Saturday, December 17, 2011

Halaqah vs Ceramah Ustaz



Hari ini ana mendapat message dari sahabat ana. Di awal kata-katanya, nada agak sayu kedengaran. Dia sambung lagi, "wani, hari ini kita agak sedih lah. Macam nak nangis rasanya...". Ana jawab, "ya, kenapa. Ada masalah ker? Cuba cerita". 

Sebenarnya, sahabat ana nie nak mintak pendapat dari ana. Beliau rasa kebingungan, dalam dilema, kerana mahu menghadiri satu majlis ilmu di Bangi, tetapi clash dengan program Halaqah di UIA.  Majlis ilmu itu pula merupakan suatu majlis ilmu yang beliau nanti-nantikan sebelum ni. Jadi, bersemangat nak pergi menghadirinya. Sebaliknya, Halaqah ini pula merupakan Halaqah yang terakhir sebelum semua pelajar UIA menempuhi medan 'pertempuran', the battle of examination.

Jadi, ana tanya, "sudah diberitahu murobbi ke belom?". Dia jawab, "sudah, tapi jawapan yang diterima dari murobbi membuatkan dia lagi bertambah sedih...macam nak nangis". huhhh..... Dia sambung lagi, "suka dengan majlis ilmu itu, rasanya, penyampaiannya lagi terkesan di hati...". Lagi berputar kepala ana memikirkannya.....

Sebenarnya, apa yang nak cakap kat sini, sebagai seorang kawan, ana rasa ana perlu menolong sahabat yang dalam kesulitan. Tambah-tambah lagi dalam perkara yang membutuhkan keputusan yang segera. Tapi, bila difikirkan balik, siapa lah ana nie. Ilmu yang tak seberapa, sekerat pun tak sampai, dan cadangan yang telah diberikan kepadanya, ana tak tahu adakah ia benar atau tidak. Kerana ana khuatir, kalau cadangan ana itu membawa keburukan kepada dia dan kepada sesiapa saja. Ana bukan alim ulama', bukan pakar agama, bahkan jauh sekali yang mendapat wahyu dalam memberi keputusan. Ana adalah seorang hamba yang banyak khilaf dan dosa, sahabat bagi seorang sahabat yang lain yang amat memerlukan pendapat. Dan ana rasa perlu dibantu walaupun ana tahu pendapat yang diberikan mungkin tak masuk dek akal. Apapun, hanya itu yang mampu ana lakukan. Selebihnya, ana berserah pada Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui akan isi hati hamba-hambaNya. Dan Dia jugalah yang Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Jawab ana....."Kalau benar mahu pergi dengan alasan yang kuat, mahu cari ilmu dari ustaz itu, anti pegi lah. Mungkin anti rasa penerimaan ilmunya boleh melembutkan hati lagi...jika pergi Halaqah dengan hati tak rela, tentu ia akan mengganggu tumpuan time Halaqah nanti. Istighfar banyak-banyak. Moga-moga keputusan dibuat tidak mendatangkan apa-apa musibah kepada sesiapa..."......


Pada masa itu, keputusan dibuat atas dasar reason yang diberikan. "Penyampaian ustaz itu lagi terkesan di hati", itulah yang ana try ambil sebagai basis untuk keputusan yang jauh tidak seberapa baik. Bukan menidakkan kepentingan Halaqah, tapi sejauh mana penerimaan ilmu diterima dalam kedua-dua majlis ilmu itu....Again, ana sekadar membantu. Keputusan yang benar bukan di tangan ana, semuanya atas kuasa Allah SWT.


Wallahu'alam....

No comments: