Wednesday, October 10, 2012

aku semakin berani

Aku semakin berani??

Yaaa, aku semakin berani...semakin berani mengeluarkan suara dan pendapat dalam soal membuat keputusan..( bermonolog : berani kau ya..)

Aku diselubungi dengan pendapat dari sebelah pihak yang mahukan aku lupakan saja hajat untuk pergi kemana-mana, tetap berada disini.. tapi aku tetappp berani mahu bergerak kemana-mana dan tak mahu dok selamanya disini (ehmmm...tak bergerak-gerak)... tapi berani ku bukan biadap, cuma tegas... semoga Allah melembutkan hatinya.

Aku juga semakin berani untuk memberi keyakinan kepadanya. Supaya jelas dan faham kehendakku, aku bersungguh-sungguh meyakinkannya atas keputusan dan matlamat tujuanku.

Apa, aku tidak menghormatinya? Aku rasakan tidak...aku hanya mahukan agar dia mengerti persediaanku dan menyokongku dari arah mana sekalipun...

Atau aku mahukan kebebasan? Aku rasakan juga tidak...aku mahukan berdikari dan mencari pelajaran...

Apa aku yakin disebalik keberanianku bertindak sebegitu akan dipermudahkan urusannya? Aku fikirkan, meletakkan sepenuh tawakal kepada Allah agar segalanya dipermudahkan dan aku bukan mahu menentang keputusannya...

Apa aku sudah fikir masak-masak? Masak tak masak, aku pergi bukan untuk selamanya, buat seketika waktu hanya mahu timba pengalaman...selebihnya, urusan Ilahi...

Meletakkan emosional yang tinggi jauh-jauh dan sentiasa bersikap positif, aku mahukan dalam ketegasan ada kelembutan yang boleh aku sampaikan padanya...moga-moga dia mengerti...

Ya Allah, sayangilah mereka sepertimana mereka menyanyangiku sejak dari kecil lagi...
ameen ya Allah!


Apakah dia relakan ku pergi (Question Mark)


Andai aku tersilap langkah, apa yang aku ingin katakan? Maafin aku yaa...




within 15 minutes

Tetiba nak belajar mengarang pantun... melihat ramai sahabat-sahabat yang pandai berpuisi, terasa nak cabar diri juga, pandai ke tak mengarang pantun...moh kite tengok sikit...zazz...


Ku lihat depan, ku paling belakang,
Ku paling kiri, ku paling kanan,
DOA pemecah tembok penghalang,
Dalam kebenaran, berpaling jangan...

Anak itik anak beruang,
Mandi bersama dalam takungan,
Jiwamu pendidik berdarah pejuang,
Melatakkan syariat dalam sanjungan...

Liak liuk unggun api,
Membakar kayu memberi haba,
Andai kau tahu isi hati,
Dipanjangkan doa agar kau terpelihara...

Bulan sabit bulam mengambang,
Bulan terang bulan malap,
Bersihkan hati jiwakan tenang,
Malam ditangisi atas dosa dan silap...

Sopan santun dalam berbicara,
Tetap tegas dalam berhikmah,
Peribadi Rasulullah qudwah kita,
Hanya mencari redha Allah...

Canon, Nikon jenama terkenal,
Menjadi peminat si photographer,
Kita hidup saling kenal-mengenal,
Bila jumpa tegur-tegur ler...       
* kita kenal ker....??*


Alhamdulillah, dh boleh pun mengarang, walaupun tak berapa nak baik... ape yang penting, belakang a,b,a,b tue ada...ye tak adikku, guru bahasa melayu?? <_>

Monday, October 8, 2012

Kalau Dah Benar2 'Mengantuk', Maka Carilah 'Bantalnya'...

......Bila mana pelbagai persoalan menerpa hati, fikiran yang datang menerjah minda, sering kali terfikir, mencari redha Allah bukan senang, tapi menjauhi redha Allah bukan susah. Maka kita dengan sedaya upaya cuba mencari ketelitian dalam berjaga-jaga....."Anda masih ingat bagaimana anda mula bertemu dengan pasangan hidup anda?" 


"Bagai Orang Mengantuk Disorongkan Bantal...


Jazakallahukhoir bagi yang sudi menjawab. Sudi berkongsi cerita yang pada firasat saya mungkin dari pengalaman beliau sendiri....;) - credits to Kolumnis: Akh Wan Am

Wednesday, October 3, 2012

Pantun Luar Biasa?

Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang-hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery

Kalau ada jarum yang patah
Jangan simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak...

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke

Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya mau tanya sikit
Siram pokok bunga aja, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, tak lah layu-layuan

Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan

Sorong papan tarik papan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan manyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water

Cik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit-jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju-laju
Sampai pokok sena
Woiii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena

Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucur pisang, cucur udang, haaa tu sedap...

   ...Siakap senohong, gelama ikan duri
   Jangan cakap bohong, selidik lah diri....

* ini pantun tiada kena-mengena dengan hidup mahupun yang mati. Kepada guru bahasa melayu, mohon kemaafan di atas pantun yang tak berapa ilmiah...*