Monday, December 31, 2012

"Congaklah diri kamu, sebelum kamu dicongakkan"

Sejak akhir-akhir nie, aku sering terfikir tentang sesuatu. Aku terfikir akan kata-kata seorang lecturer ku ketika kami semua ada sesi kuliah bersama-sama dengannya...

Beliau pernah berkata: Kita tak tahu bagaimana cara Allah menghisab diri dan amalan kita.. Boleh jadi apa yang kita cakapkan pada hari ini, kita tak tahu bagaimana Allah menghitung setiap butir kata-kata kita. Pernahkah kita terfikir, kalau Allah menghisab kata-kata kita dengan mengira ayat yang disampaikan? Atau bagaimana kalau Allah menghisab kata-kata kita dengan patah perkataan demi perkataan? Atau bagaimana kalau Allah mengira setiap huruf yang kita cuba sampaikan?

Waallahu'alam

Ya Allah, mendengar jer kata-katanya itu time tue, aku naik tersentap... Ya memang benar, betapa banyak dah kita berkata-kata sebelum nie. Banyak sangat lah... Tambah-tambah lak kalau kita seorang yang kuat bercakap... lagi lah terkedu dibuatnya. Kita tak tahu bagaimana Allah menghisab amalan kita. Kita pernah bagi penyampaian, kebnenaran atau kepalsuan belum tentu dapat kita jamin setiap butir dari kata-kata kita itu. Bagaimana pula kalau kita banyak berbual koosng dari berkata-kata perkara yang bermanfaat? Apakah itu juga menjadi hitungan pada amalan kita.. Belum lagi kalau kita ada berkata kesat atau marah 'ter'umpat pada sesiapa, terkutuk ker... Astaghfirullah al'zhim...

Itu baru cerita percakapan, tapi bagaimana pula setiap dari anggota kita yang tetap akan diperhitungkan?
Bukankah di akhirat kelak kita akan dipertanggungjawabkan atas apa yang kita lakukan?? Maka kita perlu jawab, bukan mulut lagi, dan bukan ketika di waktu penghisaban itu nanti, tapi jawablah sekarang...

"...Ya Allah, banyak lagi yang aku perlu perhalusi pada diri ini... Mohon ya Allah, agar Kau beri petunjuk, taufik dan makrifah-Mu kepada ku, agar penjadi pembimbing ke arah kebenaran..."

Hari ke-12 ku dalam Kalender 12

Tolak cuti ahad dan public holiday, tambah keje di hari sabtu, maka genaplah hari ini aku bekerja; yang ke 12 hari...

Oh yeah, apa yang best nyer hari ini...? Aku dapat dua kali makanan free...alhamdulillah, tak terfikir pun rezeki yang Allah nak bagi pada ku pada hari ini, yang hadir melalui saluran hambaNya...

PAGI : Aku dapat sebungkus nasi lemak, dari seorang staf. Katanya nasi lemak tue dia beli untuk kawannya, staf di company aku juga, cuma department je yang lain. Tapi memandangkan kawannya tue tak datang keje hari nie, maka dia bagi kat aku nasi lemak tue...

Rezeki...rezeki...jangan ditolak

PETANG : Tengah dok sibuk-sibuk nak adjustkan kecerahan desktop, datang seorang staf baru balik dari luar, bawak 3 bungkus cendol... Adusshhh... Terkeliur gak mulanya tengok... Alhamdulillah, dia beli khas untuk kami bertiga time tue kat ofis. Alhamdulillah, alhamdulillah, dapat minum cendol, sejuk tekak pada petang tue..

Rezeki...rezeki...jangan tak amik

Terima kasih pada staf-staf ku... Terima kasih Allah!!.

Friday, December 28, 2012

Kerna ku tahu, aku ada Dia


Ku titip buih embun untuk menghirup nikmatNya
Ku gapai awan untuk menggenggam amanatNya
Ku hirup udara untuk menagih kasih sayangNya
Ku berpaut tali agama untuk meratip doa padaNya
Kerna, ku mahu merasai kehadiranNya dalam hidupku....  






Tuesday, December 11, 2012

pagi itu......

" Rindu pula mak kat along dan adik kau. Tak tepon mak tanya khabar ke. Senyap je diorang ni, dah lama dah tak telepon mak ni. Ada malam hari tu mak mimpi si budak dua orang tue, (cucunya: adam dan ana). Dah rindu dah dekat diorang berdua....."


Tak lama pun..................2 minit lepas tue;

- [ Telefon berdering ] Adik dari upm telefon.


Tak sampai pun 1 hari, malam tue along pula telefon.........;

- [ Telefon berdering ] Mak ada, nak cakap dengan mak... Along cuti minggu depan, 1 minggu. Ingat nak balik melaka....


