Wednesday, March 20, 2013

Bagaimana Saya Join Tarbiyah

Mahu menceritakan tentang bagaimana bermulanya perjalanan tarbiyahku, ketika itu aku berada di Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa, di Petaling Jaya. Tapi sekarang ni ia dikenali sebagai Centre for Foundation Studies of IIUM. Ketika itu aku baru di tahun pertama semester ke-2 . Hingus-hingusan lagi time tu. Disebabkan time tu aku hingus-hingusan lagi, maka aku berhajat mencari sesuatu yang membuatkan aku tak berhingus lagi... hahak, senang cite nak cari pengisian rohani lah.. Mungkin time tue rasa diri kosong, maka mahu mencari sesuatu yang boleh mengisinya. Maka teringat waktu tu.......


Suatu pagi yang cukup indah, matahari pun mula memacakkan cahayanya di atas kepalaku, aku pun bergerak keluar dari bilik mahu ke kelas. Ingat lagi ketika itu aku ada kelas Ekonomik bersama Bro Hisyam. Orangnya berbadan besar, tinggi dan berisi... Dia tak kahwin lagi time tue, tamat kelas dengan dia pada semester tue, baru dia kahwin. Beliau pernah tunjukkan gambar wife nya, nampak happy jer, nak kata sepadan tapi macam ada yang tak sepadan (biasalah time tue mulut ni belum terfikir lagi nak buat insurance)... tapi tak pelah, dah jodoh tue Allah yang tentukan. Alhamdulillah, beliau dikurniakan seorang isteri yang kecik comey, dan tak lama tue, mereka dikurniakan seorang anak... hebatkan... 

Macam biasa lah, ketika berjalan menuju ke kelas, mata ku suka memandang melilau ke sana ke mari... Ahak, bukan memandang yang tak sepatutnya yer... Mata ni suka melihat nota-nota kecil, poster-poster yang ditampal di papan-papan putih yang terletak di cafe, di mahallah, di mana-mana saja lah... Nak ambik tahu cerita terkini dan apa program-program best. Kadang-kadang tengah berjalan boleh brek mengejut gara-gara nak baca. 

Ok, sampai kelas. Habis belajar, aku pun balik. On the way nak balik, mata aku terpaku pada satu nota kecil yang ditampal di board yang ada dekat dengan kelas ku. Ingat lagi, kecik jer, tak besar pun, lebih kurang kertas saiz A4 yang dikerat dua. Lebih kurang cam nie lah bunyi nyer....

     " Jemputan ke kuliyah agama mingguan. Di sampaikan oleh Ustaz Emran, bertempat......
       (tak ingat)"

Aku pun, wah!!! menarik nie... macam best jer, nak gi lah. (padahal tak bagi tahu pun ada selebriti ke ape ker, tetiba rasa best je. Program pun macam tak gempak jer, tapi disebabkan dengar nama kuliyah agama terus jadi best).... 

Sepanjang balik ke bilik, aku masih lagi berfikir tentang kuliyah agama tue. Bukan apa, nak ajak sape lah nanti nie.. 

Puas fikir, aku pun try la ajak beberapa orang kawan rapatku.. Akhirnya yang menemaniku hanya seorang jer. Ok la tue, janji ada geng.... Ok, set date, time, then gerak sama-sama pergi kuliyah tue..

Seronoknya bukan kepalang lagi... Sampai je di tempat kuliyah, aku terkedu banyak. Ramainya student-student perempuan yang bertudung labuh, berjubah, molek-molek sungguh... wajah mereka cukup bercahaya... Tengok student lelaki pulak, yang berkopiah putih, berbaju melayu dan ade yang bert-shirt... MasyaAllah, aku rasa macam berada di suatu tempat aku tak pernah jumpa sebelum nie. Lagi aku berasa segan, mereka pergi dengan membawa al-Quran... aduhh... Aku bayangkan mereka semua ni adalah budak-budak dari course Quran Sunnah, Bahasa Arab, budak-budak course agama ar....

Ketika mendengar kuliyah yang disampaikan, ada sekeping kertas diedarkan dari seorang ke seorang. Lelaki kertas lain, perempuan kertas lain. Kertas apa tue? Kertas attendance/kehadiran yang datang ke kuliyah tue. Lagi sekali aku terkejut gajah. Sangkaan aku meleset. Rupanya yang datang tue boleh dikatakan semuanya dari kulliyyah sains. Maknanya, mereka nie kebanyakkannya daripada course medic, nursing, pharmacy, human science, engineering... dan beberapa dari course agama.. Subhanallah, kagumnya aku dengan mereka semua. Aku tahu, bukan mudah seorang budak sains boleh pergi ke majlis-majlis ilmu macam tue memandangkan mereka nie perlu memerah otak yang lebih dan selalunya memerap kat bilik. Dek kerana itu mereka selalu dipanggil budak skema.. Dannn, aku dan kawanku terselit lah nama di bawah kulliyyah architecture. 

Selang beberapa hari kemudian, aku mendapat satu message. SMS dari seorang yang memanggilnya kakak, katanya mahu berjumpa dengan aku. Sudah, kakak mana plak nie... Setahu aku aku tak ada kenalan lagi yang bergelar kakak. Lagi sekali aku berfikir. Tetiba aku teringat pasal kuliyah agama tempoh hari... Kerana di kertas attendance tue, ada diminta no telefon. Oh yea, benar sangkaan ku.. 

Pertemuan diatur, aku pun berjumpa dengan kakak SMS itu....................



Begitulah serba sedikit dan sebanyak perihal hidupku bagaimana aku bermula dengan tarbiyah ini. Sungguh, aku masih ingat waktu dan ketika itu. Pertemuan yang pertama kali, pertemuan dengan penuh kasih sayang, dan alhamdulillah, aku masih lagi disini. Syukur kepada Allah swt kerana mengekalkan ku atas jalan ini walaupun pelbagai dugaan harus ditempuhi sepanjang perjalananku untuk istiqomah.

Bersyukur, jatuh bangkitku, ada yang sudi menghulurkan bantuan, memberi  kata-kata semangat, menghulurkan belaian kasih-sayang, dimana itu semua sukar ku cari ganti dan tiada noktahnya. Kerana hati-hati ini telah diikiat dengan keimanan. Merekalah banyak bersama-sama denganku....

Buat kesemua murabbi-murabbiku, aku susun aturkan nama-namamu di sini, sebagai tanda penghargaanku buat kalian semua yang banyak membantuku dalam medan dakwah dan tarbiyah ni. Sehinggakan aku rasa kalau dicampakkan kemana pun, aku sesekali tidak akan meninggalkan medan tarbiyah yang telah kita semai bersama-sama... Aku ingat, insan pertama yang membawaku ke usrah ialah Kak Najihah. Selepas itu....

- Kak Iman dan Kak Sarimah

Ketika di UIA Gombak, aku di tarbiyah oleh:

-  Kak Iman
-  Kak Hana
-  Kak Aisyah
-  Kak Adawiyyah
-  Kak Rokiah
-  Kak Laili

serta beberapa akhawat/kakak-kakak lain yang secara langsung dan tidak langsung dalam mentarbiyah diriku...Juga tidak adillah jika aku tidak menzahirkan rasa penghargaanku kepada 2 orang insan yang banyak berjasa dan berkorban dalam medan dakwah dan tarbiyah ini, yakni kepada Ustaz Emran dan isteri ustaz, Dr. Azizah, yang kami lebih mesra memanggil beliau makcik Zah.

Jazakumullahukhairan katsira buat kalian semua.







Ini hanya perkongsian yang tak seberapa, kerna ku tahu ada lagi cerita menarik yang kalian boleh kongsikan di sini tentang bagaimana kalian mendapat tarbiyah. Aku juga berharap agar sedikit sebanyak cerita yang dikongsikan ini dapat memutikkan rasa hati dalam hati kita untuk mencari tarbiyah. InsyaAllah dan yakinlah, selagi mana kita mahu sentiasa pergi keluar mencari ilmu, Allah akan permudahkan jalannya ke syurga. Kerana ilmu itu adalah agama bagi kita, seperti yang disabdakan oleh Rasulullah saw; 

"Sesiapa yang Allah mahu memberikan kebaikan kepadanya, nescaya Allah memberi dia kefahaman yang baik tentang agama" 


" Ya Allah, Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini telah berkumpul kerana mengsihiMu, bertemu untuk mematuhi perintahMu, bersatu memikul beban dakwahMu, hati-hati ini telah mengikat janji setia untuk mendaulat dan menyokong syariatMu, maka eratkanlah ya Allah akan ikatannya. Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini akan jalannya yang sebenar. Penuhkan hati-hati ini dengan cahaya RabbaniMu yang tidak kunjung malap. Lapangkanlah hati-hati ini dengan limpahan iman dan keindahan tawakal kepadaMu. Hidup suburkan hati-hati ini dengan makrifatMu. Jika Engkau mentakdirkan kami mati, matikanlah pemilik hati-hati ini sebagai para syuhada dalam perjuangan agamaMu. Engkaulah sebaik-baik sandaran dan sebaik-baik penolong " - doa Robitah, As-Syahid Hassan Al-Banna






At-Tarbiyah wa Takwin Thoriquna Litamkin
(Tarbiyah dan Pembentukan, Jalan Kami kepada Kesempurnaan)


1 comment:

Sollehudin Sapari said...

smoga terus sukses di dalam tarbiyah..