Wednesday, December 5, 2012

"Trifle" Buat Mu

Sedikit entri ringkas buat sahabatku yang ku rindui dan yang ku hormati.....


::  Sahabatku ::

Jika boleh aku serahkan sesuatu, ingin sekali aku menghadiahkan "Trifle" buatmu ini. Di dalamnya, terdapat beberapa jenis lapisan, yang membezakannya adalah isi lapisan itu; layer yang paling bawah ada kek lapis, seterusnya ada kastard, disusuli dengan jeli, dan yang terakhir adalah buah-buahan koktail. Enak bukan..sebenarnya ia saling melengkapi. Direka khas oleh manusia sebegitu rupa, supaya dapat menghasilkan satu rasa yang cukup enak dan penampilan yang menarik. 




Dan kerana itu, aku juga menghargai 'telatahmu' yang mahu merasakan masakanku... InsyaAllah :)


:: Sahabatku ::

Aku mengerti, hidup ini adalah satu perjuangan. Kita berjuang dalam menyebarkan risalah Ilahi, menyeru kepada kebenaran, mencegah daripada kemungkaran. Dan berjuanglah mengikut kemampuanmu. Bersabarlah wahai sahabatku dalam mengharungi badai perjuangan ini. Tidak semua perkara kebaikan yang kita impikan dengan mudah kita dapat laksanakan. Adakala Allah mahu kita mengharungi badai ombak besar, beserta ribut taufan yang kencang, dek kerana kita mahu mendapatkan sesuatu kebaikan. Bukan mudah juga untuk kita merasakan kemanisan iman jika kita tidak diuji. Maka, apa jua rintangan yang datang di hadapan, hadapilah dengan jiwa yang tenang dan terbuka.


:: Sahabatku ::

Terima kasih atas segala nasihat dan kata-katamu selama ini, kerana itu adalah salah satu ingatan yang aku ada padamu. Jika selama ini aku cuba berhati-hati dalam menjaga perhubungan kita, tapi tetap juga pernah mengecewakan hatimu, sungguh aku manusia yang lemah, maafkan aku sahabat. Ingin aku sampaikan, aku senang bersahabat denganmu. Jagalah dirimu sebaik-baiknya, agar terus dapat beribadah kepadaNya. 


:: Sahabatku ::

Seandainya kita berada di medan yang berlainan sekalipun,
Aku sentiasa mendoakan agar kau sentiasa berada dalam rahmat & kasih sayang Allah swt. Semoga Allah juga memelihara hubungan kita.


:: Sahabatku ::

Terimalah hadiah ini. Semoga ianya memberi ketenangan pada jiwamu...



http://www.youtube.com/watch?v=KgVrOklYoUw






No comments: