, kerana kita tahu kita manusia yang sering kali melakukan dosa, sering lenyap ingatan kita pada Allah swt...dan proses pentarbiyahan tidak akan berhenti, akan berterusan sampai kita mati.   


Rasulullah saw pernah bersabda yang bermaksud, "Iman itu ada lebih 60 cabang. Dan sifat malu itu adalah sebahagian daripada cabang iman". Sifat malu sangat besar pengertiannya dalam Islam. Sehinggakan ia dijadikan salah satu cabang iman, simbol keimanan seseorang itu. Kalau hilang sifat malu itu, maka lenyaplah nikmat keimanan itu, sebab iman dan malu tu ia berjalan seiring. Dan iman itu sebenarnya akidah kita, kepercayaan dan prinsip hidup kita berlandaskan al-Quran dan Hadith. Lihatlah, Rasulullah saw sendiri yang cirinya terpelihara dari dosa dan maksiat pun, baginda seorang yang amat pemalu. Inikan kita, yang tidak ada apa-apa ciri yang istimewa pun, tapi sudah hilang sifat malu itu. Tanyalah pada diri kita sendiri, bagaimana sudah kita laksanakan seperti mana yang telah diperintahkan oleh Allah swt. Apakah maksud Islam itu sendiri dalam diri kita, ataukah sekadar nama/title sahaja. Adakah kita benar-benar memasukkan sepenuh jiwa raga kita pada Islam ataupun bagaimana...persoal kan pada diri kita, apakah kita mengakui Allah adalah sebenar2 Tuhan kita, kalau Ya, tapi mengapa masih lagi ingkar dengan suruhan Dia...


Banyak-banyakkan bermuhasabah dalam diri, beristighfar, bermonologlah pada diri, dalam mengenal pasti dimana salah dan silap kita agar segera dapat diperbetulkan dan bertaubat. Kerana Allah swt amat menyukai hamba-hambaNya yang sentiasa ingin berubah ke arah kebaikkan dan bertaubat padaNya.


Arus kemodenan semakin pesat, kerana ia banayk merubah cara dan gaya hidup kita. Tapi janganlah sampai dibiarkan sifat malu itupun berlalu pergi mengikut arus masa. Islam tidak pernah memisahkan agama dengan kehidupan, nilai Islam itu ada di mana-mana saja, tak kira tempat dan waktu. Sentiasalah beringat, malu untuk mengikuti apa yang telah diperintahkan Allah swt, adalah malu yang ditegah oleh Allah swt dan Rasulullah saw. Takkan hilang maruah seseorang jika perasaan malu itu ada dirinya, tapi biarlah bertempat. Ia khas bagi malu daripada melakukan kejahatan. Malu mencari ilmu dan ke arah kebaikan, amatlah di benci oleh Allah swt. Tapi ,malu lah kita pada Allah swt....


Harapan penulis, sama-samalah kita + artis tersebut, banyak-banyakkan beringat tentang pahala dan dosa, syurga dan neraka, halal dan haram, wajib dan tak wajib, dan apa2 yang seumpama dengannya. Kerana apa, kerana ia tentang HATI. Rosak ia maka rosak lah semuanya, tapi Baik ia, maka baiklah semuanya. InsyaAllah....sama-sama bertaubat....






Mutiara kata:


Sa'ad bin Hilal berkata:


"Sesungguhnya bagi seorang hamba yang membuat dosa, maka Allah swt akan memberikan kepadanya 4 perkara;

            1. Rezeki tidak akan di hilangkan darinya
            2. Kesihatan tidak akan hilang darinya
            3. Dosa tidak akan ditunjukkan kepadanya
            4. Seksaan tidak akan didatangkan kepadanya secara cepat".




Waallahulam....... 

Saturday, November 12, 2011

Kenali Apa Itu Disklesia

Disklesia / Dyslexia

Disleksia merupakan satu gangguan dalam pembelajaran yang dialami oleh kanak-kanak dan boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu dewasa. Disleksia bukanlah sejenis penyakit. Disleksia adalah merujuk kepada masalah membaca dan menulis. Kebiasaanya gangguan ini adalah seperti gangguan membaca, menulis, mengeja dan kemahiran mengira walaupun mempunyai pemikiran yang normal. Mereka yang mengidap Disleksia tidak dianggap bodoh tetapi mengalami gangguan pembelajaran dan boleh dipulihkan jika diberi tindakan yang sewajarnya.
Sesetengah penghidap Disleksia mempunyai masalah untuk menyebut perkataan yang panjang dan kesukaran untuk mengikut turutan perkataan seperti nama bulan dan sifir. Bagi mereka yang menghidap penyakit ini, tidak semua mempunyai masalah yang sama. Setiap penghidap Disleksia mempunyai masalah yang berlainan.


Ciri-Ciri Menghidap Disklesia

Terdapat beberapa ciri penghidap Disleksia antaranya ialah:-
  • Penghidap gangguan ini dapat dikesan pada peringkat awal persekolahan
  • Selalunya penghidap akan menghadapi masalah pembacaan yang lambat dan mempunyai tulisan yang kurang kemas
  • Penghidap suka mengurang atau menambah sendiri perkataan ketika sedang membaca
  • Mengalami kekeliruan ketika membaca seperti huruf "p" dianggap "q" dan hurf "b" dianggap "d".
  • Kekerapan penghidap Disleksia selalu terjadi kepada pasangan kembar dan bayi yang tidak cukup bulan.
  • Gangguan ini boleh berlanjutan sehingga kanak-kanak itu meningkat dewasa.

Punca Disklesia

Terdapat beberapa punca berlakunya gangguan Disleksia antaranya ialah:-
  • Disleksia dipercayai berpunca daripada cara otak itu memproses. Cara otak penghidap Disleksia dengan otak orang normal bekerja adalah berbeza. Ia mungkin disebabkan oleh kecacatan otak semasa dalam kandungan ataupun ianya datang dari kemalangan.
  • Selain itu, kemungkinan besar penghidap Disleksia berpunca daripada keturunan penghidap itu sendiri. Menurut kajian, sebilangan besar penghidap Disleksia adalah dari latar belakang yang mempunyai gangguan yang sama.

Sorce of Info:
THE TOLE ACUPUNCTURE & HERBAL MEDICAL CENTRE SDN BHD.
Suite 4.08- 4.10, 4th Floor,
Medical Specialist Floor,
Menara KH (Menara Promet),
Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur.
Malaysia
Tel No : 603-21418370 / 603-21451671
Fax No : 603-27326878


****Penulis nak suggest try tgk video ini. Sangat bagus, bermanfaat berkenaan dengan masalah disklesia ini. Tapi nak pesan, sebelum tgk, sediakan kotak tisu yer...takot2 ader yang luncun baju atau sofa tue nanti...Selamat menonton****





Tuesday, October 18, 2011

Perbualan Singkat, Tapi Bermakna

Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh....



Perbualan yang singkat, tapi bermakna...kenapa yer?? Apa yang bermakna sangat tue...

Selesai waktu kelas petang tadi, saya sempat berbual, bertanya kabar kepada seorang teman saya yang baru saje kehilangan tempat bergantung hidup nya, iaitu ayahandanya yang disayangi...

MasyaAllah....beliau seorang yang tabah. Ketenangan di matanya apabila menceritakan saat-saat mendapat perkhabaran kematian ayahnya, bahkan berhadapan dengan situasi yang amat-amat mengejutkan itu, di mana, saya rasakan, hanya Allah sahaja yang tahu betapa peritnya hati menanggung kesedihan itu...

Saya tahu, sebagai seorang anak, kehilangan ibu bapa, yang selama ini menjadi tempat kita berbual, bertukar-tukar cerita, saling bertanya kabar, apatah lagi merekalah tempat kita bergantung untuk melangsungkan hidup, adalah sesuatu yang amat berat untuk diterima. Tak ramai yang boleh menerima kenyataan ini dengan hati yang redha, menerima apa saja ketentuan Ilahi dengan penuh kesabaran. Tetapi apa yang saya perhatikan pada teman saya ini, beliau seorang yang gagah...GAGAH melawan emosi untuk terus merintih kesedihan, walaupun saya tahu, yang saya pasti takkan tahu bagaimana yang dirasai olehnya...

Kalau saya bertanyakan pada diri saya sendiri, saya tak tahu, adakah saya mampu menerima ketentuan takdir sebegini...masyaAllah...moga-moga Allah memberi kekuatan iman, spiritual yang utuh untuk berhadapan dengan apa jua perkara, yang kadang-kala, ia boleh mengganggu gugat tahap keimanan kita...

Satu lagi perkara yang menyentuh benak saya, ialah tentang tanggungjawab...Bagaimana seorang ayah yang sanggup bersengkang mata mencari rezeki bagi memastikan seisi keluarga tidak mengikat perut, memberi keselesaan dan sebagainya, begitulah TANGGUNGJAWAB anak kepada ibu bapanya, atau hak seorang anak pada ibu bapanya, apabila mereka meninggal dunia. Untuk membalas jasa mereka, memang tidak terkira nilainya. Amat besar pahala bagi seorang anak, yang mampu memikul tanggungjawab memandikan, mengapankan, menyembahyangkan dan menguburkan jasad yang disayangi dengan sempurna. Bahkan, tidak perlu memberi tanggungjawab itu kepada orang lain...Dan amat bertuah bagi ibu bapa yang dapat melahirkan anak-anak yang beriman dan beramal soleh...Begitulah, Allah sentiasa memberi kesempatan kepada seorang anak untuk membalas jasa-jasa ibu bapanya walaupun sudah meninggal dunia...

Teringat pada satu hadith Nabi Muhammad SAW;


"Keredhaan Allah  bergantung kepada keredhaan kedua ibubapa dan kemurkaan Allah bergantung kepada kemurkaan kedua ibu bapanya”.

Sebanarnya, kenapa saya menulis entri sebegini, (selain berkongsi cerita dengan kalian semua), saya berasa terpanggil untuk merenung kembali pada diri saya....insaf pada kelemahan dan kekurangan pada diri ini...Persoalan melanda mendadakkkkk.....ADAKAH SAYA SUDAH BERSEDIA UNTUK MENGHADAPI KEMATIAN???

Allahuakbar!

Al-Fatihah buat ayah kepada sis. Shahnim Saad, 4th year QS student...moga-moga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman...




Sunday, October 2, 2011

I am back now!!!!

Assalamualaikum wbt.......fuhhh....rasa macam nak jerit je kat blog nie...supaya sapa yang bc entri nie boleh dengar suara saya....hahaha...jgn marah....rindu nak berblogging...dh lama dh tinggalkan menulis di ruangan maya nie...disebabkan kesibukan yang melanda...

So, cam, ner?? Pe citer??/ hehehek...ada sape2 yang nk kongsi citer hidupnya???
SILAKANNNN...huuhhh....agk blurrr2 sikit 2,3 minggu nie...assignment tiba2 dtg gedebuk, dgn jadual msh xtersusun lagi...kdg2 rs mcm slow sikit...xboleh dibiarkan cmnie nie...BAHAYA....

Masa akan terus berlalu. Tak kira lah kita rasa masa tue berlalu cepat atau lambat...Ia tetap beredar dan berlalu pergi meninggalkan kita...seperti pertanyaan Imam Ghazali pada anak muridnya, apakah perkara yang makin lama makin jauh pada kita...? yakni, MASA / TIME....sedar tak sedar, dh masuk minggu ke3 tok semester nie... persiapan menghadapi peperiksaan dan mengharungi saat2 akhir pengajian, memerlukan pengorbanan yang tinggi dan komitment yang berterusan...

Apabila dengar ramai rakan2 yang further study amik master, wahhhh....rasa bangga dgn mereka...bukan senang dan bukan ramai yg lps grad nk smbung belajar lagi...alhamdulillah....moga2, niat murni kita bersanma untuk menuntut ilmu tue, dipermudahkan oleh Allah swt, walau dimana jua kita berada...InsyaAllah...

Tuesday, August 23, 2011

Merebut Pahala Sunat

Daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda: " Puasa yang lebih utama selepas Ramadhan ialah puasa di dalam bulan Allah yang dimuliakan iaitu bulan Muharram. Manakala sembahyang sunat yang afdhal selepas sembahyang fardhu ialah sembahyang sunat di waktu malam (terutama di malam bulan Ramadhan)".

- Riwayat Muslim



Wednesday, July 27, 2011

~ Kemuliaan Ramadhan ~





Nabi s.a.w bersabda: "Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan….menyerulah Malaikat, katanya: "Wahai orang yang mencari dan berkehendakkan kebaikan: Tampillah mengerjakannya, dan wahai orang yang merasa mahukan kejahatan; berhentilah dari meneruskannya; dan (ketahuilah) Allah banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka daripada memasukinya."Seruan dan keampunan yang demikian, ada pada tiap-tiap malam (dalam bulan yang tersebut)."

Abu Hurairah r.a

Huraian...

Pengajaran hadith:i) Bulan Ramadhan adalah bulan yang paling mulia dan diberkati oleh Allah S.W.T. (i) Tiap-tiap amal kebajikan yang dikerjakan padanya akan diberikan ganjaran pahala yang berlipat ganda berbanding pada bulan-bulan yang lain. (ii) Umat Islam diseru agar tidak mensia-siakan keberkatan di bulan ini ,malah sewajarnya merebut peluang yang ada dengan menambahkan lagi ibadat dan amal kebajikan. (iii) Bersempena dengan kemuliaan bulan ini juga umat Islam ditegah daripada mendekati perkara yang dilarang dan mungkar kerana pada bulan ini rahmat dan kasih sayang Allah amat luas sehingga orang-orang yang telah dijanjikan neraka sekalipun akan dibebaskan oleh Allah dengan berkat kebaikan yang dilakukannya.





Dr. Penulis :- SELAMAT BERPERANG DENGAN NAFSU DI BULAN RAMADHAN YANG PENUH KEBERKATAN DAN KEMULIAAN!!!! :-)









Monday, June 20, 2011

::::Sape Nak Kahwin::::



Alhamdulillah.....dapat juga saya gunakan duit yang diberikan oleh ibu bapa saya dengan membeli benda-benda yang bermanfaat....sekurang-kurangnya, tidaklah 'dialirkan' duit itu ke barangan-barangan yang melalaikan...

Jap2....ok ker ker dengan buku saya beli tue??? Biau betol?? haaa..melaka mari....hemmm...waras tak nie???

"wah, wani....!!semangat dah nak kahwin ker.....beria beli buku tue...hehehe"

Haaa....ni yang nak cite sikit nie.....semangat ke atau tak semangat, itu tak penting...ia perlu juga dibeli...bukan sekadar dibeli, tapi perlu dibaca dan difahami isinya....

Soal jodoh nie, kita tak tahu bila dia akan hadir dalam diri kita....kadang-kadang, kehadiran seseorang dalam diri kita pun kita tak boleh dijangka kehadirannya, boleh jadi esok, minggu depan, tahun depan dan boleh jadi juga tiada, yakni, Allah mentakdirkan jodoh kita di akhirat kelak.... semuanya atas keizinan dari-Nya juga....

Sebenarnya, masa mula-mula beli buku nie, (buku nie dibeli beberapa hari dari tarikh coretan saya ini,....), saya malu-malu gak...."betol ke nie aku nak bali buku nie??" ..."apa plak nanti orang cakap"....lantas, tanpa pikir panjang, saya pun beli gak...nasib baik duit ada time tue...yang al-funny nyer time tue....(oppss....), masa nak wat pembayaran, saya terbalikkan cover page buku tue..."hemm, akhawat, saya nak beli buku nie"....laaaaa....malu ker...ntah lah....segan??? ade lah sikit...hehehe....bukan ape, time tue ada akhawat lain gak kat kedai tue, bimbang di bisikkan sesuatu ke dalam hatinya, itu yang diterbalikkan buku tue....xder faedah pun bila dipikirkan balik....huhu...

