Thursday, December 5, 2013

Jujurkah Cinta?

Besar sungguh makna kata-kata blogger [ini]. Dibaca dari setiap inci dan butir kata yang dititipkan, terus menembusi ke dalam hati, insyaAllah, Allah akan beri kefahaman buat kita... Semoga dipandu ke jalan yang diredhai oleh Allah swt walaupun kondisi yang agak berbeza dengan jalan cerita yang disampaikan.

Sunday, October 20, 2013

Take A Break 1

Ilmu Yang Bermanfaat

Sambil makan, sambil mendengar radio di dapur. Selesai makan, kemas meja. Tiba-tiba, terdengar bicara ilmu di radio IKIM, membicarakan tentang "bagaimanakah yang dikatakan ilmu yang bermanfaat". Lantas, cepat-cepat ambil pen dan kertas, nak catat apa yang ingin diperkatakan...

Maka, sambil minum kopi beserta cekodok cicah sos pada petang yang damai ini, sama-sama kita baca yer apa yang ingin dikongsikan...

Ilmu yang bermanfaat, seperti yang dikatakan oleh Imam al-Ghazali dalam kitab Bidayatul Hidayah...

1) Membuatkan atau menambahkan lagi rasa takut kita kepada Allah swt.

2) Dapat mengenali keaiban kita

3) Berasa ghairah dalam beribadah

4) Mengurangkan rasa gemar kita pada dunia. (Perkara ini sering dibahaskan oleh orang-orang tasawwuf, yakni bukan menolak dunia, tapi tidak gemar kepada dunia, bahkan lebih mengutamakan akhirat)

5) Merubahkan akan gemarnya kepada akhirat

6) Membuka mata hati kita untuk melihat amal-amal yang boleh merosakkan ibadah kita dan berusaha memeliharanya

7) Makin tahu atau jelas tentang tipu daya syaitan

Waalau'alam...

p/s: hanya ini yang mampu dicatat dan semoga bermanfaat untuk kita semua. Nak detail, try jengah kat web site IKIM...  

Saturday, June 15, 2013

Dah tak lama dah


Iman di 'Comfort Zone'

....Ramai yang beriman di dalam tenang, tetapi tidak tenang dalam beriman....

Beriman dengan suasana comfort zone, menjadikan imannya lemah. Dia tidak mendalami makna keimanannya. Keimanannya tidak membuahkan amal yang sepatutnya. Maka tatkala keimanannya diuji, ia menjadi goyah lantas musnah. 

Tetapi berbeza dengan mereka yang tenang dalam keimanan. Mereka diuji, iman mereka sentiasa dicabar dan mereka pula sering berusaha mengatasi cabaran tersebut. Lantas mereka sampai ke satu tahap kekentalan, kekuatan, dan keimanan mereka telah teruji serta terbukti. Lantas walau dunia bergegar hebat sekalipun, mereka tetap tenang dengan keimanan dalam diri. Tidak gelabah, tidak resah.

Amat berbeza orang yang beriman dalam ketenangan, dengan orang tenang dalam keimanan. 

Kadang kita perlu mencabar diri dengan kepayahan untuk hadirnya ketenangan. Jika mahu senang lenang aja, risau nanti disergah sekali terus berkecai segala pegangan. 


- hilalasyrafoflangitilahi -
- 15.5.13 -



Saturday, June 8, 2013

Hamsa Riyal !!!

Emak ada mengatakan pada kami hajat beliau mahu menunaikan umrah selepas abang ngah kami berkahwin.  Mungkin baginya tempoh selepas itu adalah sudah tiba masanya untuk dia dan ayah memberi fokus yang lebih pada hal-hal ibadat. Ya, itu cerita 1 tahun yang lepas.. Dan alhamdulillah, Allah telah mengizinkan untuk mereka menunaikan umrah pada tahun ini. Akhirnya kami ( Mak, Ayah, Mak Lang saya dan Saya), mengorak langkah sebagai tetamu Allah untuk mengerjakan umrah pada tahun ini.


Langkah disusun, perancangan diatur, meluncur laju meredah awan biru, menerokai langit yang terbentang luas, perjalanan yang memakan masa 8 jam... Nah, permusafiran yang cukup bermakna buat saya untuk sepanjang hidup ini. Melarikan diri dari kesibukan kerja dan tugasan, dan kami datang mendekatiNya, sebagai tetamuNya, untuk mengabdikan diri padaNya walaupun dalam tempoh yang seketika cuma. 

Merenung dalam diri, yang penuh dengan dosa, hamba yang hina lagi keji, datang mendekatiMu, semata-mata mahu menyucikan diri. 


(Gambar sekitar masjid Nabawi, - Subuh, 25 Jun 2013)



Keberadaan selama 3 hari di Madinah, dengan suhu yang mencecah hampir 50 darjah celcius, tidak akan saya lupakan walaupun hidung sentiasa berdarah dek cuaca yang panas. Mempunyai Masjid Nabawi yang tersergam indah, mempunyai ganjaran pahala solat sebanyak 1000 kali jika dibandingkan solat di masjid-masjid lain, serta mempunyai tempat tinggal Rasulullah saw bersama-sama dengan isteri-isteri baginda, juga terdapat tempat bersemadinya makam Rasulullah saw, Abu Bakar dan Umar di dalam masjid Nabawi. 

Terdapat satu peristiwa yang memberi peringatan yang cukup terkeasn di hati bila pada suatu pagi itu, saya bersolat di kawasan dataran masjid Nabawi. Selesai solat, kami duduk berzikir dan tiba-tiba datang seekor lipas menghampiri saya ketika itu. Kalau kita lah di Malaysia ketika itu, apa yang akan kita buat dengan lipas itu? Nak aja kita bunuh, ataupun kita akan amik Sheildtox untuk spray dia, bukan... Inilah yang dinamakan keistimewaan Masjid Nabawi. Semua perkara, baik hamba Allah yang terus beribadat mahu menyucikan diri dari dosa-dosa, tumbuh-tumbuhan, haiwan, mahupun apa jua perkara selagi kita berada di tanah suci Madinah, semua perkara itu dianggap suci dan istimewa. 

Perkara ini saya tidak dapat rasakan bila saya di Malaysia, tapi bila perkra ini terjadi di Madinah, baru saya dapat rasakan betapa istimewanya semua perkara itu. Sehinggalah saya ditegur oleh orang Arab ketika itu suapaya jangan sesekali dibunuh binatang itu. Walhal ketika itu niat saya hanya mahu menghalau sahaja binatang itu pergi dari kami. 

Lantas saya berfikir, mungkinkah inilah dugaan yang Allah hadirkan pada saya kerana pada waktu itu saya ada berdoa pada Allah swt supaya memberi saya kesabaran dan dilapangkan dada jika menghadapi apa-apa jua dugaan dan cabaran kehidupan. Ehemm....




Dari Madinah beralih ke Kota Suci Makkah al-Mukarramah. 

Dari Madinah ke Makkah, memakan masa selama 5 jam dengan menaiki bas. Sudah tiba masanya kami perlu berangkat ke sana untuk menunaikan ibadah umrah yang sebenar. Jam 11.00 malam waktu tempatan, kami tiba di Makkah.

" Masuk dan keluar ke tanah suci Makkah, semuanya ibadah ", Ustaz (mutawwif). Sehingga dikatakan bahawa terdapat satu masjid di dunia ini yang tak perlu melakukan solat tahhiyyatul masjid ialah Masjidil Haram, kerana terdapat ibadah lain yang lebih utama iaitu tawaf jika mahu memasukinya.

Satu lagi tempat yang penuh dengan keistimewaanya, di mana untuk Masjidil Haram, kelebihannya ialah sebnayak 100 000 kali ganjaran pahala yang lebih baik berbanding solat di tempat lain. 

Mungkin ada yang mengatakan sukar mahu melihat ramainya umat manusia seperti di Makkah ini yang berkumpul di Malaysia, melainkan seperti Perhimpunan 505... Ehem, tapi bagi saya ia tetap tidak akan sama dengan perhimpunan 505 itu. Sudah tentu kita datang berhimpun di Makkah ini pun dengan niat yang berbeza. Walhal kita datang berhimpun bukan tujuan ingin memprotes atau apa, tetapi kita datang dengan tujuan mahu mendekatkan diri lagi dengan Allah swt. waallahu'alam...

Siapa kata orang Arab di Madinah dan Makkah tak pandai berbahasa Melayu? Bahkan cukup fasih dan dapat memahami bahasa kita dengan baik. 

Baru saja lalu depan kedai mereka, sudah disuruh singgah dahulu, boleh tengok-tengok dulu katanya. Malah dipanggilnya kita ' ibu' ' lagi. Dari jauh sudah didengar, " hamsa riyal, hamsa riyal... ". Itulah lima riyal.  

Bertanya pada diri, apa maksud sebenar kita melakukan ibadah Umrah?

1) Umrah, bila-bila masa kita boleh buat. Pangkal duit dan kesihatan. Tapi bagi yang hidup tak lah semewah mana, umrah sekali seumur hidup pun sudah memadai. Itu belum lagi diceritakan soal haji, yakni lagi besar lagi belanjanya. Saya menyeru jika ada peluang ingin mengerjakan ibadah umrah, perbetulkan niat kita semula. Kita buat ibadah umrah ini, semata-mata mahu mencari keredaanNya dan mahu lebih dekat lagi dengannya. Sebab apa, apabila kita ke sana, kita difokuskan untuk sentiasa berzikir, berdoa, berselawat, melakukan solat-solat sunat, dan amalan-amalan kebaikan yang lain di mana kita sentiasa mengingatkan diri kita untuk terus mengingatiNya. Sudah tentu jika di Malaysia, kita sukar benar-benar dapat menumpukan sepenuhnya pada amalan-amalan sebegitu atas komitmen kita pada hal-hal kerja, pelajaran, mahupun tugasan-tugasan harian yang lain. Jadi, gunakanlah kesempatan yang ada jika dapat melaksanakan ibadah umrah atau haji nanti.   

2) Bagaimana jika kita sudah pulang dari umrah pula? Maka perlulah kita sentiasa muhasabah atau perhalusi diri kita sendiri. Benarkah amalan-amalan yang kita lakukan sepanjang di sana benar-benar ikhlas, benar-benar jujur, penuh dengan kesungguhan ataupun tidak. Kerana apa yang kita mahu elakkan, ibadah umrah yang sekadar suka-suka, main-main mahupun sambil lewa. Dibawa ziarah ketempat-tempat sejarah nabi sekalipun, tetap tak terkesan dihati jika kita tiada niat dengan penuh kesungguhan mahu melakukan ibadah umrah ini. Nauzubillah min zalik... Ingat, peluang tak selalu kita dapat. 

3) Mengambil peluang untuk melihat kesan-kesan tapak sejarah yang berlaku ketika Nabi Muhammad saw datang berhijrah dari Makkah ke Madinah. Peristiwa-peristiwa yang berlaku kita sama-sama dalami untuk kita hayati susah payah Rasulullah saw dan para sahabatnya dalam berdakwah, memperjuangkan agama Islam.  

               Menelusuri sirah, Rasulullah saw dan para sahabatnya telah bersusah payah menegakkan syiar Islam di bumi Makkah dan Madinah. Peperangan merupakan salah satu cara untuk mempertahankan Islam. Bahkan rezeki dalam peperangan itu sendiri terletak di bawah mata pedang. Menang berperang, harta ranpasan menjadi habuannya. Mati berperang, syahid namanya. 

Betapa kuat tahap keimanan mereka, mereka telah berpenat lelah untuk meninggikan Islam supaya kita dapat merasai kenikmatan Islam itu kelak. Peperangan kita? Kita lawan nafsu tidur, lawan nafsu makan, lawan diri ini yang cepat saja mahu merungut. Cuaca panas lah.... sabar, Rasulullah saw berpanas, berlapar, berhabisan wang, tenaga demi kita semua. 


Bahkan kita boleh bersa'ie dalam tempat yang ber air-cond... ehmm...


4) Kita bermusafir mahu melihat kebudayaan dan kehidupan orang di negara lain. Di Makkah, kebanyakkan bangunan hotel-hotel dibina dengan hasil bantuan jurutera-jurutera tempatan kita. Bahkan terdapat satu monorail yang telah dibina di kawasan Mina sana atas usaha sama kerajaan Arab Saudi dengan Malaysia. Di situ, ada hasil titik peluh anak Malaysia menyumbangkan keringat demi kelangsungan ibadah umrah dan haji umat Islam. Tapi seperkara yang saya kurang suka dengan orang Arab kat sana, disiplin mereka atas jalan raya kurang. Cuma saya tak pasti bagaimana kadar kemalangan mereka atas jalan raya berbanding dengan Malaysia. huhu...

5) Bila mahu melakukan ibadah umrah, sudah tentu kebanyakkan dari kita menggunakan agensi umrah, dan sudah tentu  bilangan jemaah yang ramai turut terlibat. Maka, jika ada perkara yang jemaah terlewat berkumpul, maka janganlah kita berasa cepat marah dengan mereka. Banyakkan bersabar. Allah tidak memberi kesihatan, kesenangan, kemudahan yang sama pada semua orang. Boleh jadi kelewatan jemaah itu merupakan satu ujian buat kita untuk lebih banyak bersabar. Walau bagaimanapun, jemaah yang lewat juga janganlah ambil kesempatan. Boleh jadi ini juga satu pentarbiyahan buat kita untuk lebih tersusun, cepat dan pantas pergerakannya. Sekalipun kita tahu, kesihatan kita ada terjejas sikit, tapi banyakkanlah berzikir dan berdoa. Boleh jadi juga Allah mahu mengelakkan kita supaya terus menyusahkan orang lain. Itulah zikir yang selalu di amalkan, Allahumma yasir wala tu'assir (Allah permudahkan, jangan susahkan). 


" hamsa riyal, hamsa riyal... Ibu singgah dulu. Boleh tengok-tengok. Halal, halal.... "
" Ini berapa? "
" Sepuluh riyal saja. Ini cantik, ini cantik "...



Waallahu'alam...



Wednesday, April 24, 2013

Orang kita bercakap pasal apa hari ini....?

23 April 2013... suatu petang yang redup saya meminta emak untuk menemani saya ke bengkel kereta yang berdekatan dengan rumah, nak ambil kereta yang sudah dibaiki setelah mengalami sedikit remuk di bahagian hadapan bumper kereta. Disebabkan petang itu ada pasar malam, maka kami harus menempuhnya untuk  ke bengkel kereta itu.

Saya bertanya pada emak, terasa macam bulan puasa pula kita ke pasar malam ni ye. Macam nak beli juadah berbuka. Lantas emak jawab, dah memang nak dekat pun. Dah tak lama dah.....

Hemm... betul lah tue. Mengikut tarikh entry post ni, ( 25 April 2013 @ 14 Jamadil akhir 1434H), bila dikira-kira, kita mempunyai masa lebih kurang 2 bulan 10 hari lagi sebelum kedatangan Ramadhan... Ya Allah, semakin hampir Ramadhan Mu... Mohon doakan agar kita sama-sama dapat berjumpa dengan Ramadhan yang akan datang ni..

Namun, cerita bulan puasa itu tidak terasa lagi bahangnya, walaupun pada hakikatnya ia semakin dekat. Tapi ada satu kisah yang lagi dekat dengan kita semua buat masa ini. Kisah PRU ke 13. Ya, inilah bahang yang semakin hangat diperkatakan dimana-mana saja. Satu kisah yang cukup panas untuk dibicarakan dan hangat dirasai sekalipun bercakap dalam bilik yang berhawa dingin takat beku.

Mengapa kita sibuk bercakap tentang pilihanraya sekarang ni?

Sebab, dah musim pilihanraya, maka kita bercakaplah pasal pilihanraya. Tak gitu? Yer, benar... Tapi apa yang sampai hangat dan panasnya? Nah, kita tanyalah pada diri sendiri. Kita nilaikanlah sendiri.

Dulu, saya bukanlah orang yang benar-benar mahu menyibukkan diri dengan hal-hal politik ini. Bahkan jika diambil tahu sekalipun, hanya sekadar untuk pengetahuan, bukan untuk niat berhujah sekalipun dan dengan sesiapa pun. Sampai begitu sekali.... Ya, benar. Kerana ketika itu saya masih naif, jahil dan cetek ilmu serta pengalaman, sehinggakan saya merasa kabur untuk memilih mana yang terbaik. Dan pernah suatu ketika saya suarakan perkara ini kepada murabbi saya tentang perancangan parti-parti yang ada dan sejauh mana perancangan-perancangan mereka itu dapat dicapai. Dek kerana pening memikirkan agenda masing-masing, maka saya mengambil kata hati yang lemah, untuk malas nak ambil kisah.

Nah! Kali ini soalan ini sekali lagi menerjah ke fikiran saya. Mengapa saya harus ambil tahu.

Saya harus ambil tahu dan wajib untuk tahu. Soal politik, merupakan soal kepimpinan, pemerintahan,  pengurusan dan pentadbiran sesebuah negara ataupun negeri, dimana sebagai umat Islam, kita mahukan sistem pemerintahan yang sentiasa menegakkan syiar-syiar Islam walau apa cara sekalipun tanpa berlaku diskriminasi kaum dan bangsa. Saya kira, tidak perlu lah lagi saya memanjang lebarkan entri post saya kali ini untuk menceritakan tentang kehangatan pilihanraya kita kali ini, kerana saya sedia maklum, yang membaca entri ini pun sudah tahu apa yang terjadi dan lagi arif tentangnya.

Apa yang saya mahukan dari saya dan kalian juga, sama-samalah kita renungkan kembali dengan apa yang telah kita lalui selama ini atas sistem pemerintahan yang ada sekarang ini. Cubalah beri sedikit ruang dan waktu untuk menambahkan lagi kefahaman kita tentang perkara ini. Benarlah kata ramai ahli ilmuan dan cerdik pandai, 1 undi kita amat bermakna, tapi jangan kita main-main dengan 1 undi itu, kerana 1 undi itu jugalah yang akan menentukan amal timbangan amalan kita di akhirat kelak dalam memilih pemimpin yang boleh menegakkan keadilan dan kebenaran.

Saya menyeru, jika ada kelapangan untuk mendengar kempen, ceramah, bersua muka dengan calon pemimpin, berbual dan bersembang ke, gunakanlah masa itu dengan sebaik-baiknya. Rebutlah peluang itu sebelum kita menetapkan keputusan untuk memilih walaupun di fikiran kita sudah ada jawapannya, tapi teruskan berusaha. Setidak-tidaknya, jika pilihan kita itu silap, di akhirat kelak kita mampu mengatakan di hadapan Allah, bahawa kita sudah berusaha untuk memilih yang terbaik dan sudah tentu kita tak akan tahu ramalan mana yang paling baik, hanya Allah yang Maha Mengetahui akan hal hamba-hambaNya.

Saya doakan agar sesama kita dapat berpolitik dengan cara sihat dan berhikmah, sekalipun kita berpolitik di medan pejabat, di sekolah, di kampus, di pasar, di atas jalan raya, di gelanggang perlawanan bola atau badminton, atau dimana-mana sahaja.

Jernihkan hati, jernihkan fikiran, semoga Allah luruskan hati kita semua ke arah kebenaran! InsyaAllah. Selamat menjalani ibadah berkempen dan mengundi.... ;)











 

Friday, April 19, 2013

cemburu, cemburu, cemburu

Cemburu... Cemburu... Cemburu.... dan; ah!

Saya cemburu dengan mereka yang berkebolehan menulis, mengarang, berkarya. Ada saja idea-idea menarik yang mereka tulis di ruangan-ruangan mana yang boleh ditulis, seperti di sini; dan menarik juga untuk dibaca. 

Mungkinkah saya boleh menjadi seperti mereka... khabarkanlah pada saya.... Saya cemburu pada pen yang berdakwat basah. Eh?!

Thursday, March 21, 2013

Israel Amat Gerun Dengan Dirinya

Mengenang As-Syahid Ahmad Yassin (1938 - 2004)




Syeikh Ahmad Yassin telah dilahirkan di sebuah kampung bernama al-Jora, daerah Majdal di wilayah Aslaqan (Ashkelon) pada tahun 1938. Dia telah dibesarkan di sana sehingga 1948 ketika pendudukan pengganas Yahudi ke atas bumi Palestin, dia dan keluarganya dipaksa berhijrah ke Semenanjung Gaza.

Membesar sebagai seorang guru yang cemerlang di dalam pelajarannya beliau amat disayangi oleh guru-gurunya ketika berada di sekolah. Beliau juga merupakan seorang ahli sukan yang aktif di zaman persekolahannya. Di zaman mudanya beliau telah ditimpa kemalangan, di mana beliau telah terjatuh ketika sedang beriadah yang menyebabkan beliau mengalami lumpuh pada bahagian kakinya. Keadaan yang lumpuh itu tidak menghalang beliau untuk meneruskan kecemerlangannya di dalam bidang pelajaran dan juga aktiviti-aktiviti Islam. Pada tahun 1964 beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti Ain Shams di Kaherah. Pengajiannya di universiti tersebut walau bagaimanapun tidak sampai ke hujungnya apabila beliau telah dipenjarakan selama sebulan oleh pihak berkuasa Mesir kerana penglibatannya dengan pertubuhan Ikhwan Muslimin pada tahun 1966. Lebih dasyat lagi beliau telah dihantar ke Gaza oleh pihak berkuasa Mesir tanpa sempat menamatkan pengajiannya. Ujian yang getir ini tidak sedikit pun membunuh semangatnya untuk terus bergerak aktif dalam pertubuhan tersebut untuk memperjuangkan Islam dan dakwah Islamiyyah.

Kepulangannya ke Gaza telah menyaksikan bagaimana beliau bergerak aktif memperjuangkan Islam sebagai guru bahasa Arab dan juga khatib di masjid Gaza. Dalam tempoh yang singkat sahaja beliau telah menjadi terkenal di kalangan penduduk Gaza dengan khutbah-khutbahnya terutamanya selepas pendudukan rejin Zionis ke atas Gaza pada tahun 1967.

Selain daripada dua tugas utama tersebut, Semenanjung Gaza juga telah menyaksikan jasa Ahmad Yassin sebagai pekerja kebajikan dan juga pendakwah yang gigih mendidik anak-anak remaja dan para pemuda dengan didikan Islam. Hasil dari usaha tersebut sekitar tahun 1969 dan 1970 pertubuhan Ikhwan Muslimin telah berkembang hebat di kawasan Gaza. Hasilnya pada tahun 1973 dengan bantuan anggota pertubuhan tersebut, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya menubuhkan sebuah pertubuhan kebajikan yang menjaga pelarian-pelarian Palestin yang diberikan nama Mujamma al-Islam.

Usahanya tidak terhenti setakat itu sahaja. Memandangkan keadaan di Palestin lebih memaksa umat Islam di sana untuk berjihad, beliau dan beberapa anggota Ikhwan Muslimin yang lain telah menubuhkan sebuah gerakan jihad yang dinamakan sebagai Al-Mujahidun Al-Filastiniyun pada tahun 1982 sebagai kesinambungan perjuangan Kataib Syuyukh yang mengambil wasilah jihad sebagai landasan perjuangan mereka. Bagi Ahmad Yassin kelumpuhan dirinya tidak menghalang dirinya dari usaha mendidik dan membina generasi mujahidin Palestin untuk berhadapan dengan penjajah Zionis yang telah menjajah bumi mereka dan juga Masjid al-Aqsa. 

Pada tahun 1983, ketika beliau menjawat jawatan sebagai pengarah Pusat Islam di Gaza, beliau telah ditangkap dan dipenjarakan oleh pihak rejim Zionis diatas tuduhan memiliki senjata api dan cuba untuk menggugat kerajaan Zionis Israel. Dia telah dijatuhkan hukuman penjara selama 13 tahun melalui mahkamah tentera Israel, namun pada tahun 1985 hasil dari proses pertukaran tawanan di antara pihak PLO dengan rejim Zionis, beliau telah dibebaskan setelah menjalani hukuman penjara selama 11 bulan.

Melihatkan keadaan Negara-negara Arab yang tidak lagi berminat untuk memerdekan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa. begitu juga dengan gerakan PLO yang semakin bersikap lunak terhadap rekim Zionis, Ahmad Yassin dan juga rakan-rakannya di dalam pertubuhan Ikhwan Muslimin telah menubuhkan gerakan pembebasan Islam yang dikenali sebagai Hamas pada tahun 1987. Hamas telah memulakan corak baru penentangan cara baru, iaitu dengan mengadakan demonstrasi jalanan dan pertempuran secara bersemuka dengan pihak tentera Zionis. Kebanyakkan ahli pergerakan ini dihasilkan dari masjid-masjid dari kalangan orang-orang muda yang dikenali dengan nama Atfal Hijarah (Kanak-Kanak Batu) kerana menggunakan batu untuk berhadapan dengan tentera Zionis. Penentangan yang mempunyai impak yang besar terhadap rejim Zionis ini dikenali sebagai Intifadah. Kesan dari Intifadah ini amat hebat, pihak tentera Zionis terpaksa mengambil tindakan-tindakan drastik sebagai tindak balas terhadap kemaraan gerakan Hamas.  

Sebagai natijahnya, pada bulan Ogos 1988 pihak tentera Zionis telah merobohkan rumahnya dan membuangnya ke sempadan Lebanon. Tidak cukup sekadar itu sahaja, pada 18 Mei 1989 beliau bersama ratusan anggota pergerakan Hamas yang lain telah dipenjarakan kerana kejayaan operasi-operasi yang telah dilancarkan oleh gerakan tersebut dalam usaha membunuh tentera-tentera dan komando-komando Israel. Sekali lagi mahkamah tentera Israel pada 16 Oktober 1991 telah menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara ke atas Syeikh Ahmad Yassin di atas sembilan pertuduhan yang disabitkan ke atasnya, termasuk tuduhan membunuh, menculik dan juga menyerang tentera-tentera Zionis.

Kesan dari penahanan tersebut beliau telah mengalami lumpuh seluruh tubuh kecuali kepalanya sahaja. Beliau juga mengalami kehilangan penglihatan mata kanannya dan juga kekaburan penglihatan pada mata kirinya selain daripada masalah pendengaran akibat tekanan dan deraan yang dikenakan ke atasnya. Sepanjang tempoh itu juga beliau dihidapi jangkitan pada paru-parunya dan juga hidapan pad abdomennya. Keadaan kesihatannya yang semakin parah itu telah memaksa pihak penjara terpaksa membawanya berulang-alik ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Pada 13 Disember 1992, kumpulan komando Hamas yang dikenali sebagai Kataib al-Qassam telah berjaya menculik seorang tentera Zionis dan menawarkan pertukaran tawanan dengan pihak rejim. Mereka menawarkan pertukaran di antara tentera tersebut dengan pembebasan Syeikh Ahmadf Yassin dan beberapa tawanan Hamas lain yang sakit dan yang telah berumur. Pihak rejim Zionis walau bagaimanapun menolak permintaan tersebut malah cuba menyerbu masuk ke rumah di mana tenteranya ditawan itu mati dibunuh berserta dua tentera Zionis yang lain dan juga tiga pejuang Palestin telah mati syahid di tempat kejadian. Kejadian tersebut berlaku di Bir Nabala berdekatan dengan kota Baitul Maqdis.

Pada 1 Oktober 1997, hasil dari perundinganpertukaran tawanan di antara kerajaan Jordan dengan rejim Zionis, Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya dibebaskan. Kerajaan Jordan yang telah berjaya memberkas dua orang anggota perisikan rejim Zionis ketika mereka gagal dalam percubaan untuk membunuh ketua biro politik Hamas, Khaled Mishaal di Amman, Jordan. Demi untuk mendapatkan kembali dua perisik tersebut, pihak rejim Zionis telah bersetuju dengan tawaran yang diberikan oleh mendiang raja Jordan, Raja Hussin yang meminta Syeikh Ahmad Yassin dibebaskan.

Sejurus pembebasannya Syeikh Ahmad Yassin kembali memainkan peranannya sebagai pemimpin agama bagi gerakan Hamas yang semakin mendapat tempat di hati rakyat Palestin dan juga semakin digeruni oleh rejim Zionis.  September 2000 telah menyaksikan tercetusnya Intifadah kali kedua selepas perdana menteri rejim Zionis, Ariel Sharon telah mencemarkan Masjid al-Aqsa bersama 200 tenteranya. Sekali lagi Syeikh Ahmad Yassin telah berjaya membangkitkan rakyat Palestin untuk bangun berjuang menentang kegilaan rejim Zionis. Impaknya amat besar kepada rejim Zionis. Kerugian harta dan nyawa yang dialaminya adalah yang paling teruk dalam 50 tahun penubuhan Negara haram Israel. Penentangan berlaku tiap-tiap hari tanpa menunjukkan rasa menyerah kalah. Hasilnya pelbagai usaha dilakukan oleh pihak rejim demi mengekang kemaraan rakyat Palestin. Antaranya menyerang bandar-bandar, membunuh orang-orang awam, membina tembol pemisah, membunuh pejuang Palestin dan pemimpin mereka.

Hasil dari kegilaan tersebut, beberapa pemimpin pejuang Palestin telah berjaya menemui syahid dibunuh oleh rejim Zionis dengan menggunakan jet-jet pejuang, helikopter dan juga kereta-kereta kebal mereka. Antaranya Salah Shahadah, Ismail Abu Shanab dan lain-lain lagi. Syeikh Ahmad Yassin juga tidak terlepas dari usaha jahat tersebut, seperti yang berlaku pada 6 September 2003 bilamana sebuah helikopter Apache milik tentera Zionis telah membedil dan merobohkan rumah Ahmad Yassin, mujurlah beliau selamat dan hanya mengalami kecederaan ringan di tangan kanannya. Begitu juga apa yang dialami oleh Abdul Aziz Rantisi, orang nombor dua Hamas yang telah dibedil keretanya ketika beliau di dalam perjalanan.

Namun, pada subuh 22 Mac 2004, mereka sekali lagi menyerang Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau dalam perjalanan pulang dari masjid setelah selesai solat subuh secara berjemaah. Tiga buah roket telah dilancarkan ke atas Syeikh yang lumpuh itu telah berjaya mengorbankan diri Ahmad Yassin dan empat yang lain termasuk anaknya.

Ayuh, kita ambil semangat Syeikh Ahmad Yassin! Janakan dalam diri setiap dari kita!


- diambil, dipetik dan dikongsi dari official page FB Aqsa Syarif -

[22  l  3  l  2013] 


Wednesday, March 20, 2013

Bagaimana Saya Join Tarbiyah

Mahu menceritakan tentang bagaimana bermulanya perjalanan tarbiyahku, ketika itu aku berada di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, di Petaling Jaya. Tapi sekarang ni ia dikenali sebagai Centre for Foundation Studies of IIUM. Ketika itu aku baru di tahun pertama semester ke-2 . Hingus-hingusan lagi time tu. Disebabkan time tu aku hingus-hingusan lagi, maka aku berhajat mencari sesuatu yang membuatkan aku tak berhingus lagi... hahak, senang cite nak cari pengisian rohani lah.. Mungkin time tue rasa diri kosong, maka mahu mencari sesuatu yang boleh mengisinya. Maka teringat waktu tu.......


Suatu pagi yang cukup indah, matahari pun mula memacakkan cahayanya di atas kepalaku, aku pun bergerak keluar dari bilik mahu ke kelas. Ingat lagi ketika itu aku ada kelas Ekonomik bersama Bro Hisyam. Orangnya berbadan besar, tinggi dan berisi... Dia tak kahwin lagi time tue, tamat kelas dengan dia pada semester tue, baru dia kahwin. Beliau pernah tunjukkan gambar wife nya, nampak happy jer, nak kata sepadan tapi macam ada yang tak sepadan (biasalah time tue mulut ni belum terfikir lagi nak buat insurance)... tapi tak pelah, dah jodoh tue Allah yang tentukan. Alhamdulillah, beliau dikurniakan seorang isteri yang kecik comey, dan tak lama tue, mereka dikurniakan seorang anak... hebatkan... 

Macam biasa lah, ketika berjalan menuju ke kelas, mata ku suka memandang melilau ke sana ke mari... Ahak, bukan memandang yang tak sepatutnya yer... Mata ni suka melihat nota-nota kecil, poster-poster yang ditampal di papan-papan putih yang terletak di cafe, di mahallah, di mana-mana saja lah... Nak ambik tahu cerita terkini dan apa program-program best. Kadang-kadang tengah berjalan boleh brek mengejut gara-gara nak baca. 

Ok, sampai kelas. Habis belajar, aku pun balik. On the way nak balik, mata aku terpaku pada satu nota kecil yang ditampal di board yang ada dekat dengan kelas ku. Ingat lagi, kecik jer, tak besar pun, lebih kurang kertas saiz A4 yang dikerat dua. Lebih kurang cam nie lah bunyi nyer....

     " Jemputan ke kuliyah agama mingguan. Di sampaikan oleh Ustaz Emran, bertempat......
       (tak ingat)"

Aku pun, wah!!! menarik nie... macam best jer, nak gi lah. (padahal tak bagi tahu pun ada selebriti ke ape ker, tetiba rasa best je. Program pun macam tak gempak jer, tapi disebabkan dengar nama kuliyah agama terus jadi best).... 

Sepanjang balik ke bilik, aku masih lagi berfikir tentang kuliyah agama tue. Bukan apa, nak ajak sape lah nanti nie.. 

Puas fikir, aku pun try la ajak beberapa orang kawan rapatku.. Akhirnya yang menemaniku hanya seorang jer. Ok la tue, janji ada geng.... Ok, set date, time, then gerak sama-sama pergi kuliyah tue..

Seronoknya bukan kepalang lagi... Sampai je di tempat kuliyah, aku terkedu banyak. Ramainya student-student perempuan yang bertudung labuh, berjubah, molek-molek sungguh... wajah mereka cukup bercahaya... Tengok student lelaki pulak, yang berkopiah putih, berbaju melayu dan ade yang bert-shirt... MasyaAllah, aku rasa macam berada di suatu tempat aku tak pernah jumpa sebelum nie. Lagi aku berasa segan, mereka pergi dengan membawa al-Quran... aduhh... Aku bayangkan mereka semua ni adalah budak-budak dari course Quran Sunnah, Bahasa Arab, budak-budak course agama ar....

Ketika mendengar kuliyah yang disampaikan, ada sekeping kertas diedarkan dari seorang ke seorang. Lelaki kertas lain, perempuan kertas lain. Kertas apa tue? Kertas attendance/kehadiran yang datang ke kuliyah tue. Lagi sekali aku terkejut gajah. Sangkaan aku meleset. Rupanya yang datang tue boleh dikatakan semuanya dari kulliyyah sains. Maknanya, mereka nie kebanyakkannya daripada course medic, nursing, pharmacy, human science, engineering... dan beberapa dari course agama.. Subhanallah, kagumnya aku dengan mereka semua. Aku tahu, bukan mudah seorang budak sains boleh pergi ke majlis-majlis ilmu macam tue memandangkan mereka nie perlu memerah otak yang lebih dan selalunya memerap kat bilik. Dek kerana itu mereka selalu dipanggil budak skema.. Dannn, aku dan kawanku terselit lah nama di bawah kulliyyah architecture. 

Selang beberapa hari kemudian, aku mendapat satu message. SMS dari seorang yang memanggilnya kakak, katanya mahu berjumpa dengan aku. Sudah, kakak mana plak nie... Setahu aku aku tak ada kenalan lagi yang bergelar kakak. Lagi sekali aku berfikir. Tetiba aku teringat pasal kuliyah agama tempoh hari... Kerana di kertas attendance tue, ada diminta no telefon. Oh yea, benar sangkaan ku.. 

Pertemuan diatur, aku pun berjumpa dengan kakak SMS itu....................



Begitulah serba sedikit dan sebanyak perihal hidupku bagaimana aku bermula dengan tarbiyah ini. Sungguh, aku masih ingat waktu dan ketika itu. Pertemuan yang pertama kali, pertemuan dengan penuh kasih sayang, dan alhamdulillah, aku masih lagi disini. Syukur kepada Allah swt kerana mengekalkan ku atas jalan ini walaupun pelbagai dugaan harus ditempuhi sepanjang perjalananku untuk istiqomah.

Bersyukur, jatuh bangkitku, ada yang sudi menghulurkan bantuan, memberi  kata-kata semangat, menghulurkan belaian kasih-sayang, dimana itu semua sukar ku cari ganti dan tiada noktahnya. Kerana hati-hati ini telah diikiat dengan keimanan. Merekalah banyak bersama-sama denganku....

Buat kesemua murabbi-murabbiku, aku susun aturkan nama-namamu di sini, sebagai tanda penghargaanku buat kalian semua yang banyak membantuku dalam medan dakwah dan tarbiyah ni. Sehinggakan aku rasa kalau dicampakkan kemana pun, aku sesekali tidak akan meninggalkan medan tarbiyah yang telah kita semai bersama-sama... Aku ingat, insan pertama yang membawaku ke usrah ialah Kak Najihah. Selepas itu....

- Kak Iman dan Kak Sarimah

Ketika di UIA Gombak, aku di tarbiyah oleh:

-  Kak Iman
-  Kak Hana
-  Kak Aisyah
-  Kak Adawiyyah
-  Kak Rokiah
-  Kak Laili

serta beberapa akhawat/kakak-kakak lain yang secara langsung dan tidak langsung dalam mentarbiyah diriku...Juga tidak adillah jika aku tidak menzahirkan rasa penghargaanku kepada 2 orang insan yang banyak berjasa dan berkorban dalam medan dakwah dan tarbiyah ini, yakni kepada Ustaz Emran dan isteri ustaz, Dr. Azizah, yang kami lebih mesra memanggil beliau makcik Zah.

Jazakumullahukhairan katsira buat kalian semua.







Ini hanya perkongsian yang tak seberapa, kerna ku tahu ada lagi cerita menarik yang kalian boleh kongsikan di sini tentang bagaimana kalian mendapat tarbiyah. Aku juga berharap agar sedikit sebanyak cerita yang dikongsikan ini dapat memutikkan rasa hati dalam hati kita untuk mencari tarbiyah. InsyaAllah dan yakinlah, selagi mana kita mahu sentiasa pergi keluar mencari ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga. Kerana ilmu itu adalah agama bagi kita, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw; 

"Sesiapa yang Allah mahu memberikan kebaikan kepadanya, nescaya Allah memberi dia kefahaman yang baik tentang agama" 


" Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengsihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifatMu. Jika Engkau mentakdirkan kami mati, matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong " - doa Robitah, As-Syahid Hassan Al-Banna






At-Tarbiyah wa Takwin Thoriquna Litamkin
(Tarbiyah dan Pembentukan, Jalan Kami kepada Kesempurnaan)


Nak berubah semudah terbalikkan telapak tangan?

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian disandarkan pada Allah swt kerana masih lagi diberi kesempatan untuk melentur jeri-jemari yang semakin mengeras untuk terus menaip butang kekunci laptop ini.  

Ehmm...ok. Apa yer yang nak dicakapkan nie... Oh ok, aku mulakan dengan alhamdulillah dulu lah...

Alhamdulillah lagi sekali, tarbiyah banyak mengajarku supaya terus melakukan pembaikan dalam diri ini walaupun aku sedar diri ini banyak lagi khilaf dan dosa. Yela, manusia mana yang sempurna. Tarbiyah juga mengajarku untuk mengerti jalan dan hala tuju sebenar kehidupan ini. Tiada daya dan kemampuan, melainkan mengharap pada ya Rabb, selaku Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, agar diberikan istiqomah dalam medan tarbiyah dan dakwah ini. Semoga kalian juga yang jauh terkehadapan dari ku dalam medan pentarbiyahan ini juga semakin berani mara kehadapan menyebarkan agamaNya dengan penuh kesetiaan. Dan doakan juga bagi kita yang baru nak berubah atau belum mahu berubah, agar terus diberi taufiq dan hidayah untuk berubah ke arah kebaikan dan kembali ke pangkaaaaallll jalan.....

Mengimbau kembali kenangan-kenangan bersama ikhwah akhawat selama mana aku mendapat pentarbiyahan, banyak perubahan yang boleh aku lihat dan dengar tentang insan-insan disekelilingku yang aku lihat mereka semakin jauh, semakin jauh dan jauh meninggalkan zaman jahiliah mereka dahulu. Sahabat-sahabatku yang suatu ketika dahulu aku kenal, kini mereka sudah jauh berubah. Bahkan sejujurnya, mahu aku katakan mereka jauh lebih baik dari ku, bahkan merasakan diri ini jauh lebih hina jika dibandingkan dengan mereka semua.

Pernah suatu ketika dahulu, aku mengatakan dalam grup halaqahku, bahawa kita mampu melakukan perubahan ke arah kebaikan dengan melakukannya perlahan-lahan. Kerana tika itu aku mengerti bahawa diri yang ingin berubah, tidak semudah seperti terbalikkan telapak tangan kita. Perlu sedikit demi sedikit untuk melakukan perubahan, seperti mana diri ini mulanya merangkak-rangkak dalam memperbaiki kesilapan dan kelemahan. Ehmm....

Namun kakak murabbiku berpendapat, kita sebenarnya boleh berubah..... dengan semudah terbalikkan telapak tangan kita. Tak percaya? Beliau mengambil beberapa contoh / figure yang mereka mampu berubah ke arah kebaikan seperti itu dengan menyebut beberapa nama yang aku kenal dalam medan dakwah dan tarbiyah ni....

Katanya lagi, begitu juga dengan kisah Saidina Umar al-Khattab, yang mendapat hidayah Allah melalui bacaan al-Quran adiknya. Begitu juga pejuang Islam yang diberi gelaran pedang Allah, Khalid bin al-Walid. Kalau nak ikutkan kisah-kisah mereka, sebelum memeluk Islam, merekalah antara orang yang kuat menentang Islam dan dakwah Rasulullah saw. Tapi lihat aja bagaimana Allah hadirkan hidayahNya yang cukup mahal dan tak ternilai itu kepada siapa yang diinginiNya dan kepada siapa yang sentiasa mahu menginginkannya.

Tersemat difikiranku, beberapa kenalanku yang aku kagum dan gembira dengan perubahan mereka. [1] Pernah pada suatu program, aku disapa seorang ukhti yang berpurdah. Menutup hampir keseluruhan mukanya, sehingga menampakkan 2 biji matanya sahaja. Aku gamat sekejap. Terkejut disapa dengan tiba-tiba. Lantas aku bertanya siapakah gerangan orangnya, yela namanya... Dia cuba beberapa kali memberitahu bahawa dia adalah kawan ku yang amat aku kenali. Otakku ligat berputar mengingatkan siapakah kawanku yang aku amat kenali.. Melihat muka ku yang semakin berkerut dan macam nak kena tunggu sampai esok je baru dapat jawapannya, maka dia terus bagi tahu namanya...... [2] Pernah juga aku disapa seorang ukhti ketika aku mahu menuju ke cafe mahallah. Dia menegur ku, tapi aku tercengang-cengang, sebab dia juga berpurdah.... [3] Begitu juga beberapa kenalanku yang semakin ramai bertudung labuh dan semakin 'berani' berpakaian menutup aurat dengan sempurna... [4] Ketika aku menyertai satu mukhayyam (perkhemahan) di luar campus, aku terserempak dengan seorang akh. Aku cukup-cukup mengenalinya, ketika itu aku dengan dia mengharungi badai perjuangan di medan PLKN. eh? Yer, benar.  

Ya Allah, sungguh aku amat tak sangka, bagaimana mereka boleh berubah sejauh itu, sedangkan aku fikir mereka bukanlah orang yang macam tue sebelum ni, tapi macam mana mereka boleh berubah sebegitu rupa. Sedangkan aku pun belum sampai nak menutup muka sepertinya. Sungguh, mereka sangat berbeza dan mereka antara golongan yang mendapat petunjuk dari Allah swt.....


[termenung seketika di atas katil] Senyum aku melihat perubahan mereka semua. Semoga Allah terus membuka pintu hidayah dan rahmatNya buat kita semua.

Ayuh berubah, dengan cara semudah terbalikkan telapak tangan kita.....!!!!





Thursday, March 14, 2013

Baru saya tahu, al-kisahnya........

Alhamdulillah, berkat masa lapang yang ada sepanjang berada di rumah, sempatlah tiap-tiap pagi buka radio dengar IKIM.fm. Di awal pagi, sampai tengah hari, masuk ke petang, sempat mendengar cerita-cerita motivasi, kisah-kisah anbia', tafsir Quran.. Dan, saya suka mendengar kisah motivasi yang disampaikan oleh Prof. Dr. Muhaya. Kata-katanya cukup hebat, penuh semangat dan berintonasi lembut..


Saya teringat akan suatu perkara.  Beliau pernah berkata, ibu yang mengandung, awasi tingkah laku, sikap, perbuatan mahupun kata-kata yang diucapkan. Hal ini kerana, tatkala ibu mengandung, segala sikap dan perbuatan kita boleh mempengaruhi  perkembangan bayi dalam kandungan. Bayi boleh mendapat kesan dengan apa jua perbuatan yang dilakukan dari sang ibu yang mengandung. Beliau berpesan, janganlah ibu-ibu yang mengandung berkata tidak baik, mengumpat, berpakaian yang tidak menutup aurat, kerana hasilnya nanti, anak-anak juga bakal mewarisi apa yang kita lakukan semasa kita mengandung dahulu.



UAI - Pantang larang ketika mengandung


MasyaAllah, semuanya terjadi atas ketentuan takdir Allah swt dan kita lah yang perlu berusaha, mahu sesuatu perkara itu baik atau sebaliknya. Maka, pada hemat saya, kita perlu perbanyakkan mengaji, berzikir, menghadiri majlis-majlis ilmu, sibukkan diri dengan perkara-perkara yang baik-baik, agar masa ibu-ibu mengandung tidak terbuang dengan menonton cerita-cerita yang melalaikan dan tidak terlalu memikirkan perkara-perkara yang tak berfaedah. Bukan tak boleh tengok TV langsung, tapi pilihlah channel yang sesuai. Semoga kita juga tidak asyik memikirkan kesan-kesan sampingan atas larangan-larangan yang diperturunkan/diwarisi sehingga boleh menjejaskan ibadah kita dan kerja-kerja harian kita yang lain. InsyaAllah, kita perlu perbanyakkan doa agar zuriat yang dilahirkan, baik sifat dan akhlaknya...



.....Suatu hari, pada waktu tengah hari, ketika berada di dapur.....

Saya bertanya pada emak, benarkah bagi orang yang mengandung, mereka mudah mendapat kenan? Betul ke eja dia pun saya tak tahu... Yela, kenan nie orang cakap kalau kita tengok sesuatu, cakap sesuatu, selalunya anak yang dilahirkan nanti akan mengikut...

Mak jawab, "tak pasti lah... Tapi masa mengandungkan adik dulu, mak suka tengok cerita Hindustan, suka tengok Aishwarya Rai. Mak suka tengok mata dia yang cantik, bulat." Ehmm... Tue sebab masa kecik-kecik adik selalu orang puji dia, suka tengok mata dia yang cantik dan bulat... (oh yeke)...

Lepas tu, saya tanya lagi pada emak, masa mengandungkan saya dulu pula, emak suka apa lak..?

Mak jawab, "masa mengandungkan ko dulu, mak suka tengok cerita wrestling..." 


Ah!!!! Wrestling...... 

Ada ke patut... Ehmm...tapi jangan terkejut ler kalau saya masa kecik-kecik dulu, ketika awal-awal remaja suka tengok cerita tue.. Suka tengok bersama-sama dengan arwah nenek... kan dah kenan....!



-al-kisahnya-



(Saya suka juga tengok Discovery Channel, cerita zombi, action movies, macam mana tu)... hemm... tengok berita Al-Hijrah jelah...


Waallahu'alam....












Suatu Lambaian yang Melambai-lambai...



Alhamdulillah, baru dapat buku baru dari mak. Satu lagi bahan bacaan tambahan buat diriku sebagai persiapan sebelum melangkah menuju ke sana...InsyaAllah, semoga Allah permudahkan urusan kami semua ke sana...