Sungguh, syurga itu di bawak telapak kakimu. Kau merasai setiap denyut nadi kata-kata dan hati anak-anakmu. Ingatanmu mengenangkan anak-anak yang jauh di mata, keakrabanmu pada si anak yang dekat di mata, dan kami, tidak mampu dan belum tentu dapat membaca setiap butir-butir fikiranmu
 < hati seorang ibu >

Wednesday, December 5, 2012

"Trifle" Buat Mu

Sedikit entri ringkas buat sahabatku yang ku rindui dan yang ku hormati.....


::  Sahabatku ::

Jika boleh aku serahkan sesuatu, ingin sekali aku menghadiahkan "Trifle" buatmu ini. Di dalamnya, terdapat beberapa jenis lapisan, yang membezakannya adalah isi lapisan itu; layer yang paling bawah ada kek lapis, seterusnya ada kastard, disusuli dengan jeli, dan yang terakhir adalah buah-buahan koktail. Enak bukan..sebenarnya ia saling melengkapi. Direka khas oleh manusia sebegitu rupa, supaya dapat menghasilkan satu rasa yang cukup enak dan penampilan yang menarik. 




Dan kerana itu, aku juga menghargai 'telatahmu' yang mahu merasakan masakanku... InsyaAllah :)


:: Sahabatku ::

Aku mengerti, hidup ini adalah satu perjuangan. Kita berjuang dalam menyebarkan risalah Ilahi, menyeru kepada kebenaran, mencegah daripada kemungkaran. Dan berjuanglah mengikut kemampuanmu. Bersabarlah wahai sahabatku dalam mengharungi badai perjuangan ini. Tidak semua perkara kebaikan yang kita impikan dengan mudah kita dapat laksanakan. Adakala Allah mahu kita mengharungi badai ombak besar, beserta ribut taufan yang kencang, dek kerana kita mahu mendapatkan sesuatu kebaikan. Bukan mudah juga untuk kita merasakan kemanisan iman jika kita tidak diuji. Maka, apa jua rintangan yang datang di hadapan, hadapilah dengan jiwa yang tenang dan terbuka.


:: Sahabatku ::

Terima kasih atas segala nasihat dan kata-katamu selama ini, kerana itu adalah salah satu ingatan yang aku ada padamu. Jika selama ini aku cuba berhati-hati dalam menjaga perhubungan kita, tapi tetap juga pernah mengecewakan hatimu, sungguh aku manusia yang lemah, maafkan aku sahabat. Ingin aku sampaikan, aku senang bersahabat denganmu. Jagalah dirimu sebaik-baiknya, agar terus dapat beribadah kepadaNya. 


:: Sahabatku ::

Seandainya kita berada di medan yang berlainan sekalipun,
Aku sentiasa mendoakan agar kau sentiasa berada dalam rahmat & kasih sayang Allah swt. Semoga Allah juga memelihara hubungan kita.


:: Sahabatku ::

Terimalah hadiah ini. Semoga ianya memberi ketenangan pada jiwamu...



http://www.youtube.com/watch?v=KgVrOklYoUw






Rentetan : "Aku Semakin Berani"

Alhamdulillah, sudah lama aku mahu menyentuh 'diari' maya ku ini. Setelah berhari-hari menanti, pergi ke berminggu-minggu, dah sampai berbulan dah, maka barulah dapat aku menukilkan sesuatu disini.

Yeah...ini adalah entri khas rentetan dari kisah lepasku, aku semakin berani. Apa yer? Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, segalanya telah dipermudahkan. Pergiku tidak lah lama, hanya segenap cuma, pergi kerana mahu belajar dan mencari pengalaman. ( Kan dah cakap dah kan... ) Alhamdulillah, dikala yang menetang keputusanku, tetapi ada juga yang menyokong buatku...Apapun, aku ucapkan terima kasih buat mereka semua. Kerana apa yang aku harapkan, sentiasalah mendoakan yang terbaik buatku, walau dimana jua aku berada dan apa jua ketika.  

Bila difikirkan balik, ada hikmah disebalik semuanya ini. Tatkala mahu membuat keputusan dimana perkara itu dianggap wajar di fikiran yang serba lemah dan bagus untuk diraih, dan pada masa yang sama mendapat tentangan dari pihak yang lain, maka dengan sekuat hati dan tekad mahu juga untuk pergi. Alhamdulillah, keperitan yang ada di awal usaha dan perjalanan, akhirnya dipermudahkan oleh Nya. Bukan mudah untuk aku mengambil keputusan sebegitu. Kebimbangan ku makin meluap-luap jika tindakan ku itu boleh menimbulkan "istidraj". Tapi aku mohon agar apa jua kelakuanku, tidak dianggap menderhaka pada mereka dan restuilah perjalananku. Aku mengerti alasan yang mereka berikan. (Pencerahan: Harap yang membaca mengerti. Keputusanku bukan mahu melakukan sesuatu yang tidak baik, jauh sekali aku terlintas mahu melakukannya. Tapi ini adalah keputusan sekadar mahu bergerak lebih jauh lagi dalam medan dakwah.)

Ibrah / pengajarannya) :

1) Saling Memahami
Kadangkala, tak semua memahami keputusan dan tindakan kita. Pada hemat kita mungkin ianya amat bagus untuk kita laksanaklannya, tapi mungkin pada fikiran yang lain, tidak sewajarnya. Mungkin juga mereka ada pendirian masing-masing. Maka apa yang aku boleh katakan, kita perlu sentiasa berkelakuan baik dengan mereka. Tak perlu berkeras pun untuk mempertahankan hak dan keputusan kita, yang akhirnya mereka bulat-bulat akan membenci pada kita. Sebaiknya, terangkan dengan jelas secara lembut dan berhikmah.

Kebarangkalian mereka sebenarnya boleh menerima pandangan kita itu ada, cuma mungkin mereka perlukan sedikit masa untuk meneliti sejauh mana keberkesannya. Letakkan kebimbangan juga, sekiranya niat murni kita boleh terjejas dan tergendala kerana akhlak kita yang kurang menyenangkan membuatkan mereka sukar untuk menerima baik pandangan kita.

2) Doa mestilah berterusan
Dah penat kita terangkan padanya, tapi sikit pun tak boleh nak pakai, maka apa yang terbaik, berdoalah untuknya. Semoga terbuka pintu hatinya untuk menerima keputusan kita dan doakan juga agar kita terus diberikan petunjuk dalam menghadapi perkara-perkara yang sukar lagi sulit. Kerana kita juga tidak tahu, keputusan kita itu bakal membawa kebaikan atau sebaliknya. Yang penting, mintak Allah teguhkan hati masing-masing di jalan yang benar.

3) Stress?
Sebaiknya, tak perlu pun kita nak stress dengan mereka yang sukar menerima pandangan kita. 1- Mungkin sebab mereka belum mengenal matlamat dan perjalanan sesuatu itu (kalau kes ni, mungkin mereka belum kenal erti dan perjalanan tarbiyah tu); 2- Mungkin mereka juga belum ada sesuatu cerita yang kukuh untuk mereka menepis segala tohmahan atau cerita-cerita yang menakutkan tentang sesuatu itu; 3- Mungkin mereka juga belum benar-benar memahami; 4- Mungkin juga kita belum benar-benar / sungguh-sungguh memahamkan mereka.... Maka, think positif (+ve), bersangka baik pada mereka. Ini juga menunjukkan bahawa disitu Allah mahukan kita belajar sesuatu yang boleh kita mendekati jiwa-jiwa mereka.

4) Jangan dipaksa sangat
Seperti yang dikatakan tadi, kalau kita yakin dengan keputusan baik kita itu, dan dah diterangkan berkali-kali tapi susah juga nak diterima, maka jangan dipaksa sangat untuk dia mendengar dan terus mendengar dan terus mendengar. Maka mejadi satu paksaan untuk dia menerimanya dan akhirnya akan hilang satu perasaan 'dengan rela hati'. Nah, bukan lahir dari persetujuaan yang sebenar seperti yang diharapkan. Sedangkan kita juga mahu setiap pandangan boleh diterima dengan secara baik bukan nanti ada nilaian yang tidak bagus pada sesama kita.

(Hemm...tula, kena pandai-pandai gak tengok masa, takut-takut bila tersalah mood, buruk pula padahnya..)


Aku terfikir, "Kadang-kadang kita ni cepat berputus asa. Kita gagal mendapatkan sesuatu sebab kita fikir kita dah usaha, tapi bila fikirkan balik, apakah kita sudah berusaha setimpal yang boleh?"....


Jikalau Bilal bin Rabah, keluarga Yasser yang diuji supaya meninggalkan agama suci Islam yang dipegangnya, sehinggakan teruk diseksa semata-mata mahu mereka menolak agama suci itu, maka apakah kita pula baru saja ditentang dari segi penerimaan pandangan dan fikiran, kita sudah mahu melenting? Maka itu aku rasakan tidak wajar bahkan malu pada diri sendiri kerana mungkin iman yang lemah tak sekuat iman para sahabat Nabi yang hidupnya penuh dengan penderitaan dan kesakitan.


Aku tidak mengatakan aku telah berjaya melepasi satu garisan getir dengan melakukan seperti demikian, tapi inilah yang aku boleh aku ambil pelajaran rentetan dari pendirian dan keputusanku yang lepas. Tidak dinafikan, aku juga ada membuat kesilapan ketika itu, dan ini membuatkan aku insaf dengan apa yang telah terjadi dan belajar dari kesilapan...


"Sekiranya ada peluang untuk pergi lagi, mahu ke pergi ke sana lagi?" - Itulah respon yang aku terima setelah pulang dari pemergianku yang sekejap itu. Alhamdulillah...... Tersenyum lebar aku!!!....





- Birru walidain -

Wallahu'alam....