Thursday, March 14, 2013

Baru saya tahu, al-kisahnya........

Alhamdulillah, berkat masa lapang yang ada sepanjang berada di rumah, sempatlah tiap-tiap pagi buka radio dengar IKIM.fm. Di awal pagi, sampai tengah hari, masuk ke petang, sempat mendengar cerita-cerita motivasi, kisah-kisah anbia', tafsir Quran.. Dan, saya suka mendengar kisah motivasi yang disampaikan oleh Prof. Dr. Muhaya. Kata-katanya cukup hebat, penuh semangat dan berintonasi lembut..


Saya teringat akan suatu perkara.  Beliau pernah berkata, ibu yang mengandung, awasi tingkah laku, sikap, perbuatan mahupun kata-kata yang diucapkan. Hal ini kerana, tatkala ibu mengandung, segala sikap dan perbuatan kita boleh mempengaruhi  perkembangan bayi dalam kandungan. Bayi boleh mendapat kesan dengan apa jua perbuatan yang dilakukan dari sang ibu yang mengandung. Beliau berpesan, janganlah ibu-ibu yang mengandung berkata tidak baik, mengumpat, berpakaian yang tidak menutup aurat, kerana hasilnya nanti, anak-anak juga bakal mewarisi apa yang kita lakukan semasa kita mengandung dahulu.



UAI - Pantang larang ketika mengandung


MasyaAllah, semuanya terjadi atas ketentuan takdir Allah swt dan kita lah yang perlu berusaha, mahu sesuatu perkara itu baik atau sebaliknya. Maka, pada hemat saya, kita perlu perbanyakkan mengaji, berzikir, menghadiri majlis-majlis ilmu, sibukkan diri dengan perkara-perkara yang baik-baik, agar masa ibu-ibu mengandung tidak terbuang dengan menonton cerita-cerita yang melalaikan dan tidak terlalu memikirkan perkara-perkara yang tak berfaedah. Bukan tak boleh tengok TV langsung, tapi pilihlah channel yang sesuai. Semoga kita juga tidak asyik memikirkan kesan-kesan sampingan atas larangan-larangan yang diperturunkan/diwarisi sehingga boleh menjejaskan ibadah kita dan kerja-kerja harian kita yang lain. InsyaAllah, kita perlu perbanyakkan doa agar zuriat yang dilahirkan, baik sifat dan akhlaknya...



.....Suatu hari, pada waktu tengah hari, ketika berada di dapur.....

Saya bertanya pada emak, benarkah bagi orang yang mengandung, mereka mudah mendapat kenan? Betul ke eja dia pun saya tak tahu... Yela, kenan nie orang cakap kalau kita tengok sesuatu, cakap sesuatu, selalunya anak yang dilahirkan nanti akan mengikut...

Mak jawab, "tak pasti lah... Tapi masa mengandungkan adik dulu, mak suka tengok cerita Hindustan, suka tengok Aishwarya Rai. Mak suka tengok mata dia yang cantik, bulat." Ehmm... Tue sebab masa kecik-kecik adik selalu orang puji dia, suka tengok mata dia yang cantik dan bulat... (oh yeke)...

Lepas tu, saya tanya lagi pada emak, masa mengandungkan saya dulu pula, emak suka apa lak..?

Mak jawab, "masa mengandungkan ko dulu, mak suka tengok cerita wrestling..." 


Ah!!!! Wrestling...... 

Ada ke patut... Ehmm...tapi jangan terkejut ler kalau saya masa kecik-kecik dulu, ketika awal-awal remaja suka tengok cerita tue.. Suka tengok bersama-sama dengan arwah nenek... kan dah kenan....!



-al-kisahnya-



(Saya suka juga tengok Discovery Channel, cerita zombi, action movies, macam mana tu)... hemm... tengok berita Al-Hijrah jelah...


Waallahu'alam....












2 comments:

phoenix said...

takpe dik.. biar suka tengok.. jangan tetibe jadi ahli gusti sudah... hehe.

p/s: syoknya dapat dok umah lama-lama..

shazwani.mansor said...

hahaha...dah nak jadi wakil gusti dh time dulu, tapi batalkan hajat jer...xamampu nk bergusti dgn manusia, gusti dgn hawa nafsu pun masih lemah lagi...hehehe..

[....] bile nk hiking lagi??