Back to the main point, buku tue banyak manfaat nyer....ia bukan sekadar suka-suka, tapi satu permulaan langkah perjalanan untuk menhijrahkan diri kita ke satu alam rumahtangga kelak....persiapan perlulah dilakukan dari sekarang...jangan ditunggu-tunggu...bagi yang sudah menginjak usia ke awal dewasa / bagi yang sudah ada hajat untuk ke gerbang perkahwinan, saya sarankan banyakkanlah bacaan tentang alam rumahtangga, bacaan-bacaan wanita, urusan-urusan kewangan dan sebagainya....

Isi lah hati kita dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat sebelum berkahwin, bukan dengan hawa nafsu yang meluap-luap....mendirikan mahligai, bukan perkara kecil, bukan sehari dua, bahkan itulah masjid yang nak kita dirikan, di sana nanti akan ada ketua akan mengetuai mahligainya, keluarganya, adanya pewaris-pewaris yang baik-baik untuk meneruskan amanah yang diberikan....

Kita lihat sekarang, berapa banyak dah 'masjid' yang didirikan dirobohkan, apakah kita tidak ada rasa sedih dengan perkara-perkara macam tue...dimana letaknya, akad yang pernah suatu ketika dahulu di lafazkan....masih ingat lagi kah??dimanakah janji-janji yang pernah kita taburkan pada kekasih hidup kita suatu ketika dulu??? jawab lah sendiri.... apabila, tiada lagi kesedaran tentang tanggungjawab dalam institusi kekeluargaan, maka lenyaplah kebahagiaan yang diimpikan....maka dengan itu, jangan terus dibiarkan kebahagiaan itu hilang, cubalah lah mendalami ilmu sebanyak mana yang mungkin...(hemm....nak ikut, memanglah tak terlarat nak baca semua buku-buku sebelum berkahwin, tapi cubalah dengan sikit-skit dulu...proses pembelajaran tue kan sentiasa dilalui sampai mati...tarbiyah diri kita dengan perkara-perkara yang mendidik rohani dan akal....) 

InsyaAllah, sentiasalah cuba diri kita untuk menjadi pengantin sepanjang masa.... manisnya hubungan apabila disemai dan dibajai dengan KEIMANAN....

Sabda Rasulullah SAW...

"Barangsiapa yang ingin berjumpa dengan Allah dalam keadaan suci dan disucikan maka hendaklah ia menikahi wanita baik-baik"     


Wallahu'alam....

Sunday, June 19, 2011

Apakah Benar Perbuatanku Ini...??



Tanggal 19 hari bulan 6, adalah sambutan hari bapa sedunia...
Malam tue, selepas solat maghrib, mahu meneruskan dengan bacaan al-Quran...selepas jer bacaan ......auzubillahiminashaitannirrojim.......
terus, handset berbunyi...tandanya ada 1 message dr seseorang...saya pun lantas membuka fon, dan dilihat message dr adik tercinta....

"akak, x wish happy father's dah pada ayah ker..."

Saya tergamam.....benda tue pernah terlintas di hati untuk meluahkan, tapi tiba-tiba terhenti....merasakan perlukah aku melafazkan kalimah itu???

" hemm...xder....aku rasa xperlu kot...kim salam kat ayah, katakan, hanya doa saje yang aku boleh sampaikan....."   

Lepas je sent, air mata saya jatuh berjujuran....saya xtahu...apakah benar perbuatan saya itu??? walaupun tahu, ada sesetengah mengatakan ia tidak salah disambut, asalkan tidak melanggar dengan syariat...

....Maafkan anak ini wahai ayahku, jikalau kalimah itu yang ditunggu oleh ayah, dengarlah, setiap hari anak ini sentiasa menyebut nama ayah dalam doa nyer....besarnya jasa ayah dalam membesarkan anak ini, penuh kesabaran, keperitan dan kepayahan....moga2....Allah melimpah luahkan rezeki dan rahmat-Nya pada ayah, dunia dan ahirat....

SALAM SAYANG DARI ANAK UNTUK AYAH....MANSOR BIN IDRIS

Seminar IKRAM di Masjid Wilayah Persekutuan KL




Assalamualaikum wbt buat sekalian pembaca yg dirahmati Allah SWT.....

Buat para pembaca budiman semua, insyaAllah, hari ini saya akan cuba merumuskan serba sedikit tentang seminar, anjuran Wanita IKRAM yang saya sertai pada 18/6/2011, bersamaan 16 Rejab 1432 Hijrah, di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, KL...hemm...bukan saya sorang jer, bertemankan 4 orang lagi sahabat, Ukhti Roqiyyah, Ukhti Umi Kalthum, Ukhti Iznie dan Ukhti Asma...beruntung dapat bersama dengan mereka semua...

Dengan barisan panel yang cukup-cukup hebat lagi mantap, dimulakan dengan Ustaz Hasanuddin (AqsaSyarif), Datin Paduka Hjh. Che Asmah (Pengrah Jabatan Alam Sekitar / Timb. Wanita Ikram), dan Ustazah Ir. Endok Sempo (jurutera perunding dlm electrical firm / WIRDA)... Panel-panel yang hebat, dan tidak kurang hebat juga topik pada hari seminar itu, "Ibu, Kaulah Inspirasiku, Syurgaku Di Bawah Telapak Kakimu"....


InsyaAllah, saya akan usahakan untuk attach kan lagu dari Munif Ahmad, Bidadari...lagu sesuai ditujukan kepada para isteri dari seorang suami....(REMINDER)....


Merangkumi 3 round, 2 sesi penyampaian, 1 sesi Q&A...


Ustaz Hasanuddin memulakan dengan kisah al-Qomah, yang mendahulukan isterinya lebih daripada ibunya, akhirnya hampir-hampir menghembuskan nafas dlm su'ul khotimah sehingga sukar untuk melafazkan kalimah Lailahailallah....tapi dengan usaha dari Nabi Muhammad SAW bertanya pada ibunya tentang keadaan anknya itu, akhirnya dapatlah beliau pergi dengan tenangnya...begitulah, IBU hendaklah diletakkan pada tahap yang tinggi dan besar dlm kehidupan kita...


Secara ringkasnya, apabila ditanya tentang faktor ibu bekerja kepada masalah sosial anak2, Datin Paduka menyatakan, wanita/ibu tidak salah untuk bekerja, tp perlulah diperhatikan jenis-jenis pekerjaan yg hendak dilakukannya...ada 3 perkara disini:-

          1) pastikan kerja itu yang halal
          2) kerja yang dipilih tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan
          3) jaga maruah diri dan suami

"kalau ibu boleh mentadbir keluarga dengan baik, maka InsyaAllah kerja-kerja di pejabat juga akan bertambah baik dan produktif".


Seterusnya.... saya panggil Ir. jela yer....Ir. menambah dengan beberapa report polis tentang kes penderhakaan ibu dalam keluarga...terjadinya kes-kes sebegini antaranya disebabkan oleh masalah hubungan Hablul minAllah, hablum minannas (hubungan dengan Allah, dan hubungan dengan manusia)....konsep Islam dlm keluarga very longgar, bahkan kebahagiaan seorang anak bergantung kepada keredhaan ibu bapa...bahkan juga keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa...diambil satu kisah terdahulu, dimana terdapat seorang anak perempuan, si anak tinggal di tingkat atas bangunan, dimana bapanya tinggal dibawah tingkatnya, tapi apabila si ayah ini sakit, si anak ini tidak dapat menziarahi ayahnya, disebabkan ketidak perolehan keizinan daripada suaminya,...sehinggalah si ayah ini meninggal, tetap tidak dapat ziarah dan menghantar jenazahnya, kerana ketidak perolehan keizinan dari suaminya...tapi alhamdulillah, jenazah si ayah ini dapat dilaksanakan dengan selamat, bahkan si ayah ini beruntung kerana telah mempunyai seorang anak yang taat pada perintah suaminya....


Pusingan seterusnya disambung lagi dengan soalan, bagaimana hendak berhadapan dengan suami yang kurang / tiada mendapat tarbiyah...baiklah, Ustaz Hasanuddin mengatakan, si isteri perlulah menggunakan kebijaksanaan untuk "memenangi" hati si suami ini...apabila si isteri telah mendapt tarbiyah, maka si isteri lah yg perlu kehadapan. Dalam erti kata lain, isteri perlulah menggunakan skill berbual/ berkata-kata, memujuk, seni membelai dan seni-seni lain untuk berinteraksi dengan suami. Jangan merungut dan merrendah-rendahkan suami jika dia kurang dlm bab ilmu agama dan kekeluargaan....sentiasa bersedia mengambil peranan suami jika suami tidak mampu untuk melaksanakan tugas dengan sebaiknya...bukan mengambil alih tugas dan tanggungjawab suami, tapi sekadar menjadi penolong dan plg penting menjadi kekuatan disebalik usaha dan keriat suami...


Sekarang ini, OSCC telah terdapat di hospital-hospital...ape tue??/saya pun br tahu....One Stop Crisis Centre... merupakan 1 unit, diletakkan di bwah Department of Emergency, khas tok wanita-wanita yg teraniaya, dirogol, dizalimi dn seumpamanya...so, lepas nie, boleh lah kita sama-sama rujuk masalah-masalah cm nie disana yer...

(banyak missing information, coz time ini, waktu dh nk kul 1.00 tgh ari, kepala gak pening skt + perut yg bergelodak meminta untuk diisi + sakit2 pinggang akibat 'mempertahankan' posisi kedudukan badan sepnjg seminar, so, fikiran pun byk ketepi, ketengah, ketas dan kebawah....hehehe)

Maka, kesimpulannya, untuk menjadi Ibu yang disegani seperti Ibu-Ibu para nabi terdahulu, yang telah melahirkan anak-anak yang unggul, maka, kena ada konsep seperti berikut...

1) H.A.T.I

      H  =  Hormat pada anak
      A  =  Ambil berat minat anak-anak, mahupun suami
      T  =  Tunjukkan tindakan, jangan hanya mengarah pada anak-anak
      I   =  Ikhlas....

2) - Gunakan kebijaksanaan untuk mendidik anak-anak
    - jelaskan akan matlamat kerja
    - letakkan di mana priority nyer _ perlu peka dengan keadaan sekeliling
    - ibu bapa andalah contoh terbaik buat anak-anak


3)  IBU - is very powerful in keluarga
             - sentiasa sebut nama anak-anak dan suamu dalam doa
             - be closed dengan anak-anak - sentiasa bercerita dengan mereka dan selami isi hati mereka



Buat pengetahuan kalian semua, seminar itu kami sempat hadiri pada sesi kedua sahaja, sesi pertama pd sebelah pagi terlepas....so, setakat ini sajelah yg dapat saya simpulkan untuk manfaat kita bersama...tak banyak, tapi saya cuba sampaikan apa yang saya dapat...moga-moga mendapat keberkatan dari Allah SWT...bagi Ukhti-ukhti lain yang dtg pada ari tue, nk tambah, silakan tambah yer....jazakumullah khairan kathirah......  

Friday, June 17, 2011

.....Lots of Topics...

Assalamualaikum wbt semua.....

hemmm....sebenarnya, saya banyak benda nak story / share, tp xtahu topic mana yang nak di sharekan...InsyaAllah, akan menyusul tidak lama lagi...doakan yer....:-)

Friday, June 3, 2011

Apabila Ia Terhenti Di Tengah Perjalanan



Mungkin kita seorang yang suka travel...dari utara ke selatan, dari timur ke barat tanah air, itulah satu-satu nya 'kereta' kesayangan kita yang kita gunakan untuk bergerak....sebelum mulakan travelnya, beberapa persiapan telah dilakukan...dibasuh body nya, di lap habuk2, dikilatkan, divakumkan bagi menyedut habuk2nya..begitulah persiapannya....maka apa yang terjadi ketika perjalanan jauh kita??? Ya..."enjin" mengalami kerosakan atau mungkin mati di tengah jalan yang panjang.....masalah...masalah...baru kita tersedar, kita lupa ada satu tempat yang wajib dijaga...iaitu bahagian dalaman keretanya, senang dipanggil, atau kata lain, ia perlu diservis..."Servis"??? ya, "servis"!!!!

Semakin hari semakin lama, kita semakin leka untuk mengambil kira jagaannya, bahkan mengambil kira luaran sahaja tidak mencukupi untuk menjamin 'kelancaran perjalanan' kita.........

APA MAKSUD SEBENARNYA ITU......?




Baiklah.....
Saya menceritakan tentang Kehidupan kita.....'Kereta' itu dimaksudkan sebagai badan kita....'Enjin' itu pula adalah IMAN kita.....apabila jasad banyak diberi perhatian dan jagaan, dimanakah letaknya keprihatinan kita pada rohani kita? Apakah ia tidak ada hak untuk diberi pengisian? Ya....kita silap...itulah sebenar-benarnya hak yang perlu diberi...

Begitulah juga kalau kita sentiasa mengambil berat tentang penjagaan enjinnya, kereta itu boleh bertahan lebih lama lagi..masih boleh diguna pakai untuk jangka masa yang lebih panjang....berbanding memberi perhatian yang khusus kepada aksesori dan penjagaan luarannya sahaja.....

Apa yang penting, penulis tidak menujukan pada sesiapa....untuk diri sendiri juga...

-renung-renungkanlah-

Monday, May 23, 2011

DOA Jangan Minta Disegerakan


Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan Tuhanmu berfirman: 'Berdoalah kepadaKu nescaya akan Kuperkenankan bagimu'. Sesungguhnya orang yang menyombongkan diri daripada menyembahKu akan dimasukkan ke neraka jahanam dalam keadaan hina". -Surah Ghafir (40): 60-

Ketika mentafsirkan ayat suci ini, al-Allamah ibn Kathir telah menukilkan kata-kata Qatadah: "Ka'bul Ahbar berkata bahawa antara kelebihan umat ini berbanding umat terdahulu ialah nabi terdahulu dikatakan kepada mereka, "Berdoalah kepadaKu pasti Aku perkenankan doamu"..Sedangkan kepada umat ini Allah berfirman: "Berdoalah kepadaKu nescaya Aku perkenankan kepadamu sekalian"...

Ayat ini bermaksud Allah s.w.t telah memberi keistimewaan buat umat ini dengan menjanjikan bahawa segala doa yang kita panjatkan pasti diperkenankan oleh-Nya berbanding dengan seruan Allah kepada umat nabi yang terdahulu..

Syeikh Abul Qasim al-Qusyairi telah menyatakan dalam risalah Qusyairiah nya: "Doa adalah kunci segala hajat, penghibur orang miskin, pelindung orang kesempitan dan pemberi ketenangan buat manusia yang berkeinginan". Doa merupakan ibadah dan bukti pengakuan terhadap sifat lemah seorang hamba terhadap kekuatan dan kesempurnaan zat-Nya. Bahkan Allah s.w.t mencintai hamba-hamba-Nya yang sentiasa berdoa dan merintih kepada-Nya...

Jadi, Bila Doa Hendak Dikabulkan?

Mungkin persoalan sebegini pernah kita alami, ataupun mengkin kita pernah mendengar rintihan mereka yang mahukan agar doa dimakbulkan..."Mengapakah doa kita tidak dimakbulkan oleh Allah sedangkan Allah menjanjikan kepada hamba-Nya bahawa setiap doa yang dibisikkan pasti akan diperkenankan. Bukankah Allah menegaskan bahawa Dia tidak akan menyalahi janji-janji-Nya? Pertanyaan lagi,"Saya dah kahwin selama 15 tahun, dan tidak putus-putus berdoa agar diberikan zuriat. Tapi sampai sekarang masih belum lagi Allah kabulkan doa saya". Mungkin juga kita pernah berdoa selama bertahun-tahun, tapi masih lagi tidak ditemukan jodoh. Bahkan rakan-rakan lain semuanya sudah mempunyai keluarga sendiri...

Berikut merupakan mungkin serba sedikit yang pernah bemain di fikiran kita. Benar bukan? Baiklah...Hadirnya syaitan sebenarnya ingin menambahkan lagi kekeliruan agar ia berkesudahan dengan sikap berputus asa. Sedangkan putus asa itu dilarang oleh Allah s.w.t.

Bagi menjawab persoalan ini, ada baiknya penulis menukilkan kata-kata Syeikh Ibn Athaillah seperti yang dinyatakan dalam al-Hikam. Maksudnya: "Jangan berputus asa jika Allah s.w.t melewatkan penerimaan doa sekalipun kamu sudah bersungguh-sungguh berdoa kerana Allah menjamin penerimaan semua doa menurut yang Dia tentukan untukmu bukannya menurut kehendakmu dan (akan dikabulkan) pada waktu yang ditentukan-Nya bukan pada waktu yang ditentukan olehmu".

Inilah hakikat sebuah doa. Semuanya adalah menurut kehendak-Nya semata kerana Dia-lah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik di sisi-Nya buat makhluk yang tidak terdaya ini. Keyakinan dan kesabaran dalam menerima anugerah-Nya adalah sifat yang dituntut dalam membina keyakinan dan bersangka baik pada Allah s.w.t.

Bahkan doa Nabi Musa dan Nabi Harun seperti yang dirakamkan oleh Allah s.w.t dalam surah Yunus:88-89, yang menginginkan agar Firaun dan tenteranya dibinasakan Allah dikabulkan setelah 40 tahun mereka berterusan dalam keingkaran. Begitu juga doa Nabi Zakaria yang sentiasa merintih kepada Allah agar dikurniakan zuriat. Al-Quran mengisahkan kepada kita sebagaimana firman-Nya dalam surah Maryam:2-10, bahawa doa Zakaria itu dikabulkan ketika usianya telah lanjut serta uban memenuhi kepalanya.

Subhanallah....Maha suci Allah yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-hamba-Nya yang berdoa. Sedangkan Dia pasti mengkabulkan segala doa itu mengikut keinginan-Nya. Tunduk dan patuhlah kita dalam menerima kurniaan-Nya dan jangan sekali-kali kita berputus asa. Bukankah Rasulullah s.a.w telah bersabda yang bermaksud:

"Sesungguhnya doa seseorang itu tidak akan lepas daripada salah satu dari 3 perkara iaitu; adakalanya diampuni dosanya, adakalanya diberikan kebaikan segera (dikabulkan sesuai dengan permintaanya) dan adakala ditunda pengkabulannya".

Sabda Rasulullah s.a.w lagi yang bermaksud:
"Doa seseorang daripada kamu pasti akan diperkenankan selama kamu tidak meminta disegerakan pengkabulannya dengan mengatakan, 'Aku sentiasa berdoa kepada Tuhan tetapi mengapa masih belum dikabulkan?". (Muttafaq 'alaih)  

Oleh sebab itulah berdoalah dan bersangka baiklah...Wallah 'alam....




Artikel telah diedit oleh penulis.
Sumber artikel: Rashidy Jamil al-Rashid, Solusi, isu No. 26.

Monday, April 4, 2011

Kerja....Kerja....Kerja

Salam semua......
Hari nie, Selasa, saya nak meluahkan isi hati sikit.....nak bagi tahu, semalam saya baru dapat satu tugasan daripada staff QS saya, yakni kene taip semula Bill Quantities (BQ), pastu kene printkan. Benda nie nak cepat, because sepatutnya hari nie, ader sorang lagi Staff QS, Bro lah....dia perlu pergi meeting bersama dengan Client, so kena rush lah wat....coz BQ nie kena bagi kat dia....btw, semalam, Isnin, dah try wat sikit, tp disebabkan format BQ xder bagi, so kenalah wat sendiri tue yang leceh sikit tue, and memang take time...so, xbyk lah semlm dpt wat....senang citer, kalau masa dh tak cukup, memang xdapat nak siapkan...

Ape lagi, pagi tadi, Bro datang ofis, tanya mana yang nak kena bawak time meeting nnt, masalahnya, BQ tue xsiap lagi....hahahahha.....berserah jelah....jumpa Bro tue, cite lah perkara yg sebenarnya...

hohohoh....Alhamdulillah, nasib baik dia tak marah, ok jer....mula2 tue, dia blur gak, tapi ble dh terangkan, dia tenang jer...."ok2, xper2 wani......xper2" macam tulah bunyi nyer.....I had said sorry to him, tp dia kata, "it's ok, it's ok.....".

Legaaaaaa..........................that's all!!!! :-)

Thursday, March 17, 2011

.....Ada PERINGATAN Disebaliknya.....

A'uzubulillahiminashaitonirrajim...../.....Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk

...Sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang di langit tidak akan membuat kamu ditelan bumi ketika tiba-tiba ia tergoncang?..(16)...atau sudah merasa amankah kamu, bahawa Dia yang di langit tidak akan mengirimkan badai yang berbatu kepadamu? Namun kelak kamu akan mengetahui bagaimana (akibat mendustakan) peringatan-Ku...(17)...Dan sungguh, orang -orang yang sebelum mereka pun telah mendustakan (rasul-rasul-Nya), maka betapa hebatnya kemurkaan-Ku...(18)...


Berikut merupakan sebahagian ayat yang terdapat dalam surah al-Mulk, ayat 16 - 18.

Saya mengambil ayat tersebut pada kali ini kerana saya terpanggil untuk menyebarkan beberapa ayat al-Quran sebagai peringatan untuk kita bersama. Sepertimana kejadian alam yang begitu dasyat yang telah menimpa negara matahari terbit (Jepun), ia amat memberi makna pada saya juga... Bukan kerana kerugian harta benda yang banyak, tapi satu jer, ia membuka mata hati saya bahawa kita perlu insaf, benar - benar insaf diatas musibah yang Allah berikan ini..

Saya sangkakan kejadian badai tsunami yang menimpa negara Acheh pada ketika dulu adalah yang terakhir dalam hidup saya. Tapi tidak disangkakan, lagi sekali musibah sebegitu dapat saya saksikan pada kali ini lagi sekali...Saya hanya mampu beristighfar apabila mendapat berita sedemikian, kerana saya tahu, Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya..Dia mahu memberikan sesuatu peringatan kepada kita, supaya kita jangan lupa dan leka, sebenarnya ada yang lebih BERKUASA dalam mentadbir alam ini..YANG MAHA BERKUASA dari segala-galanya...

Skala bernagnitud 8.9 richter, sudah cukup untuk menghasilkan satu gelombang yang cukup besar, penuh dengan tenaga untuk menghentam bumi di Utara Jepun itu...Bagi yang bernasib baik, Allah telah menyelamatkan mereka daripada musibah itu, tapi bagi yang tak bernasib baik, hanya Allah yang Maha Mengetahui akannya....

"Ya Allah, kami telah saksikan musibah yang telah Kau berikan pada kami...Kau maafkanlah segala dosa-dosa kami, ampunkanlah segala kesilapan dan kelalaian kami selama ini...kami tahu Ya Allah, kami telah banyak membuat dosa dan kelalaian di bumi-Mu ini.....kami ingkar pada perintah dan suruhan-Mu Ya Allah....Ya Allah berikanlah hidayah-Mu kepada kami, agar dikuatkan iman yang lemah ini...Ya Allah, selamatkanlah juga kami semua dari bencana alam-Mu ini, moga-moga kami diberikan secebis keinsafan untuk bertaubat kepada-Mu dan jadikanlah kami hamba yang redha dengan kehendak-Mu Ya Allah..."

Subhanallah.......Waallahu'alam........


Dengan nama Allah Yang Maha Pengasih, Maha Penyayang....

...Apabila bumi digoncangkan dengan goncangan yang dasyat,(1)....dan bumi telah mengeluarkan beban-beban berat (yang dikandung)-nya(2)....dan, manusia bertanya," Apa yang telah terjadi pada bumi ini?"(3)....pada hari itu bumi menyampaikan beritanya,(4)....kerana sesungguhnya Tuhanmu telah memerintahkan (yang demikian itu) padanya.(5)......
                                                                                                                                  
(az-Zalazalah: 1-5)










Thursday, February 24, 2011

25 FEB.....

Assalamualaikum warahmatullahibarakatuh....

Hari nie saya nak bercerita sedikit....kemeriahan yang tak disangka-sangka akan diterima di ofis hari ini... huhuhu....hari ini agk special skt bg saya... Alhamdulillah, dengan keizinan dari Allah swt, genap usia saya yang ehem ehem pd 25 feb nie....(segan nk publish umur, dh tua dh....hehehe...). mana tadi???

Ah, cam nie....ari nie jumaat, tiba2 nk balik rumah nk lunch kat rumah....balik je ofis, saya wat cm biasa...dok kt tempat kusi saya, online, check email....tp yg peliknya, saya perasan budak2 trainees kt sini cam ader berbisik2 sesuatu...nk sedapkan hati, saya buat der jer....al maklumlah, bdk2 nie suka bergurau, bergelak tawa riang.....

Then, xlama lps tue, dia soh saya msk dlm blk meeting, kononnya nk tanya sesuatu psl tugasan yg diberikan oleh staff...tp saya xlayan, coz saya tahu cm ader smthing yg xkena....so, layanlah laptop....

Last2, letih dh mengajak, saya dipaksa msk gk ke dlm meeting room, aduhhhhh.....terperanjat saya, diorang buat suprise rupanyer.....hehehe....ala kadar, tp ikhlas di hati mereka untuk meraikan birthday saya....

Xboleh nk ckp aper, cukup2 appreciate....thanks alot to jamaliah, ika, faz and last but not least, kecik (fika)...


Tulah dia, kek saya....comey x??!!!! komen sikit....hihihihi.......




Monday, February 14, 2011

Pening-pening......

Pening nie bukan aper, pening nk cantikkan blog page ana nie...mula2 stat dlu, asyik nk cantikkan template blogger...pilih punyer pilih, last2 yg nie yg minat...huhuhu...tp xtahulah dimata org lain mcm mane...

Dh puas pilih template, nk tmbh kroni lak...try lah cr kekwn yg ader blog tok join blog ana nie...rsnyer dh byk add dh nk jd follower blogger tue, tp mcm xder respon jer...ntah2 ana punyer blog nieader mslh agaknyer...patutlah, xupdate bil. followers....Ya Allah....

Blom hbs selesai cite followers, timbul lak mslh psl ruangan comment ana...aduih....perasan x, ana punyer blog xdpt display Comment yg diberikan?? or kata lain, xdpt tgk Published Comment...xtahulah, dh puas dh cr solution tok Comment Form ana nie...dh klik sana, klik sini, dh xterlarat nk klik dh nie, msh gk tang tue... bleh sape2 tlg cr solution tok ana x?? mintk bantuan sgt2, nk gk sama2 kite share comment yg diberikan oleh kwn2 lain gk...buntu2....

2jela yg ana nk cite setakat nie...sje nk luahkan isi ati yg terbuku...