Monday, February 7, 2011

Ikhwanul Muslimin vs AS




Kabar berita tentang penerbangan membawa pelajar2 Malaysia yang berada di Mesir telah berjaya. Dan perkhabaran yang dibaca, pelajar2 akan selesai di bawa pulang ke Malaysia akan berakhir sepenuhnya pada hujung minggu ini....Alhamdulillah, berkat kesungguhan dan kecekapan kerajaan Malaysia membawa pulang rakyat Malaysia yang hampir 11 ribu orang dari Mesir dan Arab ini, teleh membuka mata hati rakyat seluruh Malaysia amnya tentang usaha murni & belas ehsan kerajaan kita....bahkan kerajaan sedang merencana tentang peperiksaan yang boleh mereka ambil di Malaysia akibat pergolakan yang melanda di bumi Mesir itu...

Walau apapun, Mesir masih lagi bergolak.... saya ada terbaca sebuah rencana yang ditulis oleh seorang pengarang dari sebuah akhbar, Mustafa Kamal basri dan ingin dikongsi serba sedikit tentang tulisan nya itu...tajuk rencana nya, Ikhwan Muslimin bijak atau AS yang ketakutan....

AMERIKA Syarikat (AS) nampaknya bersungguh-sungguh menjalankan ‘kempen’ mahu melihat berlaku peralihan kuasa tersusun dan segera di Mesir, setelah berlaku kebangkitan besar-besaran rakyat negara itu bagi mendesak Presiden Hosni Mubarak meletak jawatan.

Bukan sahaja Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton bersuara lantang melahirkan kebimbangan dengan situasi di negara itu sekarang, malahan Presiden AS, Barack Obama tidak henti-henti mengeluarkan kenyataan demi kenyataan menyuarakan kebimbangannya terhadap perkembangan yang sedang berlaku di Mesir.
Tidak cukup mengeluarkan kenyataan, Obama turut menghubungi Mubarak melalui telefon bagi melahirkan kebimbangannya melihat situasi di Mesir kini.

Jika pada mula berlaku tunjuk perasaan, nada kenyataan Obama lebih kepada menasihati Mubarak supaya melakukan pembaharuan, tetapi setelah keadaan semakin meruncing, Obama menukar dasarnya mahu melihat Mubarak berundur segera bagi membolehkan satu kerajaan peralihan dibentuk segera dan diketuai Naib Presiden, Omar Suleiman.

Bukan setakat itu sahaja, Obama menghubungi pemimpin-pemimpin Barat bagi meningkatkan tekanan mendesak Mubarak berundur segera, termasuk menggunakan Persidangan Keselamatan ke-47 yang sedang berlangsung di Munich, Jerman untuk mempengaruhi sekutu-sekutunya agar mengenakan tekanan ke atas Mubarak.

Sehingga pada satu peringkat, kebimbangan Obama terhadap situasi di Mesir dilihat terlalu berlebihan daripada rakyat Mesir sendiri, yang bangkit memberontak bagi mendesak Mubarak berundur.

Ada dua sebab mengapa AS begitu memberi perhatian besar kepada perkembangan terkini di Mesir itu dan beria-ia mahu melihat peralihan kuasa berjalan segera seperti yang dikehendakinya.

Pertama, AS mahu Mesir terus dilihat sebagai kuasa besar yang mempunyai pengaruh di rantau itu. Keduanya, AS bimbang kekosongan politik di negara itu selepas pengunduran Mubarak akan diisi oleh parti pembangkang utama, Ikhwan Muslimin.

AS begitu bimbang Mesir akan bertukar menjadi negara Islam dan akan mengugat keselamatan Israel. AS tidak rela melihat rakan karibnya, Israel diapit oleh dua negara Islam yang boleh mencorakkan rantau itu sekali gus mengugat keselamatan Israel.


Bagi AS, kewujudan Iran sebagai negara Islam di timur rantau itu sudah cukup menjadi ancaman, bukan sahaja kepada pengaruhnya di rantau itu, tetapi juga kepada Israel. AS tidak bersedia melihat satu lagi negara Islam muncul di sebelah barat rantau tersebut.

Ikhwan yang mempunyai gerakan yang tersusun dan merupakan pembangkang utama di Mesir pula lebih bijak, awal-awal lagi menyatakan bahawa parti itu tidak berminat untuk memegang jawatan presiden. Kebangkitan rakyat Mesir memberontak menentang Mubarak, sudah cukup dianggap sebagai kemenangan besar bagi gerakan itu yang diasaskan oleh Hassan Al-Banna pada 1928.

AS tahu, Ikhwan Muslimin bukan rangkaian pengganas seperti al-Qaeda kerana pendekatan perjuangan Ikhwan Muslimin tidak sama dengan al-Qeada. Namun, AS tetap mengaitkan Ikhwan Muslimin dengan al-Qaeda dan menganggap parti itu sebagai kumpulan pengganas kerana Ikhwan Muslimin pernah menyalurkan sumbangan kepada al-Qaeda sebagai simpati.

Bagi Ikhwan Muslimin, kebangkitan rakyat Mesir tanpa mengira agama, latar belakang dan parti politik sudah cukup memadai untuk memaksa Mubarak berundur dan kerajaan melakukan perubahan politik termasuk membuat pindaan Perlembagaan yang menyeluruh.

Kebangkitan rakyat Mesir itu juga mendorong Mubarak mengiktiraf Ikhwan Muslimin, yang secara rasminya masih diharamkan di Mesir tetapi dibenarkan aktif dan mempunyai rangkaian bantuan masyarakat yang sangat luas di negara itu.

Ini dapat dilihat apabila Naib Presiden Mesir yang baru dilantik Mubarak, Omar Suleiman bersetuju mengadakan rundingan dengan gerakan itu ke arah membawa perubahan dan reformasi menyeluruh yang diinginkan rakyat.

Apa yang akan terjadi selepas ini di Mesir? kita sama2 saksikan lah. Rakyat Mesir sudah tidak tahan lagi dengan sistem pemerintahan presiden nya yang autocracy, mementingkan hak diri sendiri dan mengabaikan hak sebenar rakyatnya...semoga pengakhiran kelak adalah satu keputusan yang baik. Sama2 lah kita berdoa, agar bumi yang kaya dengan tamadun ilmu Islam nya tidak akan hancur ditelan kekejaman dan kuasa pemimpin zalim...

 Hassan al-Banna meneguhkan kepentingan mengikat diri dan para sasaran dakwah dengan usaha tarbiyah  dan mujahadah. Beliau berkata: “Perjuangan kita adalah perjuangan tarbiyah”. Dan katanya lagi “Usaha dengan diri (membaiki diri) adalah kewajiban utama dan pertama kita. Maka berusahalah bersungguh-sungguh untuk itu”.

Beliau juga amat perihatin dengan tarbiyah yang berperanan sebagai kilang rijal. Beliau berkata dalam perkara ini: “Bersedialah dan hadapilah dengan tarbiyah yang sahih, ujian yang mendalam dan nilaikanlah ia dengan amal. Amal yang kuat, dibenci dan susah kepada jiwa, maka putuskan hubungan jiwa ini dengan syawat dan kebiasaannya (yang melalaikan)” ~ Risalah Muktamar ke 5.




 

No comments: