"Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana pintu syurga, yang ia kehendaki" ...(Riwayat dari Ahmad Ibn Hibban,Thabarani dan Anas bin Malik)
Sunday, June 19, 2011
Seminar IKRAM di Masjid Wilayah Persekutuan KL
Assalamualaikum wbt buat sekalian pembaca yg dirahmati Allah SWT.....
Buat para pembaca budiman semua, insyaAllah, hari ini saya akan cuba merumuskan serba sedikit tentang seminar, anjuran Wanita IKRAM yang saya sertai pada 18/6/2011, bersamaan 16 Rejab 1432 Hijrah, di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, KL...hemm...bukan saya sorang jer, bertemankan 4 orang lagi sahabat, Ukhti Roqiyyah, Ukhti Umi Kalthum, Ukhti Iznie dan Ukhti Asma...beruntung dapat bersama dengan mereka semua...
Dengan barisan panel yang cukup-cukup hebat lagi mantap, dimulakan dengan Ustaz Hasanuddin (AqsaSyarif), Datin Paduka Hjh. Che Asmah (Pengrah Jabatan Alam Sekitar / Timb. Wanita Ikram), dan Ustazah Ir. Endok Sempo (jurutera perunding dlm electrical firm / WIRDA)... Panel-panel yang hebat, dan tidak kurang hebat juga topik pada hari seminar itu, "Ibu, Kaulah Inspirasiku, Syurgaku Di Bawah Telapak Kakimu"....
InsyaAllah, saya akan usahakan untuk attach kan lagu dari Munif Ahmad, Bidadari...lagu sesuai ditujukan kepada para isteri dari seorang suami....(REMINDER)....
Merangkumi 3 round, 2 sesi penyampaian, 1 sesi Q&A...
Ustaz Hasanuddin memulakan dengan kisah al-Qomah, yang mendahulukan isterinya lebih daripada ibunya, akhirnya hampir-hampir menghembuskan nafas dlm su'ul khotimah sehingga sukar untuk melafazkan kalimah Lailahailallah....tapi dengan usaha dari Nabi Muhammad SAW bertanya pada ibunya tentang keadaan anknya itu, akhirnya dapatlah beliau pergi dengan tenangnya...begitulah, IBU hendaklah diletakkan pada tahap yang tinggi dan besar dlm kehidupan kita...
Secara ringkasnya, apabila ditanya tentang faktor ibu bekerja kepada masalah sosial anak2, Datin Paduka menyatakan, wanita/ibu tidak salah untuk bekerja, tp perlulah diperhatikan jenis-jenis pekerjaan yg hendak dilakukannya...ada 3 perkara disini:-
1) pastikan kerja itu yang halal
2) kerja yang dipilih tidak menjejaskan hubungan kekeluargaan
3) jaga maruah diri dan suami
"kalau ibu boleh mentadbir keluarga dengan baik, maka InsyaAllah kerja-kerja di pejabat juga akan bertambah baik dan produktif".
Seterusnya.... saya panggil Ir. jela yer....Ir. menambah dengan beberapa report polis tentang kes penderhakaan ibu dalam keluarga...terjadinya kes-kes sebegini antaranya disebabkan oleh masalah hubungan Hablul minAllah, hablum minannas (hubungan dengan Allah, dan hubungan dengan manusia)....konsep Islam dlm keluarga very longgar, bahkan kebahagiaan seorang anak bergantung kepada keredhaan ibu bapa...bahkan juga keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa...diambil satu kisah terdahulu, dimana terdapat seorang anak perempuan, si anak tinggal di tingkat atas bangunan, dimana bapanya tinggal dibawah tingkatnya, tapi apabila si ayah ini sakit, si anak ini tidak dapat menziarahi ayahnya, disebabkan ketidak perolehan keizinan daripada suaminya,...sehinggalah si ayah ini meninggal, tetap tidak dapat ziarah dan menghantar jenazahnya, kerana ketidak perolehan keizinan dari suaminya...tapi alhamdulillah, jenazah si ayah ini dapat dilaksanakan dengan selamat, bahkan si ayah ini beruntung kerana telah mempunyai seorang anak yang taat pada perintah suaminya....
Pusingan seterusnya disambung lagi dengan soalan, bagaimana hendak berhadapan dengan suami yang kurang / tiada mendapat tarbiyah...baiklah, Ustaz Hasanuddin mengatakan, si isteri perlulah menggunakan kebijaksanaan untuk "memenangi" hati si suami ini...apabila si isteri telah mendapt tarbiyah, maka si isteri lah yg perlu kehadapan. Dalam erti kata lain, isteri perlulah menggunakan skill berbual/ berkata-kata, memujuk, seni membelai dan seni-seni lain untuk berinteraksi dengan suami. Jangan merungut dan merrendah-rendahkan suami jika dia kurang dlm bab ilmu agama dan kekeluargaan....sentiasa bersedia mengambil peranan suami jika suami tidak mampu untuk melaksanakan tugas dengan sebaiknya...bukan mengambil alih tugas dan tanggungjawab suami, tapi sekadar menjadi penolong dan plg penting menjadi kekuatan disebalik usaha dan keriat suami...
Sekarang ini, OSCC telah terdapat di hospital-hospital...ape tue??/saya pun br tahu....One Stop Crisis Centre... merupakan 1 unit, diletakkan di bwah Department of Emergency, khas tok wanita-wanita yg teraniaya, dirogol, dizalimi dn seumpamanya...so, lepas nie, boleh lah kita sama-sama rujuk masalah-masalah cm nie disana yer...
(banyak missing information, coz time ini, waktu dh nk kul 1.00 tgh ari, kepala gak pening skt + perut yg bergelodak meminta untuk diisi + sakit2 pinggang akibat 'mempertahankan' posisi kedudukan badan sepnjg seminar, so, fikiran pun byk ketepi, ketengah, ketas dan kebawah....hehehe)
Maka, kesimpulannya, untuk menjadi Ibu yang disegani seperti Ibu-Ibu para nabi terdahulu, yang telah melahirkan anak-anak yang unggul, maka, kena ada konsep seperti berikut...
1) H.A.T.I
H = Hormat pada anak
A = Ambil berat minat anak-anak, mahupun suami
T = Tunjukkan tindakan, jangan hanya mengarah pada anak-anak
I = Ikhlas....
2) - Gunakan kebijaksanaan untuk mendidik anak-anak
- jelaskan akan matlamat kerja
- letakkan di mana priority nyer _ perlu peka dengan keadaan sekeliling
- ibu bapa andalah contoh terbaik buat anak-anak
3) IBU - is very powerful in keluarga
- sentiasa sebut nama anak-anak dan suamu dalam doa
- be closed dengan anak-anak - sentiasa bercerita dengan mereka dan selami isi hati mereka
Buat pengetahuan kalian semua, seminar itu kami sempat hadiri pada sesi kedua sahaja, sesi pertama pd sebelah pagi terlepas....so, setakat ini sajelah yg dapat saya simpulkan untuk manfaat kita bersama...tak banyak, tapi saya cuba sampaikan apa yang saya dapat...moga-moga mendapat keberkatan dari Allah SWT...bagi Ukhti-ukhti lain yang dtg pada ari tue, nk tambah, silakan tambah yer....jazakumullah khairan kathirah......
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment