Friday, March 16, 2012

JAGA-JAGA LIDAH

Bismillahirrohmannirrohim


LIDAH....adalah penterjemah, menterjemah atau menyalin apa yang terguris di hati. Terjemahannya adalah bukti kebaikan atau keburukannya. Orang tidak mengetahui isi hati atau apa yang tersimpan di dalam hati, kalau tidak kerana lidah. Kerana ini, didapati pengajaran mengenai lidah, iaitu "Dalam Berkata, Peliharalah Lidah...Dalam Berjalan, Peliharalah Kaki". Jadi, berdiam diri itu lebih baik daripada berkata-kata yang tidak berfaedah...

wallahulam...

Tuesday, March 6, 2012

Belajarlah dari "itu"....

Bismaillahirrohmanirrohim...


Belajarlah daripada al-Quran dan Sunnah,
Jika itu jaminan laluan ke syurga...

Belajarlah daripada kisah Nabi,
Jika itu yang harus kita contohi..


Belajarlah daripada kepandaian mereka,
Jika kita kurang ilmu di dada...

Belajarlah daripada kesilapan,
Jika mahukan pembaikan...

Belajarlah daripada senyuman,
Jika mahukan jiwa yang lapang...

Belajarlah erti kehidupan,
Jika mahu menjadi manusia yang berguna...

....Dan banyak lagi yang perlu kita Belajar....


*Berpesan pada diri sendiri, agar terus Belajar, sampai ke liang lahad...* Belajarlah dan terus belajar.....

Thursday, February 23, 2012

Seronok Jugak Jadi Pemandu Pelancong

Bismillahirrohmanirrohim






Sebagai manusia biasa yang mempunyai keterbatasan ilmunya, kita sering kali tidak dapat menjangka apa yang bakal terjadi pada kita pada hari tersebut..cuma doa dipanjatkan pada Ilahi agar senantiasa berada dalam perlindunganNya dan rahmatNya.

Suatu pagi, 18 Feb 2012, 
Dalam perjalanan pulang ke Melaka, ana menjadi pemandu pelancong sekejap. Again, tak terlintas pun apa yang akan terjadi.. Semua ketentuan Tuhan..


Senario Pertama
Sedang menunggu train di stesen Masjid Jamek, tiba-tiba terdengar seseorang (lelaki mat saleh) bertanyakan bagaimana mahu pergi ke stesen bandar tasik selatan...Memandangkan orang yang ditanya tue baru sampai KL, jadi tak berapa nak sure di mana stesennya...then, baru ana nak bukak mulut, dah ada kakak tue tolong bagi tahu...(orait,....)...train pun sampai, kami pun ramai-ramai masuk....

Tak sangka that guy berdiri belakang ana...lalu, dia tanya lagi, perlu ker train nie buat pertukaran untuk pergi bandar tasik selatan...(sorry, translated)....yeah, ana jawab tak perlu.. Melihat wajahnya yang penuh kebimbangan melihat route map train, ana terangkan serba sedikit...akhirnya, beliau cakap, "it is quite complex...". Ana tersenyum jer...Benar, bagi yang mereka baru fisrt time naik train, pasti akan celaru dengan route map yang tertera di atas tue.. Ana sendiri pernah tersilap laluan...huhuhu

Alhamdulillah, sepanjang perjalanan ke kounter tiket di terminal bas, banyak jugak yang kami sembang...hehehemmmm...sekadar bertanya khabar, bagaimana rasanya datang ke Malaysia, apa tujuannya datang, tinggal di mana...yeah tu jela kot... 

Kami berpecah, kerana laluan berbeza...pengalaman pertama, seronok...


Senario Kedua
Ketika dalam bas menuju ke Melaka....

Diberi lagi satu peluang, duduk sebelah pelancong wanita...mereka bertiga, students dari sebuah kolej di Semenyeh...apapun, mereka jauh datang, orang Kanada...(bisik hati... ok, fine...)

Soalan pertama ditanya, berapa lama perjalanan ke Melaka?? ok...

Lagi, apa yang menarik di Melaka?? Waduhhh, agak lambat jawab, kerana terbayangkan suasana ketika berada di Melaka sama-sama dengan family...*(rindu pada suasana ketika itu)....soalan tue penuh explanation, cuba diterangkan satu persatu tempat yang menarik di Melaka...ok lah, dah ada pengalaman sebelum ini jadi pemandu pelancong tok rakan-rakan dari UIA datang melaka, jadi adalah points nak diceritakannya...

Perjalanan 2 jam, terisi dengan banyak berkongsi cerita antara ana dengan dia. Yeah ingat nama dia, Lilian...nice and sweet girl...Antara perkara yang dikongsikan:

- budaya rakyat Malaysia, kepelbagaian kaum, boleh bergaul antara satu sama lain
- course yang diambil di university
- tentang family masing-masing
- makanan yang beliau gemar makan apabila berada di campus
- tentang visa (siap tunjuk visa beliau pada ana...huhu, best gak dapat tgk visa orang asing yer, macam kastam lak...hehehe)
- pengalaman beliau dah pergi beberapa tempat di Malaysia, (area KL, Langkawi, Sarawak)...manarik2, ana pun tak sampai Sarawak lagi..insyaAllah, suatu hari nanti...
- then, Putrajaya...
- dan soalan yang sering ana rasakan tidak akan terlepas akan ditanya, mengenai Islam...

Melihat pelajar-pelajar Islam perempuan di campus beliau, ada yang tidak keluar malam, berasa malu-malu apabila terlihat lelaki di kawasan kediaman perempuan, rambut yang perlu ditutup, makanan yang haram dimakan, pergaulan antara lelaki dan perempuan, perbuatan merokok, ana jawab dengan ringkas tapi insyaAllah padat, agar beliau mudah menerima komen yang diberikan. Ana sedar, mungkin ana bukan orang yang bijak dalam hukum hakam ataupun cerdik pandai dalam hal ehwal agama, tapi sekadar berkongsi ilmu yang dimilki, alhamdulillah, dengan senang beliau menerimanya...walaupun ana rasa, penerangan yang lebih lanjut harus diberikan agar beliau benar-benar memahami tuntutan dan ajaran Islam itu yang sebenarnya...

Pengajarannya:
- rajin-rajinkan lah diri kita ingin membantu sesiapa saja yang memerlukan bantuan, walaupun sekadar memberitahu laluan jalan...
- ringan-ringankan mulut untuk bertegur sapa terutama mereka yang baru kita kenali
- memberanikan diri untuk sengaja duduk sebelah pelancong-pelancong, sekadar untuk berkongsi cerita, apa salahnya kan...
- lebih  memahami budaya rakyat Malaysia
- mempersiapkan diri dengan keupayaan berbahasa asing, esp. english... walaupun tahu, tonggang terbalik...
- membantu memperbaiki english, as medium komunikasi dengan orang asing
- perkara yang penting, sentiasa tunjuk akhlak yang baik kepada sesiapa saja, kerana akhlak seseorang mencerminkan identiti dan imej seseorang itu. Kalau kita melayu, of course identiti Islam lah yang kita tunjukkan...cuba bayangkan, beliau juga berminat tahu budaya orang melayu kita yang bersalaman, terutama yang membabitkan cium tangan...tak sangka, perkara sebegitu pun beliau begitu prihatin... so apa yang boleh ana katakan, itu sebahagian cara kita menghormati orang yang lebih tua dari kita, terutama ibu bapa, saudara mara, atau siapa saja, yang penting hanya golongan-golongan tertentu saja yang boleh bersalaman antara lelaki dan perempuan, mengikut ajaran Islam...
- lagi penting, DALAMI ilmu agama, agar mudah kita berbicara tentang Islam 

Well, ana rasakan hari tersebut cukup manis bagi ana. Aturan Allah sangat hebat, diberi kesempatan menyebarkan dakwah walaupun tidak lama dan tidak lah hebat sangat...apa yang ana tahu dalam  dakwah, hanya akhlak yang baik dan mulia mudah bagi kita memahami dan mendalami isi hati seseorang. Mengingatkan sifat dan akhlak Rasulullah saw, yang sentiasa menunjukkan akhlak yang mulia kepada sesiapa sahaja, walaupun musuh baginda sekalipun, membolehkan Islam tersebar luas di persada dunia...

InsyaAllah, sama-sama lah kita sentiasa menunjukkan peribadi yang baik kepada sesiapa saje dan dimana kita berada sekalipun...wallahualam... 


Monday, January 30, 2012

RELEASED....

Bismillahirrahmanirrohim...


Cuba lihat gambar di atas, lapang tak kawasan tue??? Adakah seperti lapangnya fikiran dan emosi anda sekarang nie??? hehehe...kalau ia lapang seperti lapangnya gambar di atas, (even gambar tak besar pong) maka bersyukurlah pada Allah, alhamdulillah....kerana Allah swt telah memberi kelapangan minda dan hati kepada kalian...anda tidak berasa 'tersepit' dan 'terhimpit'... 

Tapi bagaimana pada jika pada waktu sekarang ini anda dalam berfikiran celaru, hati sungguuuuuh tak tenang....??? Tak mengapa, bersegeralah Beristighfar....panjatkan doa padaNya, moga-moga akan terus diberikan kelapangan dada...

Mintalah doa kepada Allah, Dia pasti mengabulkannya....amin..
  

Tuesday, December 27, 2011

Kebetulan vs. Takdir

Benarkah dalam kehidupan kita ada perkara yang datang secara Kebetulan? Ataupun sebenarnya telah ditakdirkan oleh Allah SWT seperti yang telah tertulis di Lauh MahfuzNya? Apakah makna bagi setiap perkara yang terjadi secara tidak disengajakan itu boleh dianggap secara kebetulan juga? Bukankah Allah telah jadikan tiap-tiap sesuatu bukan sia-sia, tapi bagaimana kita ingin mentaksirkan istilah kebetulan ini?

Sebenarnya, apa yang terjadi???? Ana pun tak tahu...Asif Jiddan

Saturday, December 17, 2011

Halaqah vs Ceramah Ustaz



Hari ini ana mendapat message dari sahabat ana. Di awal kata-katanya, nada agak sayu kedengaran. Dia sambung lagi, "wani, hari ini kita agak sedih lah. Macam nak nangis rasanya...". Ana jawab, "ya, kenapa. Ada masalah ker? Cuba cerita". 

Sebenarnya, sahabat ana nie nak mintak pendapat dari ana. Beliau rasa kebingungan, dalam dilema, kerana mahu menghadiri satu majlis ilmu di Bangi, tetapi clash dengan program Halaqah di UIA.  Majlis ilmu itu pula merupakan suatu majlis ilmu yang beliau nanti-nantikan sebelum ni. Jadi, bersemangat nak pergi menghadirinya. Sebaliknya, Halaqah ini pula merupakan Halaqah yang terakhir sebelum semua pelajar UIA menempuhi medan 'pertempuran', the battle of examination.

Jadi, ana tanya, "sudah diberitahu murobbi ke belom?". Dia jawab, "sudah, tapi jawapan yang diterima dari murobbi membuatkan dia lagi bertambah sedih...macam nak nangis". huhhh..... Dia sambung lagi, "suka dengan majlis ilmu itu, rasanya, penyampaiannya lagi terkesan di hati...". Lagi berputar kepala ana memikirkannya.....

Sebenarnya, apa yang nak cakap kat sini, sebagai seorang kawan, ana rasa ana perlu menolong sahabat yang dalam kesulitan. Tambah-tambah lagi dalam perkara yang membutuhkan keputusan yang segera. Tapi, bila difikirkan balik, siapa lah ana nie. Ilmu yang tak seberapa, sekerat pun tak sampai, dan cadangan yang telah diberikan kepadanya, ana tak tahu adakah ia benar atau tidak. Kerana ana khuatir, kalau cadangan ana itu membawa keburukan kepada dia dan kepada sesiapa saja. Ana bukan alim ulama', bukan pakar agama, bahkan jauh sekali yang mendapat wahyu dalam memberi keputusan. Ana adalah seorang hamba yang banyak khilaf dan dosa, sahabat bagi seorang sahabat yang lain yang amat memerlukan pendapat. Dan ana rasa perlu dibantu walaupun ana tahu pendapat yang diberikan mungkin tak masuk dek akal. Apapun, hanya itu yang mampu ana lakukan. Selebihnya, ana berserah pada Allah. Hanya Dia yang Maha Mengetahui akan isi hati hamba-hambaNya. Dan Dia jugalah yang Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-hambaNya.

Jawab ana....."Kalau benar mahu pergi dengan alasan yang kuat, mahu cari ilmu dari ustaz itu, anti pegi lah. Mungkin anti rasa penerimaan ilmunya boleh melembutkan hati lagi...jika pergi Halaqah dengan hati tak rela, tentu ia akan mengganggu tumpuan time Halaqah nanti. Istighfar banyak-banyak. Moga-moga keputusan dibuat tidak mendatangkan apa-apa musibah kepada sesiapa..."......


Pada masa itu, keputusan dibuat atas dasar reason yang diberikan. "Penyampaian ustaz itu lagi terkesan di hati", itulah yang ana try ambil sebagai basis untuk keputusan yang jauh tidak seberapa baik. Bukan menidakkan kepentingan Halaqah, tapi sejauh mana penerimaan ilmu diterima dalam kedua-dua majlis ilmu itu....Again, ana sekadar membantu. Keputusan yang benar bukan di tangan ana, semuanya atas kuasa Allah SWT.


Wallahu'alam....

Thursday, December 15, 2011

PESANAN UNTUK UMAT ISLAM




8:63

" Dan Dia (Allah) yang mempersatukan hati mereka (orang yang beriman). Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, nescaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sungguh Dia Maha Perkasa, Maha Bijaksana". (al-Anfaal : 63)

Ukhwah atau persaudaraan adalah satu jalinan yang menghubungkan antara satu umat Islam dengan umat Islam yang lain atau sebahagian dengan sebahagian umat Islam yang lain. Ikatan yang disandarkan adalah bertunjangkan pada dasar Iman. Kasih-sayang kita pada teman, adalah kerana Allah swt. 

Seorang umat Islam dengan umat Islam yang lain adalah saudara....saudara sesama akidah, sesama Iman, sesama saudara bagi hamba pada yang Esa. Sakitnya saudara kita, sedih mereka, riang mereka, kesenangan dan kesusahan semua kita tanggung dan rasai bersama. 

Rasulullah SAW bersabda, 
"Sesiapa yang melapangkan seorang Muslim dari satu kesusahan dunia, nescaya Allah melapangkan untuknya dari satu kesusahan di akhirat. Sesiapa yang memudahkan seseorang yang berada di dalam kesusahan nescaya Allah akan memudahkan (urusannya) di dunia dan di akhiratdan sesiapa yang menyembunyikan rahsia seorang Muslim nescaya Allah kan memelihara rahsianya di dunia dan di akhirat. dan Allah sentiasa menolong seseorang hamba selama ia menolong saudaranya"

 Walau jauh beribu batu jaraknya saudara kita berada, tapi dapat kita rasa dekat dengan mereka. Walau sudah lama kita tidak berjumpa, tapi tetap kita rasa rindu dengan dia. Kalau yang dekat pula?? Selalu lah menjenguk mereka, bertanya khabar, dan lemparkanlah senyuman pada mereka...:-))

Ukhwah islamiyyah perlulah kita semai dan jaga. Islam bersatu jika umatnya bersatu. Dan Islam juga boleh runtuh jika sikap umatnya berlaku sebaliknya. Biar kita berbeza luaran, berlainan warna kulit, rambut, dan sebagainya, tapi hati kita tetap SATU. Kita bersatu kerana saling menyayangi antara satu sama lain. Pupuklah sikap prihatin dan mengambil berat sesama kita, kerana manusia dicipta bukan untuk hidup keseorangan, tapi perlu menyambungkan silaturrahim dengan umat yang lain. Berkawan bukan sekadar kawan, tapi kita berkawan atas dasar Iman.



HEBATNYA 'HUBUNGAN' MEREKA!!!! 









Apapun, mereka adalah sekadar binatang sahaja. Hikmah disebaliknya, penulis tak berapa tahu. Tapi kita sebagai manusia yang dikurniakan aqal, tentu kita boleh fikir betapa besar hikmah disebalik ukhwah yang kita bina. 


...Pesana ringkas dari Penulis yang Tak Bertauliah....

Sebenarnya, tak sukalah tengok kita sesama Islam berbalah. Perkara kecil janganlah diperbesar-besarkan. Tak usahlah nak berkelahi dengan perkara remeh temeh, besar lagi tanggungjawab kita sesama umat Islam untuk sesama membawa message Islam kepada semua umat yang ada di bumi ini. Umat Islam perlu bersatu. Bersatu lah kita...BERSATU...buang jauh-jauh sikap suka mementingkan diri, buruk sangka, dengki mendengki, maki hamun, kedekut, sombong, dan lain-lain yang sekelompok dengannya, perkara-perkara macam tu tak memberi apa-apa faedah pun. Malah dibenci oleh Allah SWT lagi. Bagaimana kita nak berdakwah pada yang bukan Islam kalau kita sesama umat Islam masih lagi bertelagah?? Kembalilah pada ajaran Islam semula. Cubalah kita fahamkan apa yang telah ditegah oleh Allah SWT...Cubalah kita amalkan apa yang telah di sunnahkan...kerana itu semua BUKAN suatu yang SIA-SIA...Allah SWT amat menyukai mereka yang sentiasa melakukan kebajikan...

Moh sama-sama kita beristighfar....Astaghfirullah al-azim