Tuesday, February 8, 2011

Episod 169 : Mesir, Amru Al As Pernah Berkata..


Hari ini, perkara yang berlaku di Mesir adalah benar apa yang dikatakan oleh si pembebas Mesir itu. Mengingatkan situasi yang bergolak di Mesir, ana benar-benar terharu mengulangi kata-kata sahabat nabi ini.
Beliaulah Amru bin Al-As, si pembebas Mesir dari jajahan Rom.
Ini kata-katanya kepada pemuka-pemuka golongan Nasrani dan Pendeta-pendeta besar di Mesir;
“Sesungguhnya Allah s.w.t telah mengutus Muhammad s.a.w membawa kebenaran dan untuk menyampaikan kebenaran itu. Dan sesungguhnya Baginda s.a.w  telah menunaikan tugas risalahnya kemudian berpulang setelah meninggalkan kami di jalan lurus terang benderang.
Di antara perintah-perintah yang disampaikan kepada kami adalah memberikan kemudahan bagi manusia. Maka kami menyeru kalian kepada Islam.
Barangsiapa yang memenuhi seruan kami, maka ia termasuk golongan kami, mendapat hak sepertimana hak-hak kami dan memikul kewajipan sepertimana kewajipan-kewajipan kami..
Dan barangsiapa yang tidak memenuhi seruan kami itu, kami tawarkan membayar pajak, dan kami berikan kepadanya keamanan serta perlindungan. Dan sesunggunya Nabi s.a.w kami telah memberitakan bahawa Mesir akan menjadi tanggungjawab kami untuk membebaskanna dari penjajah, dan diwasiatkan kepada kami agar berlaku baik terhadap penduduknya
Sabdanya
“Sepeninggalanku nanti, Mesir adalah menjadi kewajipan kalian untuk membebaskannya, maka perlakukanlah penduduknya dengan baik, kerana mereka masih mempunyai ikatan dan hubungan kekeluargaan dengan kita!”
Maka jika kalian memenuhi seruan kami ini, hubungan kita semakin kuat dan bertambah rapat!”
‘Amr bin ‘Ash r.a menyudahi ucapannya.
dan sebahagian Pendeta mengatakan;
“Sesungguhnya hubungan silaturrahim yang diwasiatkan Nabimu itu adalah satu pendekatan dengan pandangan jauh, yang tak mungkin disuruh menghubungkan kecuali oleh Nabi..!”
Revolusi yang berlaku di Mesir hari ini disertai oleh rakyat biasa, syeikh-syeikh, peguam, ketua-ketua kristian koptik, malah ada Polis yang cabut bajunya dan sertai demonstrasi itu.
Apa yang dituntut adalah apa yang telah tercatat oleh sejarah, dan Hadis.
Pergilah kau Hosni Mubarak!

No comments: