Thursday, December 15, 2011

PESANAN UNTUK UMAT ISLAM




8:63

" Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana". (al-Anfaal : 63)

Ukhwah atau persaudaraan adalah satu jalinan yang menghubungkan antara satu umat Islam dengan umat Islam yang lain atau sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain. Ikatan yang disandarkan adalah bertunjangkan pada dasar Iman. Kasih-sayang kita pada teman, adalah kerana Allah swt. 

Seorang umat Islam dengan umat Islam yang lain adalah saudara....saudara sesama akidah, sesama Iman, sesama saudara bagi hamba pada yang Esa. Sakitnya saudara kita, sedih mereka, riang mereka, kesenangan dan kesusahan semua kita tanggung dan rasai bersama. 

Rasulullah SAW bersabda, 
"Sesiapa yang melapangkan seorang Muslim dari satu kesusahan dunia, nescaya Allah melapangkan untuknya dari satu kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhiratdan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang Muslim nescaya Allah kan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya"

 Walau jauh beribu batu jaraknya saudara kita berada, tapi dapat kita rasa dekat dengan mereka. Walau sudah lama kita tidak berjumpa, tapi tetap kita rasa rindu dengan dia. Kalau yang dekat pula?? Selalu lah menjenguk mereka, bertanya khabar, dan lemparkanlah senyuman pada mereka...:-))

Ukhwah islamiyyah perlulah kita semai dan jaga. Islam bersatu jika umatnya bersatu. Dan Islam juga boleh runtuh jika sikap umatnya berlaku sebaliknya. Biar kita berbeza luaran, berlainan warna kulit, rambut, dan sebagainya, tapi hati kita tetap SATU. Kita bersatu kerana saling menyayangi antara satu sama lain. Pupuklah sikap prihatin dan mengambil berat sesama kita, kerana manusia dicipta bukan untuk hidup keseorangan, tapi perlu menyambungkan silaturrahim dengan umat yang lain. Berkawan bukan sekadar kawan, tapi kita berkawan atas dasar Iman.



HEBATNYA 'HUBUNGAN' MEREKA!!!! 









Apapun, mereka adalah sekadar binatang sahaja. Hikmah disebaliknya, penulis tak berapa tahu. Tapi kita sebagai manusia yang dikurniakan aqal, tentu kita boleh fikir betapa besar hikmah disebalik ukhwah yang kita bina. 


...Pesana ringkas dari Penulis yang Tak Bertauliah....

Sebenarnya, tak sukalah tengok kita sesama Islam berbalah. Perkara kecil janganlah diperbesar-besarkan. Tak usahlah nak berkelahi dengan perkara remeh temeh, besar lagi tanggungjawab kita sesama umat Islam untuk sesama membawa message Islam kepada semua umat yang ada di bumi ini. Umat Islam perlu bersatu. Bersatu lah kita...BERSATU...buang jauh-jauh sikap suka mementingkan diri, buruk sangka, dengki mendengki, maki hamun, kedekut, sombong, dan lain-lain yang sekelompok dengannya, perkara-perkara macam tu tak memberi apa-apa faedah pun. Malah dibenci oleh Allah SWT lagi. Bagaimana kita nak berdakwah pada yang bukan Islam kalau kita sesama umat Islam masih lagi bertelagah?? Kembalilah pada ajaran Islam semula. Cubalah kita fahamkan apa yang telah ditegah oleh Allah SWT...Cubalah kita amalkan apa yang telah di sunnahkan...kerana itu semua BUKAN suatu yang SIA-SIA...Allah SWT amat menyukai mereka yang sentiasa melakukan kebajikan...

Moh sama-sama kita beristighfar....Astaghfirullah al-azim



No comments: