Wednesday, March 20, 2013

Nak berubah semudah terbalikkan telapak tangan?

Alhamdulillah, setinggi-tinggi pujian disandarkan pada Allah swt kerana masih lagi diberi kesempatan untuk melentur jeri-jemari yang semakin mengeras untuk terus menaip butang kekunci laptop ini.  

Ehmm...ok. Apa yer yang nak dicakapkan nie... Oh ok, aku mulakan dengan alhamdulillah dulu lah...

Alhamdulillah lagi sekali, tarbiyah banyak mengajarku supaya terus melakukan pembaikan dalam diri ini walaupun aku sedar diri ini banyak lagi khilaf dan dosa. Yela, manusia mana yang sempurna. Tarbiyah juga mengajarku untuk mengerti jalan dan hala tuju sebenar kehidupan ini. Tiada daya dan kemampuan, melainkan mengharap pada ya Rabb, selaku Tuhan yang membolak-balikkan hati ini, agar diberikan istiqomah dalam medan tarbiyah dan dakwah ini. Semoga kalian juga yang jauh terkehadapan dari ku dalam medan pentarbiyahan ini juga semakin berani mara kehadapan menyebarkan agamaNya dengan penuh kesetiaan. Dan doakan juga bagi kita yang baru nak berubah atau belum mahu berubah, agar terus diberi taufiq dan hidayah untuk berubah ke arah kebaikan dan kembali ke pangkaaaaallll jalan.....

Mengimbau kembali kenangan-kenangan bersama ikhwah akhawat selama mana aku mendapat pentarbiyahan, banyak perubahan yang boleh aku lihat dan dengar tentang insan-insan disekelilingku yang aku lihat mereka semakin jauh, semakin jauh dan jauh meninggalkan zaman jahiliah mereka dahulu. Sahabat-sahabatku yang suatu ketika dahulu aku kenal, kini mereka sudah jauh berubah. Bahkan sejujurnya, mahu aku katakan mereka jauh lebih baik dari ku, bahkan merasakan diri ini jauh lebih hina jika dibandingkan dengan mereka semua.

Pernah suatu ketika dahulu, aku mengatakan dalam grup halaqahku, bahawa kita mampu melakukan perubahan ke arah kebaikan dengan melakukannya perlahan-lahan. Kerana tika itu aku mengerti bahawa diri yang ingin berubah, tidak semudah seperti terbalikkan telapak tangan kita. Perlu sedikit demi sedikit untuk melakukan perubahan, seperti mana diri ini mulanya merangkak-rangkak dalam memperbaiki kesilapan dan kelemahan. Ehmm....

Namun kakak murabbiku berpendapat, kita sebenarnya boleh berubah..... dengan semudah terbalikkan telapak tangan kita. Tak percaya? Beliau mengambil beberapa contoh / figure yang mereka mampu berubah ke arah kebaikan seperti itu dengan menyebut beberapa nama yang aku kenal dalam medan dakwah dan tarbiyah ni....

Katanya lagi, begitu juga dengan kisah Saidina Umar al-Khattab, yang mendapat hidayah Allah melalui bacaan al-Quran adiknya. Begitu juga pejuang Islam yang diberi gelaran pedang Allah, Khalid bin al-Walid. Kalau nak ikutkan kisah-kisah mereka, sebelum memeluk Islam, merekalah antara orang yang kuat menentang Islam dan dakwah Rasulullah saw. Tapi lihat aja bagaimana Allah hadirkan hidayahNya yang cukup mahal dan tak ternilai itu kepada siapa yang diinginiNya dan kepada siapa yang sentiasa mahu menginginkannya.

Tersemat difikiranku, beberapa kenalanku yang aku kagum dan gembira dengan perubahan mereka. [1] Pernah pada suatu program, aku disapa seorang ukhti yang berpurdah. Menutup hampir keseluruhan mukanya, sehingga menampakkan 2 biji matanya sahaja. Aku gamat sekejap. Terkejut disapa dengan tiba-tiba. Lantas aku bertanya siapakah gerangan orangnya, yela namanya... Dia cuba beberapa kali memberitahu bahawa dia adalah kawan ku yang amat aku kenali. Otakku ligat berputar mengingatkan siapakah kawanku yang aku amat kenali.. Melihat muka ku yang semakin berkerut dan macam nak kena tunggu sampai esok je baru dapat jawapannya, maka dia terus bagi tahu namanya...... [2] Pernah juga aku disapa seorang ukhti ketika aku mahu menuju ke cafe mahallah. Dia menegur ku, tapi aku tercengang-cengang, sebab dia juga berpurdah.... [3] Begitu juga beberapa kenalanku yang semakin ramai bertudung labuh dan semakin 'berani' berpakaian menutup aurat dengan sempurna... [4] Ketika aku menyertai satu mukhayyam (perkhemahan) di luar campus, aku terserempak dengan seorang akh. Aku cukup-cukup mengenalinya, ketika itu aku dengan dia mengharungi badai perjuangan di medan PLKN. eh? Yer, benar.  

Ya Allah, sungguh aku amat tak sangka, bagaimana mereka boleh berubah sejauh itu, sedangkan aku fikir mereka bukanlah orang yang macam tue sebelum ni, tapi macam mana mereka boleh berubah sebegitu rupa. Sedangkan aku pun belum sampai nak menutup muka sepertinya. Sungguh, mereka sangat berbeza dan mereka antara golongan yang mendapat petunjuk dari Allah swt.....


[termenung seketika di atas katil] Senyum aku melihat perubahan mereka semua. Semoga Allah terus membuka pintu hidayah dan rahmatNya buat kita semua.

Ayuh berubah, dengan cara semudah terbalikkan telapak tangan kita.....!!!!





No comments: